Saya telah divaksin dos Pertama

July 09, 2021




Lega betul bila dah dapat date vaksin.  Bila tengok kawan² battle nak dapatkan Vaksin AZ . Dorang dah dapat date..aku yang berisiko tinggi ni bila nak dapat. Dok renung je My sejahtera hari-hari. Risau.

Awal Jun tengok kawan FB aku ..akak ni matron kat Hospital Serdang share dia registerkan parents dia untuk slot pesakit yang ada follow up di Hospital Serdang. Terus aku pm dia . Alhamdulillah baik akak tu tolong tanyakan doktor dan suami pon boleh tumpang sekali vaksin. Akak tu tolong submitkan permohonan . Seminggu kemudian baru date keluar di MySejahtera...hari² gak setiap jam aku bukak nak tgk date. Risau kalau dapat masa minggu aku warded untuk operation mata.

16 Jun setelah byk kali bukak apps MyS..petang dah jam 6 .mtetiba keluar date 18 Jun jam 9 pg.

18 Jun 2021





Berdebar weyyy nak cucuk. Sarapan ala kadar kat rumah. Minta Ayie hantarkan kami sebab susah nak parking. 
Sampai hospital kami naik tingkat 8. PPV kat atas . Beratur di stesen 1 untuk register.Nama di tanda atas senarai di kertas. 






 Diberi nombor dan tunggu untik dipanggil ke stesen 2 untuk semakan di sistem. Ditanya penyakit dan kemudian ke stesen 3 untuk ambil tekanan darah. Time ni le bp naik.



Kemudian kami ke Stesen 4 pula utk consultation doktor. Ada 3 org doktor sebaris menerangkan kesan² suntikan. Bilik kecik semua bercakap..punyalah susah nak dgr dgn terang  So disitu dah bagi penerangan kita pon sign setuju.

Kemudian tunggu di stesen 5 utk disuntik




. Mujur diberi masuk bersama . Dapat plak nurse yg baik..asalkan jgn snap muka dia..riuh rendah kami dok ambik video n gambar. Gelak2 nurse tu. 
Kami dapat vaksin Pfizer.




Pakai cardigan senang nak selak.

Lepas tu ke stesen 6..scan post vaccination ..isi form kut ada effect...ambik bp lagi sekali. Then masuk bilik pemerhatian



. Duduk rehat sekejap kemudian dipanggil utk serahkan borang. Mereka bagi date utk 2nd dos.

Kami pon pergi bergambar.





Lepas cucuk mmg dah rasa lengan lenguh. Balik rumah petang tu tidur. Lengan tu adalah lenguh dalam 3 hari.
Takde effect lain pon.

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook