Rawatan Pengelupasan Kulit Wajah | Klinik Premier

March 13, 2018





Pernah ke korang pergi buat rawatan kulit muka kat mana-mana klinik estetik? Aku memang tak pernah ...pergi facial pon sekali je seumur hidup hahahahah.

Kulit muka aku ni tak delah masalah besar tapi bila dah meningkat usia ni rasa kulit makin teruk. Dulu muka aku jenis berminyak. Tapi sekarang dah jadi jenis kering. Pori-pori kat muka pun besar.


Minggu lepas aku berkesempatan membuat temujanji untuk buat rawatan muka. Kat mana tuh? 
Aku pergi Klinik Premier di Puchong. Hajat hati nak buat rawatan laser. Tapi kita tengok dulu apa cadangan doktor yang sesuai dengan kondisi kulit aku ni .

Jadi setelah memilih tarikh 27 Februari untuk temujanji ..sebelum jam 10 pagi aku dah terpacak kat depan klinik ni.

Setelah membuat pendaftaran di kaunter klinik ..aku dibawa masuk ke dalam bilik menunggu.sementara mereka memproses pendaftaran aku. 






Kemudian aku dibawa untuk berjumpa dengan doktor estetik yang bertugas hari tu iaitu Dr Michelle Lai .
Dari pemerhatian dia kulit aku tersangat kering katanya. Kulit dah kendur tidak tegang lagi. Ada garis-garis halus penuaan. Bawah mata pun teruk garis-garis penuaan tu. Dia tak syorkan aku buat carbon laser kerana keadaan kulit yang kering. Sebab muka masih ada mekap lagi. Jadi aku pergi cuci muka dahulu dan kemudian ambil gambar.




Rawatan apa yang disyorkan


Setelah selesai ambil gambar , masuk semula ke bilik treatment . Aku di syorkan membuat Chemical Peeling / Pengelupasan Kulit untuk bintik-bintik usia. Chemical peeling  merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah. Dr Lai kata mengembalikan keceriaan muka . Tak ceria dah rupanya wajah aku hihihi.

Bila dah masuk 4 series ni keanjalan kulit berkurangan . Dah jadi kusam, tona kulit dah tak sekata.


Chemical peeling  ini bertujuan untuk :

- Mengurangkan garisan halus bawah mata dan di sekitar mulut.
- Merawat kedutan akibat terdedah kepada matahari dan penuaan
- Memperbaiki kemunculan parut halus dan bintik hitam
- Menyelesaikan sesetengah jenis masalah jerawat.
- Mengurangkan tanda penuaan
- Memperbaiki wajah dan kulit yang tidak bermaya.



Caranya


Kaedah ini menanggalkan lapisan teratas kulit untuk mendedahkan lapisan baru yang lebih sihat di bawahnya. Sejenis pelarut digunakan untuk mencetuskan pengelupasan lapisan teratas secara semula jadi. Ini menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan mendedahkan lapisan kulit baru yang lebih licin.

Klinik Premier menggunakan asid trikloroasetik (TCA) sebagai larutan pengelupas, yang juga salah satu bahan pengelupas asal yang digunakan untuk meremajakan kulit. Bergantung pada keadaan kulit anda, jenis-jenis larutan pengelupasan yang lain juga boleh digunakan dan ini akan dibincangkan dengan anda sewaktu sesi perundingan pertama.


Bila Dr Lai sapukan larutan itu pada muka aku, kulit terasa pedih disebabkan kesannya. Udara sejuk akan dihembuskan pada muka  dengan menggunakan kipas untuk mengurangkan rasa pedih tersebut. Apabila selesai, demah sejuk akan ditekapkan pada kulit untuk membantu proses penyejukan.


Kekuatan dan kesan rawatan ini boleh ditinggikan dengan menggunakan beberapa lapisan larutan, tetapi ini bergantung pada jenis kulit dan hasil yang dikehendaki. Kulit akan nyata lebih halus selepas setiap sesi rawatan walau apa pun jenis larutan pengelupas yang digunakan.




SELEPAS RAWATAN

Jangan dedahkan kulit terlalu lama kepada cahaya matahari dan sapulah losen perintang cahaya matahari. Jangan lupa yer pakai sunblock.

Kesan selepas rawatan katanya muka akan kemerahan sehari dua gitu. Kemudian kulit akan gelap sikit dan proses pengelupasan sikit-sikit di muka. Nanti kulit-kulit mati tu akan tertanggal. 

Selepas seminggu apa terjadi kat muka aku?

Lepas rawatan muka aku nampak le merah sikit masa malam tu. Esok tu macam biasa je...tapi ada lah nampak kulit menggelupas tapi tak le ketara.

Memang sebelum ni muka aku ada tompok-tompok kulit kering menggelupas...dah ambik gambar terdelete plak. 

Lepas seminggu kulit muka aku nampak lebih segar..tompok-tompok yang menggelupas tu memang aku perasan dah hilang.

Jadi untuk maintain kulit aku ni sentiasa lembab memang aku amalkan memakai sunblock sebelum mengenakan mekap. Jadi muka aku terselamat dari terkena penahan sinaran uv.  Dr Lain ada mengesyorkan agar selalu memakai mask.  Memang aku beli beberapa mask untuk pakai . Sementara kulit ni ada perubahan positif tu elok le aku jaga bagi elok lagi. 


Bagi uolls yang nak cuba membuat rawatan muka , aku cadangkan untuk datang ke Klinik Premier. Ada beberapa cawangan yang boleh dipilih.





TTDI:

31,Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur.
*Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi centre 

BANGSAR:

40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.
*Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall


PUCHONG:

G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
* Same row as RHB Bank and Paparich Restaurant 


KL CITY:

A-0-8 Megan Avenue 1 , 189 Jalan Tun Razak , 50400 Kuala Lumpur
*Opposite new China Embassy (China Visa application place)
General Contact Details : +6012-6625552


Websites: www.premier-clinic.com
Email Address: contactus@premier-clinic.com
Facebook: www.facebook.com/Premier-Aesthetic
Instagram: premier_clinic
Tumblr: http://premierclinickl.tumblr.com
Twitter: http://www.twitter.com/PremierClinicKL
Google Plus: http://plus.google.com/+PremierclinicKL
Youtube: http://www.youtube.com/user/PremierClinic
Dr Kee Yong Seng: http://www.KLaesthetic.com
Dr Chen Tai Ho: http://www.drchentaiho.com
Whatsapp: http://premierclinic.wasap.my



You Might Also Like

1 comments

  1. Makin lawa ler cik kak kita ni.. Best kan kak dy buat treatment muka.. Sesekali.

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook