Lebaran 2018

July 06, 2018



Haiiiiiii....I'm back
Masih bercuti sakit hingga hujung Julai.

Tahun ni memang berbeza sangat ler sambutan raya kami sekeluarga. Macam aku hanya 1 Syawal jelah beraya..lepas tu memerap dalam rumah tak beraya kecuali ke shopping mall kejap. Memang takde pi beraya rumah sedara mara..atau open house rakan-rakan. Kondisi aku ketika ini memang membuatkan aku tak selesa untuk beraya ke sana sini. Yang nak datang beraya sambil melawat aku pun aku tak terima...kondisi aku dengan kondisi rumah aku yang tunggang langgang ni...yelah org lelaki yang uruskan rumah.. pon buat aku tak selesa menerima kunjungan sedara atau sahabat. Harap hormati keputusan aku...jangan membawang okay...heheheh.

Tahun ni jugak aku sambut 1 ramadhan kat hospital. So memang huru-hara le sikit asben aku. Mana nak hantar dan ambik anak sekolah....dtg hospital teman aku...balik berbuka...datang teman aku tidur kat wad...bangun awal untuk balik siapkan sahur...huru-hara hidup dia. Aku discaj 3 ramadhan..dan aku warded semula 5 Ramadhan huhuhu...discaj semula 9 ramadhan. 

Persiapan nak raya pon ala kadar...sempatlah awal Jun tu soping baju melayu dan kurta anak dan baju raya aku.
Mujur Ayie cuti semester dia buat part time sepanjang ramadhan kat Ariani RTW...so dapat le mama harga spesel utk staff...so sambar 2 terus hihihi.



Seminggu sebelum raya adalah berbuka bersama adik beradik kat umah mak abah. Siap sambut besday utk yang lahir Jun.






Malam raya bebudak ni semua pi tidur umah nenek...aku pi cari satay...tutup habis plak yang dekat rumah..selalunya ada Satay Uk tapi dah tutup biz...yg ambik alih situ tak bukak plak malam tu mujur ada satay samuri.

Pagi Syawal semua berkumpul kat umah peninggalan mak abah. 
Kami 4 keluarga tetap sambut bersama sebelum esoknya ada yang balik Kedah dan Melaka. 










Ni gambar aku berdiri kejap2 je hahahha..aku OKU sementara ...pakai tongkat..pakai wheelchair.. so tahun ni gambar terhad  sikit..



Lepas ziarah kubur terus ke Putrajaya untuk photoshoot raya.



 Buat kelainan sikit..dah rancang sejak 2015 lagi masa abah ada. Tahun ni baru terlaksana. Panas melenting..

Sampai dekat bulatan Masjid Putra tengok ramai beratur nak beraya ke rumah PM rupanya.

Memula posing sini 










Habis photoshoot sini stop pi solat jumaat dulu


Beralih plak ke Astaka Morocco ...ramai dtg photoshoot raya kat situ
















Habis photoshoot..laju-laju balik umah lapar.

You Might Also Like

2 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook