Kenali Zy Phyto Holdings - KING OF OEM

July 12, 2018





Kredit gambar : https://shehanzstudio.com/





Korang pernah dengar ke pasal Zy Phyto? Sejujurnya sebelum ni aku pon tak pernah dengar. Tapi mesti korang sedar dengan lambakan produk kecantikan dengan pelbagai jenama sekarang ni. Mesti korang heran tetiba kawan korang dah jadi jutawan kosmetik...macamana tetiba dia boleh terlibat dengan bisnes kosmetik ..jenama sendiri plak tu. Tidak ramai yang tahu kebanyakan daripada produk itu dikilangkan menerusi satu produksi yang sama.


Okay jum aku story sikit pasal company ni ...mana tahu lepas ni korang bercita-cita nak punya produk jenama sendiri ...so dah tahu dimana korang perlukan maklumat .

ZY Phyto Holdings Sdn Bhd ini adalah syarikat pengilang OEM bagi produk-produk kesihatan dan kecantikan berasaskan bahan ekstrak semula jadi dan herba.  Turut dikenali sebagai pusat sehenti di mana pelanggan-pelanggan ditawarkan perkhidmatan pembuatan produk bermula daripada peringkat rundingan oleh barisan pemasaran, ciptaan formulasi dan pembuatan produk bersama pakar R&D, reka bentuk pembungkusan produk dan percetakan kotak juga label.


ZY Phyto Holding Sdn. Bhd., menjadi tonggak kepada 9 anak syarikat yang bernaung di bawahnya iaitu ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd, ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd, ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd, ZY Academy Sdn Bhd, ZY Printpack Sdn Bhd, ZY Phyto Marketing Sdn Bhd, ZY Phyto East Coast Sdn Bhd, Yayasan Qaseh ZY Phyto dan Emily's Cattery.




ZY PHYTO TECH INDUSTRIES SDN BHD
Servis: Memproses bahan-bahan berasaskan makanan herba dan produk kosmetik dengan kelulusan GMP.



ZY COSMETICS SDN BHD
Servis: Membangunkan jenis produk kosmetik baharu yang diinspirasikan dari produk luar Negara.


ZY PHYTO HERBAL SCIENCE SDN BHD 
Servis: Menjual ekstrak herba, makanan dan bahan-bahan aktif serta menyediakan servis OEM produk kesihatan dan kecantikan.



ZY ACADEMY SDN BHD
Servis: Konsultansi dan Akademi Latihan buat usahawan



ZY PRINT PACK SDN BHD
Servis: Menyediakan servis printing termasuk design dan pembotolan dalam kapasiti besar.




ZY PHYTO MARKETING SDN BHD 
Servis: Menyediakan pengiklanan, penyelidikan pasaran, perancangan media, perhubungan awam, strategi jualan, dan penglibatan masyarakat



ZY PHYTO EAST COAST SDN BHD 
Servis: Penyelidikan dan pembangunan





YAYASAN QASEH ZY PHYTO 
Servis:Program amal di dalam dan luar negara



EMILY'S CATTERY
Servis: Membekalkan kucing yang diimport. 
Penjagaan,pembiakan dan perkahwinan kucing




Zy Phyto Holdings ditubuhkan 10 tahun yang lalu oleh Tuan Zaidi Yusoff selaku Pengasas  yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan isteri beliau Pengarah Urusan ZY Phyto, Sharifah Ameelia Akma 


Carta organisasi



Perkhidmatan yang disediakan oleh Zy Phyto Holdings 

Reka bentuk

Pereka akan memulakan proses reka bentuk. Apabila draf akhir dipersetujui, diteruskan langkah pengeluaran akhir.

Perkhidmatan makmal

Makmal yang berfungsi sebagai pusat pembangunan produk di mana setiap produk dinilai secara menyeluruh untuk nutrien dan kebersihannya.

Pembungkusan

Setiap produk akan dibungkus dalam kotak yang direkabentuk cantik dan sedia dihantar bersama brosur dan maklumat lain berkenaan produk yang dihasil. 


Pendaftaran Produk

Membantu untuk pendaftaran produk dan perundingan 


Pembangunan produk

Terlibat dalam setiap peringkat pembangunan produk dari penciptaan produk sehingga penghantaran.


Perkhidmatan Percetakan

Mempunyai pelbagai perkhidmatan percetakan profesional yang memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan.


Logistik

Menghantar produk akhir kepada pelanggan.


Latihan dan Konsultansi

Memberi latihan berterusan kepada kakitangan syarikat dan professional dan konsultansi one-to one kepada prospek dan pelanggan.


JENIS – JENIS PRODUK YANG DITAWARKAN

MAKANAN TAMBAHAN

Cecair

  • Jus / minuman kesihatan
  • Minuman pelansingan badan
  • Pati minuman herba / Jamu
Tepung

  • Ekstrak tongkat ali
  • Kopi pra-campuran
  • Minuman pra-campuran

Uncang Teh

  • Teh detoks
  • Teh hijau
  • Teh melansingkan badan


Tablet Kunyah

  • Pastil gula-gula
  • Tablet kunyah vitamin
  • Gula-gula bervitamin

KOSMETIK

Set Penjagaan Kulit

  • Sabun peluntur daki
  • Losyen badan
  • Masker / krim / skrub


Penjagaan Peribadi
  • Produk-produk feminim
  • Gel untuk wanita / lelaki
  • Pencuci dan pembersih

Kosmetik Berwarna

  • Pelbagai jenis gincu
  • Foundation dan bb cushion
  • Pewarna kuku, make-up dll

Pemutih

  • Krim pencerah kulit
  • Serum pencerah
  • Pelbagai jenis Vitamin


AKREDITASI



Kilang syarikat Zy Phyto  bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan menerima pengiktirafan ISO 9001-2008 bagi Sistem Pengurusan Kualiti.


Kilang-kilang itu mematuhi Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.


Jadi kalau korang berminat nak buat produk atas jenama sendiri ..apalagi boleh lah dapatkan  info lanjut mengenai ZY Phyto Holdings 

You Might Also Like

7 comments

  1. Ooo.. Baru tau. Kalau produk OEM mcm ni confidentlah nak pakai.

    ReplyDelete
  2. Kita pun baru tau, banyak betul produk diaorang.

    ReplyDelete
  3. Wahhh besar jugak empayar Zy Phyto ni, moga mereka terus sukses!

    ReplyDelete
  4. Banyak sungguh perkhidmatan Zy phyto ni. All in one!

    ReplyDelete
  5. macam-macam produk ada..siapa nak jai founder boleh guna khidmat zy phyto ni..pencapaian diaorang pun bagus..boleh dipercayai

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ada syarikat bumiputera cam ZY ini yg menyedaikan pelbagai perkhidmatan.Wish yr companies will be successful all days.

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook