Rentetan dari kisah pencerobohan rumah

October 30, 2017


Ahad aritu kami berjumpa dengan orang yang menumpang sepahkan barang kat umah kami tu.

Lupa plak nak ambik gambar rumah setelah dibersihkan ..Memang dia clearkan lah semua barang dan siap sapu. Kata dia barang dia sikit je ....yang sofa almari segala tu penyewa lama...entah betul ke tidak....

Dia kata dia letak barang mula Januari tahun ni. Tapi dia dah kunci kan umah kami ni sejak tahun lepas. Kata dia penyewa lama biarkan pintu terbuka...ada penagih keluar masuk dalam rumah ...dia tolong kuncikan grill. Dia kata kunci ada dia bagi pada jiran . Ada dia tinggalkan nota kat pintu tapi asyik hilang dua kali hilang . Tu dia letak nota dalam rumah. emmm...

Konon masa dia pindah lori yang dia sewa besar tu dah byr duit pastu jalan terus ker apa ..ada barang banyak lagi tak angkat...terpaksa dia sewa lori kecik untuk angkat jadi yang tak muat dia tinggalkan dulu kat rumah kami . Masalahnya sampah yang kau tinggalkan tu. Aku marah jugak le kat dia..yang bekas pembalut kaki pun ko tinggalkan dalam umah ni buat apa????Kasut buruk bini tu kenapa tak buang. 

Yang aku marah sangat ni kenapa ko kunci pintu ...bila kami dah marah dia kemain reka ayat nak mengena kita balik....dia kata dah beruntung akak ni saya kuncikan rumah ni dari dimasuki penagih ...kalau polis tangkap penagih tu dalam umah ni ...lagi teruk le akak kene tindakan gitu. 

Wahhhhh tindakan ko menceroboh plak ambik kesempatan tinggalkan barang tu ...tak pikir ke tuan rumah nak datang.

Aku ni lepas atau sebelum mak meninggal memang ada menjenguk rumah ni..tapi sebab pintu grill bermangga....aku andaikan bekas penyewa yang lari tu kuncikan dan aniaya kami. Si penceroboh ni kata kenapa akak tak tanya jiran...weyy aku dtg masa hari bekerja...semua orang tiada rumah ...takkan aku nak ketuk rumah orang ...dah le situ banyak warga asing...aku datang sorang sebab pergi pejabat maintenance. Dah tgk dari awal lepas penyewa lari grill tu dah berkunci. So ingat penyewa punya keje ler kan...jadi knp nak pi ketuk umah jiran...takkan semua rumah nak ketuk dan bertanya...bodohhh.

Aku tanya kenapa tak letak jugak nota kat kotak surat dibawah sebab aku selalu dtg jugak jenguk kotak surat tu. Kenapa tak tinggalkan pesan pada pejabat maintenance...dia kata ada bagi nombor dia kat pekerja situ..


Heyy...aku ni yang selalu datang bayar maintenance yer...lepas mak meninggal..pekerja kat kaunter tu sama jer orang dia ...tak penah plak dia cakap apa-apa.

Sakit plak hati aku...menyusahkan orang. Konon buat khidmat masyarakat ..tapi menyusahkan orang plak...aku memang ada datang...takkan ler kita tak jenguk umah sewa tu. Bila dah berkunci kita relaks ler dulu bincang adik beradik bila nak pergi tengok. Tunggu semua ada masa serentak. Yang ko plak bila berbulan tuan rumah tak muncul kononnya..ambik kesempatan 10 bulan simpan barang situ. Kata dia ada dtg gak jenguk...dah kenapa tak punggah barang keluar. Sebelum kami sedar. Sebab barang2 ko tu memang barang dah tak guna. Memang layak campak tong sampah semua.  Itu yang ko buat dek je dulu.

Rasa sakit hati tak habis lagi ni. Sibuk kita nak menyetelkan hal ni ada plak orang2 datang mintak no phone nak menyewa umah. Tak kuasa nak melayan. ...menyewakan rumah tu nanti lagi banyak masalah bila pemilik bukan satu tapi 4 orang. Nanti bergaduh plak adik beradik. Biar lah satu rumah je menten dan takkan disewakan ...kenangan mak abah..untuk berkumpul anak cucu. Itu pon tak abis2 orang racun suruh sewakan..untung umah bawah...eh suka hatilah umah kami. 




You Might Also Like

7 comments

  1. Teruk naw perangai , suka2 buat harta sendiri .. arghh baca ni pun sakit hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit hati ...mujur dah clearkan .

      Delete
  2. ishhh ishhhhh macam2 hal ye ...

    ReplyDelete
  3. ayoooo! geramnya baca..
    menyusahkan tuan rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan kita nak ketuk umah orang tanya pasal kunci kan..dah le tak kenal jiran2 situ

      Delete
  4. susah betul kalau ada orang jenis macam ni. pening! buat macam rumah sendiri plaknye

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook