My Red Series

April 10, 2019


Merah memang warna feveret aku selain hijau. Kalau pilihan ada warna tu memang akan ambil. Dah lama simpan hasrat nak kumpul barang dapur warna merah.  

Bermula bila thermopot aku rosak. Pergi Home Pro ternampak warna merah..terus beli





Bila orang sibuk  beli Air fryer ..ternanpak  plak brand Trio ada warna nerah. Terus order kat Shopee  


Merah menyala 

Baru ni rosak plak hand blender Khind aku..cari hand blender  metah kat Lazada ada yang murah tapi dulu pernah beli murah pakai terus letrik padam satu umah.

Jalan-jalan Home Pro sekali ada sales blender Tefal  terus beli.


Cuti sekolah baru ni dah terbekenan Tefal induction Rice Cooker...



Hahahaa   terus decide nak jual Noxxa .. sebab ada lagi satu Noxxa yang mak punya.  Sama lah perangai berdua  tak boleh tengok barang eletrik untuk kegunaan di dapur. Aku ni walau jarang masak tapi minat betul nak ada benda-benda kitchen gadgets nih. Mak beli microwave yang convection bake ..aku pon beli jugak. Bila aku beli periuk Noxxa , mak pon macam berkenan je tapi aku dah cakap tak payah le sebab mak dah tak masak sangat.  Sekali tu aku tengok ejen Amway yang selalu mak beli barang tu datang umah demo Noxxa. Aku ingat mak tak beli sebab banyak kali pesan tak payah. Setahun lepas mak meninggal masa nak cari barang lain aku ternampak kotak besar tapi tak nampak tulisan dan gambar kerana disebelah dalam. Terkejut beruk ler rupanya periuk noxxa yang belum guna lagi , Mak beli simpan tak sempat agaknya nak cerita dan minta tolong aku ajarkan...huhuhu.

So berbalik pada periuk nasi Tefal yang aku beli ni Tefal Pro Induction Rice Cooker TEF-RK8055. 48 in 1...Periuk nasi bentuk sfera  , masakkan makanan dengan sempurna. Bpleh slow cook, kalau ada resepi sendiri boleh guna mode DIY. Boleh buat kek. Macam-macam ler.

Apa yang aku masak pertama kali dengan periuk ni?
Nasi minyak heheheheh, dah 45 tahun umur baru berjaya masak nasi minyak .




Ni masa belum masak


Wow...percubaan berjaya.. Asben bagi A+++
Anak2 pon makan bertambah


Nak resepi ker?

Nasi Minyak (untuk 5 orang makan)

3 cawan beras Basmathi
3 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi Ghee
1 inci halia dihiris nipis
3 biji bawang merah dihiris halus
2 biji bawang putih dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
garam secukup rasa
1/2 kiub pati ayam
1 helai daun pandan


Cara memasak
Basuh beras. Aku guna Beras Basmathi Pusa Gold 1121  (Steamed). Beras ni lebih panjang dan aroma. Aku rendam beras dan letak sedikit garam selama 20 hingga 30 minit. Letak garam tu untuk nasi lebih lembut dan berderai. Toskan airnya nanti.
Pilih Rice Cooking mode...Panaskan  minyak sapi.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia..setelah layu dan naik bau  masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih.

Masukkan air, susu cair kacaukan dan letak sedikit garam. Letak kuib pati ayam. Kacau lagi. Masukkan beras dan daun pandan. Tutup penutup periuk dan pilih jenis beras . Aku tekan pilihan brown rice.Tak lama sangat masak lupa plak nak tengok masa.

Nasi Masak sempurna dan aromanya menusuk hidung
.



















You Might Also Like

2 comments

  1. wah cantik juga ada color merah camtu

    ReplyDelete
  2. Kaann..rajin sikit kedapur kalau ada warna terang pilihan hati hehehe

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook