Duplicate Booking Air Asia- tak senang hati dibuatnya

September 15, 2017

** ini adalah untuk simpanan kronologi menyelesaikan masalah aku dengan AA


3 hari ni memang tak senang hati dibuatnya...lama-lama makin rumit plak masalah aku dengan Air Asia nih.

13 Sept aku book tiket ...bayar melalui internet banking. Bayaran successful. Bila bukak balik Manage booking tgk status Need Payment pada booking no ELEGP*. Sepatutnya Confirmed.

Menggelupur call Air Asia. Call centre kata tunggu selepas 15 hingga 2 jam. Tunggu punya tunggu ...tgk dgn manage booking lepas 2 jam dia dah cancel booking kita tu. Call semula AA , dia suruh call Bank.Dia kata selepas 2 jam tiada bayaran masuk AA akan cancelled. Duit nanti bank akan masukkan balik dalam akaun.  Call dengan Bank ...bank kata kalau ada receipt keluar atas nama AA makna payment berjaya ...dia kata bank tak boleh refund kalau tiada apa-apa arahan ...kena call AA dan isi borang e-form. Biasalah kalau time AA buat sales ni katanya mmg akan ada masalah. 
Dia kata jangan buat bayaran sekali lagi.

Okay call semula AA buat kali ketiga...Dia kata duit floating puan harap bersabar tunggu sehingga 24 jam. Okaylah bersabar..mujur call centre ni pantas membantu...cuma panggilan lepas 15 minit akan terputus..kalau call 10 kali pon takkan dapat officer yg sama.

Aku tanya boleh ke aku teruskan bboking baru sebab yg tu dah terbatal...takde dah dlm mange booking...dia kata boleh kalau nak dapat tarikh dan masa yg sama boleh dia transferkan pada sales officer tapi caj rm 30 seorang penumpang.  Aku kata takpelah....dia kata kalau tak dapat booking baru call semula dan minta bantuan sales officer AA. Aku buat booking baru dan successful dan dapat booking no MNGLQ* .

Tunggulah dengan sabar sehingga 12 tengahari 14 sept.....tengok kat manage booking memang ada MNGLGQ* sahaja.   Call AA semula ..dia kata duit floating tunggu sehingga 6 ptg. Masih sama.
Tapi aku tak tgk plak kat manage booking tu . No point nak tgk sebab aku tgh tunggu duit dalam akaun yang masuk. Sepanjang aku call ni memang aku bagi tau booking nama yg problem tu ELEGP*.

Pagi 15 Sept aku call lagi semula buat kali kelima. Penat weiiii nak explain byk kali. Kali ni dia suruh isi e-form . Mintak refund.

Tengah nak isi bukak Manage booking sebab nak  nak tgk nombor penerbangan nak isi dalam borang. Sekali tengok dah ada satu lagi plak booking no disitu KI2TG* . Bila aku tengok booking no tu baru perasan sama pada receipt bank...trnxid . Masa buat tempahan booking no lain...bayaran dibayar utk tempahan booking no lain tapi tak ada pada manage booking. Tapi maklumat tempahan sama je . 

HUwaaaaaa...call AA semula. So dia kata KI2TG* tu adalah 1st attempt....MNGLQ adalah 2nd attempt...kalau nak cancel duplicate booking kene kensel yang kedua. Syarat utk kensel dan refund maklumat tempahan spt tarikh penerbangan, masa penerbangan dan nama serta bilangan penumpang perlu sama.  Okaylah isi dalam borang bagitau nak cancel . Submit form tersebut.  

Tetiba bila klik KIU2TG* tu kat manage booking ada plak -balance due. kene call call centre utk selesaikan...call kali ketujuh...dia kata terlebih bayar. rm 186...boleh guna nak beli barang atau refund...so aku kata aku nak refund kene isi form.

Okay tak sampai sejam AA reply emel aku yg pertama berkenaan duplicate booking. Yang satu lagi tak reply katanya semua dlm masa 3 hari. Yg pertama cepat plak reply sebab dia tolak request aku utk refund.....aduhhhhhhhhhhhhhhhhhh....pasal apa plak. tulis situ sebabnya 
-Kesemua tempahan adalah tidak sama.  Sila ambil perhatian bahawa (Nama penumpang, Jumlah penumpang dan Destinasi perlu sama); dan/atau
- Kesemua atau salah seorang penumpang didalam tempahan sudah menaiki penerbangan; dan/atau
- Pengubahsuaian telah dilakukan untuk tempahan tersebut, termasuk penukaran tarikh atau masa penerbangan. 
- Nombor tempahan pertama telah dihantar berbanding nombor tempahan kedua.

Aku tatau reason yg mana ...call kali kelapan. Officer ni check semua details adalah sama...dia kata sepatutnya dapat refund. Dia kata ada kesilapan ni. Puan isi balik form dengan masukkan no kes yang diberi. Aku tanya balik pasal yg duit terlebih bayar tu..aku pon tak faham duit apa...15 minit berlalu ...terputus tak sempat bercakap lagi...malas dah nak call sebab nak hantar e-form segera...sampai petang ni takde reply...harap AA tgh buat siasatan...amount besar tu takkan nak hangus terbakar begitu saja. 


Tunggu ler esok atau lepas 3 hari...kalau takder call lagi kali ke 9...huhuhuhu

***** okay ramai tanya apa nombor yang aku call. Uolls voleh google Air Asia Call Centre..ada list jika  uolls call dari malaysia  pakai bombor tertera. 1600 85 8888 

You Might Also Like

6 comments

  1. mmg tak senang duduk kalu kes gini hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus rasa nak migrain. Selagi xder reply positif mmg xsenanh hati

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Sy kena mcm ni skrg,boleh minta no telefo airasia yg awk kol

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum... nak call no yg mana yer? sy pun ada duplicated booking... case closed tp xde pun refund kat mana2... adoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Google call centre Air Asia...kat situ ada list jika kita call dari malaysia ..ada diberi nombor. 15 min je lps tu putus..so kene cepat

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook