Cuti-cuti Amsterdam 2017 Hari ke 2 : 13 April 2017 Keukenhof menengok tulip

May 08, 2017






Pagi ni bangun awal dah terjaga walaupun tidur lewat kul 12 mlm waktu amsterdam...kul 4 pagi dah terjaga...sebab Malaysia dah jam 10 pagi rasanya.


Kami belum sempat singgah pasaraya beli beras, bawang dll. Pisau pon takde. So pagi ni makan maggi. Panaskan nasi goreng Brahim's letakkan dlm bekas. Awal jugak kami keluar rumah dalam kesejukan menuju stesen tram ceintuurbaan.

Pagi ni ikut laluan  tepi amstel canal.

Hari-hari kat sinilah kami terpacak setiap pagi menanti tram.


Kami naik tram no 4 dari rumah menuju Amsterdam centraal kemudian naik train ke Schipol Airport.

 Kami dah beli semalam tiket utk naik bas ke Keukenhouf. Beli kat kedai AKO. Bas kul 8 pagi . Mujur awal beratur kejap je dah ramai...bas lambat lagi sampai...sejuk.





 Kami naik bas dari Schipol airport. Bus no 858. Bas ni beroperasi dari 23 mac- 21 may 2017 sahaja. Stesen bas depan airport.Kuar je pintu airport tu ada signboard arah ke tempat tunggu bas.  Setiap 15 minit bas datang. 35 minit perjalanan ke Keukenhof. Combi ticket 24 euro (Tiket bas return dan tiket masuk Keukenhof).






Untung sampai awal, jadi cepat naik bas.



Dah dekat nak sampai nampak ler tulip flower bed ...berwarna-warni. 




Sampai depan pintu gerbang wajib ler bergambar posing sakan dulu sebelum pelancong dari China membanjiri. Kami berada kat situ lebih kurang 7 jam. 

Diulang semula...Keukenhof ini tidak dibuka sepanjang masa..hanya pada musim bunga. Pada tarikh tertentu. Untuk tahun 2017 ia dibuka dari 23 Mac hingga 21 Mei sahaja.

Ia dikenali sebagai  Garden of Europe . One of the world's largest flower gardens. Terletak di Lisse,  Netherlands.


Posing maut itu wajib hehehehe. Pedulik haper...bukan orang kenal. Jumpa orang malaysia pon 2 kumpulan je.



Semua ler pakat posing maut kat situ hahahha.




Posing depan ni jer dah lebih 15 minit heheheheh













Ramai orang ...dorang ni tgk tulip pon nak bwk anjing ...terlari2 kami takut tersentuh. 










Hahahaha...posing sakan...kami memang bawak tripod kecik ...kagum jugak dorang melihat takyah minta tolong orang sangat.



 Cantik betul flower bed tulip tu







 Kene cium pulak



Dah melebihi time lunch kami stop kat cafe order hot choc dan makan bekalan ....aduhhhh sejuk sangat rasanya...tak tertelan nasi.





  Lepas makan sambung balik ler posing dengan bunga. Bukan senang nak dapat tengok bunga banyak cantik macam ni.               


Over ler tuhhh..hahahah..peduli aper...bukan ada sesapa kenal hahahah







                                                        Kemain cantik posing ngan bunga


   Disebalik tabir hahahahhaha....lenyek habis bunga aku kerjakan


















Muahahahahhahah






                                       





Dah selesai 7 jam kami pon pergi balik ke tempat menunggu bas...tah bas no apa kami naik..tak jumpa bas no 858 tadi..so naik je bas tulis gi airport heheheh...sampai le ke airport semula.


Kami singgah pasaraya Albert Heijn yang kat dalam airport. Pasaraya ni antara yang besar, byk cawangan dan lengkap barangannya. So cari beras...banyak je produk indonesia...tengah tengok beras datang sorang lelaki ni tegur dia dari Singapore dah 24 thn keje kat airport ...dia tunjukkan ayam halal brand annur. kami beli ayam dah marinate.Beli buah pisang dan strawberi. Strawberi sini sedap besar dan murah. Puas hati makan strawberi. 




Selesai beli kami lepak Starbuck sebab Oni nak beli tumbler.



Selesai kami naik train balik ke Amsterdam Centraal. Sampai je menuju ke stesen tram...tgk luar tu sibuk dengan kenderaan polis riuh rendah orang menyanyi...polis macam fru merata...tram tak kelihatan..huwaaaa.






Dorang jaga ni hah ...Lady Diana nak lalu hehehehhe




Ingatkan rehearsal King's Day....lama tunggu dan sejuk gila...mmg xde tram sampai sebab jalan tram dipenuhi kenderaan polis. Kami berjalan kaki menyusuri Damrak Street ( dari Central station to Dam Square). Penat giler kaki. Kami masuk Primark..tapi aku dah tak mampu berdiri or berjalan ...huhuhu.

Tatau biler tram beroperasi semula, Rasanya ada pasukan bola kut nak lalu situ sebab ramai pakai jersey bola dan nyanyi lagu. Elok kami menuju stesen tram di Dam Square...tram no 4 pon sampai. 


Lega. Sampai stesen ceinturbaan jumpa pasaraya kecik kami singgah lagi beli telur, air mineral, sayur dan buah epal. 


Penting beli buah epal ni..sebab pergi berjalan memang aku bawak bekal epal...kalau lapar lapik perut dulu makan buah.





  Sampai umah merangkak mengesot belaka depan pintu menuju ke bilik kepenatan. Kihkihkih...Malam kami makan nasi dengan lauk dlm tin dan sambal garing che nor. Sedap sungguh makan.





Strawberi murah dan besar dan sepeket punyalah banyak...ni dah sikit sebab dah ngap...

Seharian berposing dan berjalan tak henti dalam Keukenhof tu memang kepenatan yang amat lah. 

You Might Also Like

13 comments

  1. wah konar baring siap tu nak gambar... hahaha.. cantiknya kak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah...rasanya akak sorang je plg over terbaring kat situ

      Delete
    2. Hahahah...rasanya akak sorang je plg over terbaring kat situ

      Delete
  2. wah konar baring siap tu nak gambar... hahaha.. cantiknya kak!!

    ReplyDelete
  3. seronoknya dapat tengok tulip ...suka gak ....

    ReplyDelete
  4. Memang seronok tgk bunga . rasa sekejap je ...dah balik baru rasa sakit kaki lama berjalan

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kak Diana, saya ke sana 04'18. Nak posing Baring2 jugak lah. ����. Lagi satu seluar kulit Warna hitam tu akk beli kat mana? Berkenan plak.penampilan kak diana terserlah. Gambar pun semua Cantik2. Pakai gopro ya. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...Tq.....Seluar tu beli kat H&M...harga asal rm 99 rasanya beli time sales rm 49 ..ke rm 29 gitu. Kamera pelbagai...tak pakai go pro...pakai phone kamera dgn kamera kakak. ..

      Delete
  7. Hello sis, Albert Heijin yg kat dalam airport tu harga dia sama ke ngan kat tpt lain? Menarik tu ada ayam halal:) Minyak masak sennag cari gak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je price..minyak masak pon beli kat sana je...

      Delete
    2. Sama je price...minyak pon beli sana je .

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook