Panggilan scam/fraud dan jemputan tersirat

August 19, 2019

Selalu sangat sekarang ni kita dapat call  dari nombor2 tak dikenali. Memang ada install apps..kalau kuar potential fraud mmg aku tak angkat
Kalau tiada ..aku angkat jugak takut ada call pentung .

Memula aku nak citer panggilan tersirat ni.  Memang byk kali aku dapat call dr company food untuk food tasting dari Nilai...ada 3 kali tapi aku kata ada hal mmg ada hal pon waktu tu.  Ada sekali tu  di hotel area Putrajaya   jemputan rasa aiskrim goreng..aku speku ni mesti  nak citer pasal biz. Aku tak layan. Kalau dulu memang selalu dapat call utk penginapan hotel percuma...sebenaranya nak promote jadi member club..kadang2 panggilan cek kesihatan free buat kat hotel. .Memang  tak latyan dah ..bagi reason sibuk. Sebab yang percuma tu manjang tak dapat..kata hotel penuh le apalah.

Sekarang dah rancak cqll jemputan food tasting pulak.

Masa bercuti kat CH tengah pandang aiskrim durian tetiba ada call.  Jemput makan durian musang king.dari *** Harvest.. hohoho terpedaya gak aku.  Aku tanya ni ajak makan ke nak suruh dengar apa2 ni. Dia kata ajak makan dan ada food tasting  produk  mereka dr durian.  AKu setuju je tapi nak tengok  le dari wassap yang akan dia hantar.





Dia hantar tulis jemputan  program usahawan musang king dan food tasting makanan dari durian .  Program percuma...bukan scam katanya.  Dia send gambar  yang akan diberi rasa nanti. Durian..aiskrim..popia durian..tart durian..paste durian.  Tengok macam comoany baru ..so aku bersangka baik memang nak bagi rasa sebelum pasarkan.  Lagipon benda berasasjan durian..memang aku suka. Ada jugak le rasa tak dedap hati hahaha..

So aku pergilah kat opisnya kat Kepong.  Masa sampai duduk kt sofa..family yg dah ada situ dipanggil masuk. Aku plak diberi form. Siap tanya cc apa yg ada..visa gold..visa platinum   hah aku dah dapat agak.

Kami dipanggil masuk dan dibawa je meja bincang hahahahha .  Ada  5 famili .   Dorang siapkan mainan utk anak2. Tengok semua famili melayu..ni target bumiputera le ni.

Aku dilayan staf nama Nizam.  Aku rasa macam nak beredar je  ..dia tanya akak tau ke apa program ni...aku bgtau lah apa yang aku tau..ooo dorang call akak ye... ooo dia bagitau tu je ye... emmmm..

Aku terus tanya je suruh invest ke...dia kata ni bukan mlm  kak..ni program usahawan Musang king  . Kami panggil nak santai2 borak pasal company dan nanti kami bagi rasa produk kami. Dia tanya akak  dan abang xde minat nak  ceburi bidang  pertanian pencen nanti...ni akak xperlu susah payah menanam ..akak invest dan dapat pulangan.  Ada urusan jual dan beli.  Mereka ada ladang kat Kuala Lipis. Dia tunjuk le ladang...tunjuk video masuk bertita Tv...video kilang mereka kat Kuala Lipis dan Kepong . Durian yang luruh disimpan dalam gudang besar tu  yang suhu -19c..mereka suntik kasi tahan lama untuk eksport ke China..tahan 6 bulan hingga setahun. Sejarang memang tengah hot program ni rupanya. 

Famili yang sebelum aku tu nampaknya awal angkat kaki...maybe tak berminat nak dengar lebih lanjut. Nizam ni kata jika melabur  kita boleh pilih pokok , monitor pokok melalui cctv, ada sistem untuk lihat perkembangan pelaburan kita . Dibawa melawat ladang, Akan ada kendurian di ladang bagi investor, Apabila berbuah boleh datang dan ambik bawa balik le maybe 5 biji yang selebihnya jual kat company dengan harga Rm 25 sebiji .. Boleh bila2 masa singgah untuk tengok pokok. Pokok yang ada sekarang berusia 21/2 tahun dan akan berbuah tahun ke5 . Berbuah tahun pertama jangkaan 40 biji dan setahun sekarang 3 kali musim ...So pelabur kena sabar dan tunggu tahun ke 5 usia pokok untuk dapat hasil dan keuntungan rm 3k ..tahun berikut buah makin bertambah so rm 3.5k...dan kontrak  pokok  13 tahun sahaja. Lepas 13 tahun kata dia pokok tua dan company akan beli balik dari kita rm 1 sepokok (hahahhaha). Setiap tahun tu boleh je nak kuarkan duit keuntungan ,,kalau tak kuar 13 tahun tu terkumpul rm 105k.  Tapi berapa oiii nak kuar modal tu?  Hahahhaha rm 15,888 sepokok...sepokok okay. Itu harga esok kalau melabur hari ni ( tu yang tanya ada cc pakai gold ke platinum ) ada diskaun jadi rm 13,888.   Memang takle  ...tolak mentah-mentah. Baik aku simpan rm 250 sebulan cukup setahun dah dapat rm 3k. Ni tunggu 3 tahun pon lum  pulang modal. 

Eh ada ke dijamu musang king?  Ada le sepiring 3 ulas..patut 4 ulas  le mai 4 beranak pi citer sorang ni tak makan dia cut 1 ulas...hohohoh ngok tul.  pastu aiskrim 1/2 scoop , tart separuh ke suku...paste durian secubit. 

Aku tanya risiko kalau pokok mati..atak berbuah...dia kata ada beberapa ekar yang dia tanam khas untuk ganti pokok yang tak jadi. Manakala buah yang rosak beberapa ulas ,,,yang elok tu akan dibuat le produk makanan macam paste , aiskrim dll.

Balik tu aku gugel pasal program...baru le jumpa tentang tawaran company lain. Company Harvest ni tak muncul ...2018 ada tangkapan penipuan tanamamkat Sabah. Dia punya plan pelaburan memang nampak tipu pasal cepat benar dapat keuntungan . Mereka labur 12k dan bila dapat untung duit masuk 5k tetiba sistem naik taraf....huhuhu... ada beberapa compay lain modal 5k  kontrak pokok  25 tahun...satu lagi modal 10 k ...kontrak pokok 40 tahun.
Ini start 2018 rupanya program ni naik...macam skim2 ikan keli le apa dulu...tetiba senyap. 

Mujur tak tergoda terpedaya dan mujur takde suit bersepah 15k nak pi melabur.  Jadi pasni kalau ada call jemputan food tasting jangan layan.


Panggilan scam pulak menjadi-jadi sekarang. Aritu rakan2 opis dapat panggilan rawak dari scammer melalui telefon opis. Konon dari pos laju... Tak lama kemudian masa aku kat umah ...telefon umah berbunyi bila angkat kedengaran suara paling bangang kalau nak digunakan sebabgai rakaman suara. Dia kata ada barang tak dituntut dari pos laju sila tekan 0...aku letak je.

Then hp lakiku dipanggil secara rawak suara rakaman kata dari mahkamah ...d ada tunggakan saman tak hadir mahkamah kerana cc hutang tak bayar 10k.. suspek konon org pakai nama kita...laki pi percaya...kemain pi bagi info berapa duit dalam bank yang ada...Citer kat aku plak lepas beberapa jam... padahal orang tu main rawak je call nama pon tak tau ..ic pon sama dia yang buat kita terpedaya utk bacakan nama penuh dan no ic...huhuhu... mujur tak mintak no akauan. Aku call bank tanya ada ke cc bawqh nama dia ...tak de...baru dia nak percaya scam.. Dah le keje 2 india keje mahkamah  pi pass ke balai polius pon inspektor india . Kemain dia kata siasatan akan dibuat  dia nak tgk cctv siapa yang daftar cc pakai nama asben...hahhahah cctv. jadi dia kata jgn bgtau orng sbb dalam siasatan dan setiap 2 jam kene bagi laporan kat inspektor scammer tu kita kat mana ... kami pi buat laporan polis dan lepas tu dia tak teruskan keje dia untuk peras duit kita konon untuk jaminan tak kene penjara ke apa..

Baru ni phone rumah plak dia call kata dari mahkamah ...anak angkat..dia letak je pasal dah tau scam.

Pagi semalam bangun tidur tgk ada call  013...bunyi suara bangang yang dipakai utk rakaman. konon panggilan amaran dari LHDN yang aku ada tunggakan cukai ...HAHHAHAHAHHAHHAHAHHAHAHHAHA. Lhdn tu yang sebelum ni ada huitang ngan aku beribu tak bayar aku punya lebihan cukai ... Dorang baru je bayar aku sebelum raya haji.. hahahha..


Okay so lepas ni dah tau dah macamana panggilan dari scammer. 






You Might Also Like

14 comments

  1. mcm2 la haiiiii nak menipu ,kena ke org tua2 duit kwsp berkepuk sana sanaaa adoiii jahanammmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah ramai tau panggilan scam..dia tukar taktik htr surat rasmi plak..adoiii..ada je idea hahaha

      Delete
  2. Sebentar tadi pun dpt panggilan daripada 01110710197 yg bernama Sally ...modus operadii yg sama seperti diatas..

    ReplyDelete
  3. Sy pon baru dpt call suruh dtg mkn musang king. Itu yg google dulu ni

    ReplyDelete
  4. sye pun ade pegi jugak company nie , alhamdulillah sepanjang saye join takde ape apa masalah , kes menipuan di sabah tu dari company lain bukan dari syarikat ini .. jangan kan nila setitik rosak susu sebelanga ☺️🤲🏻 apa apa pun ikut hati masing2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada saya cakap company sama ke...u kaya banyak duit melabur 1 pokok 15 ribu..sedangkan company lain offer 1 pokok 4 dan 5 ribu shj.. so tak ke penipuan tu

      Delete
  5. Saya baru jee terkena hahhahaa... sama ceritanya cuma yg bercerita td Zubirr..lepas dgr briefing...kita x decide nak invest dia dok la convince..naseb la suami aku hati kering, leps tu dia pun kta nk p amik durian rasa sikit2... tunggu dekat 5 minit last2 husb kata jom balik hahhahahaha sampai sudah tak dapat makan, padahal masuk building tu aku dh rasa takkn mkn durian dlm banggunan... Addoiii buang masa betulllll...huznuzon je la good experience.masuk jamban pun bayoo oiii ni kan nk bg makan musang king free

    ReplyDelete
  6. dah pergi mgu lepas ank beranak.nak kata scam, x scam la sbb bagi makan durian dgn produk2 durian mcm y dijemput tu.

    ReplyDelete
  7. amin alhamdullilah saya dh join mci ni dari zaman 2018 sebelom maha lagi smpi sekarang masih ok pokok saya besar alhamdullilah setiap bulan dibawa pergi keladang and bole pergi keladang bile2 masa sahaja ... jangan kan nila setitik rosak susu sebelanga ☺️���� kadang2 kite tak pernah bukak hati kita untuk memberi peluang untuk orang becerita kite mengikut kata hati ... maaf la sy bukan nk condem tuan punya blog tapi xelok la kita buat cerita mcm ni sedang kan dia bagi kite makan durian produck2 durian bukan nya dia pangil kita suruh dengar then balik tanpa apa2 ..sy pon dpt mcm tuan 3ulas durian 3ketul dried durian 1/4 scopp ice cream nama pon food testing bila pergi ke ladang alhamdullilah dijamu berulas2 ulas ulas duriang musang king dari pihak mci ...:) semoga kita semua dimurahkan rezeki amin ....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Hahahahaha..yang komen dah beli pokok tu kaya nya uolls..sepokok rm 15 ribu .
    .company lain rm 5k je..tu pasal ai kata scam..faham tak

    ReplyDelete
  10. sy dpt call banyak kali dah jemput rasa produk berasaskan durian ni. thanks to ur post d 1st call tu sy x pergi. to some ppl to part with belas2 ribu rm is considered ok. dijamu dengan so called produk durian dlm situation yg tak mcm org launch new products is considered ok, tp ive seen things similar to this, ladang arowana, ladang kambing.. even my husband punya kambing farm pun org pernah dtg tumpang bawa so called potential investors & entah apa dorang goreng padahal they didnt even ada kena mengena langsung. so..bila baca komen2 yg kata dorang ok & berbau emo tu.. i reserve my further comment.
    alhamdulillah lah if it's a genuine investment. but to me scammers can dtg dalam mcm2 rupa

    ReplyDelete
  11. Phewww.. tergerak hati gugel kejap.. ternyata apa yg aku andaikan menjadi kenyataan. Baru je tadi dapat call offer food tasting durian kat KIP Kepong.. Siap bagi RSVP untuk 4 orang datang rasa durian lepas tu bagi review. Yang pelik nye, kenapa perlu RSVP untuk buat food review? Sepatutnya buka la pada org awam utk ramai2 serbu dan review.

    Dalam duk call tuh dia terlepas tanya pasal credit card! Mmg red flag la jawab nya. So aku ia kan aje dia nak wasap. Sekali baca mesej wasap, siap stress kan "Wajib' hadir! eh..eh.. mcm paksa pulak suh kite hadir..

    Apa kata send kan durian tuh ke rumah.. nanti aku bagi review. Kan boleh gitu. Nampak nau nak scam org.. hahaha

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook