17 Mac
Pagi ni bangun pagi siap-siap bekalan roti untuk ke Fremantle. Jenuh nak suruh bersiap. Dekat jam 9 gak baru keluar hotel. Takpe kita santai-santai..hari ni memang nak jalan-jalan kat situ je. Pagi-pagi nikmati dulu air nih...baru best berjalan. hihihi
Cuaca memang sejuk berangin. Kami berjalan kaki ke Perth Railway Station. Sampai je terus gi mesin beli tiket.
Nampak tu orang tengah beratur kat mesin.
Dah beli tiket pergi cari Fremantle Line ...platform 7. Turun bawah dan seberang ke sebelah.
Nak menunggu stop paling hujung perut plak memulas hehehehe..Mujur boleh tahan.
Ehhh,,,macam kakak sulung je kan...kihkihkih
Fremantle ni dekat pelabuhan.
Sampai je terus cari toilet. Toilet lelaki sebelah kiri bila keluar train...Female toilet plak dah keluar dari pintu gate. Besar , gelap menyeramkan plak kalau malam-malam.
Kami memulakan perjalanan ke E-shed market dulu.
Keluar je train station belok ke kanan...jalan kaki dalam 4 minit ...lintas landasan keretapi ni.
Nampak kiri tu tempat parking kat E-shed markets.
Kedai souvenirs yang popular kat situ Megabes dan Aussin. Aussin lebih besar dan banyak pilihan.Cuma kat Aussin ada had kuantiti untuk beli. Tapi kita bukan nak memborong kan. Dibuka jumaat hingga ahad sahaja. Memang murah kat dua kedai ni. korang takkan dapat hoodie $ 8.95 kat lain-lain kedai. Kali ni beli sikit je souvenirs. Aku beli tshirt lengan panjang, beli kiriman jer sikit.
Ada kedai-kedai lain jugak jual kraf..coklat.
Ada juga food court.
Lepas dah beli souvenirs kami rehat-rehat jap lepas tu makan bekalan sikit. Tadi bawak roti sandwich kan. Makan epal dan pisang jugak.
Kami berjalan kaki menuju Fremantle market. Pasar ni pun dibuka Jumaat- Ahad sahaja.
Hari ni 17 Mac kebetulan adalah Hari St Patrick yang disambut orang Ireland. So orang Ireland yang ada kat Perth ni dorang pi sambut kat Fremantle dengan berpakaian hijau.
Meriah ler hari tu . Kami berjalan 4 minit dan sampai di kedai souvenir Freo Souvenir. Kedai ni je yang bukak sepanjang minggu. Harga katanya murah jugak. Tapi ada le gak yang tak.
Jadi kalau uolls datang ke Fremantle dihari Isnin-Khamis boleh le berkunjung ke kedai ni..kalau tak kat Perth City pon ada kedai souvenirs..ada aku citer kat entry tahun lepas.
Kami berjalan lagi sampai le ke Fremantle Market.
Ini pun bukak Jumaat- Ahad. Apa ada jual dalam tu? Macam-macam barang kraf, makanan, dan lain-lain. Megabes pun ada kedai baru buka disitu.
Kalau pergi kat Megabest di E-shed memang tokey dia akan promote suruh pi kedai baru dia kat Fremantle market sebab lebih besar dan selesa nak soping .
Murah tu bang...beliii
Nampak tu stokin monstera..haruslah ahkak beli.
Nak beli mahal hehehhe...kita pulun makan hirisan untuk testing je.
Aku beli air ni jer...
Tadi masa tengah jalan-jalan ternampak segroup minah salleh ni dok bawak air ni..tu gigih pi cari.
Boleh pilih nak air apa...oren..grape...strawberi
Aud 6 kalau tak silap
Dah tengahari perut dah lapar. Matahari memancar sangat tapi sejuk.
Susah nak tengok phone.Sebab terik sangat. Kami jalan menuju ke taman sebab dah dekat dengan Cicerello's. Ramai yang berpiknik berkumpul memakai baju sut hitam.
Yang terbaring atas rumput pon ada tengah-tengah hari ni.
Nak ajak dorang ni makan kat Kaili's plak. Tapi bebudak nak makan kat Cicerello jugak. Memula pilih meja kat luar. Tengah tunggu order...sejuk melampau angin kuat giler. So makan kat dalam.
Sampai makanan makan tak hengat...lapar dah. Kami bawak sos cili sendiri.
Angin tengah kuat nih.
Dah kenyang kami pi jalan-jalan ke Bather's Beach.
Kailis' ni ramai orang malaysia pi makan. Sebelah menyebelah je dgn Cicerello's
Kemain thumbs up..ajak makan sini takmo.
Elok plak si camar putih menyelit.
Ada group sut hitam ramai kat situ berkumpul kemudian menari. Irish dance rasanya.
Kami berjalan menuju ke Round House. Kena panjat tangga. Kat atas tu boleh nampak pemandangan laut.
Boleh jugak tengok eye boogling art dari atas tu. Nampak line kuning.
Kemudian kami turun kebawah dan ambik gambar kat landasan keretapi.
Hero ni sibuk nak bergambar kat sini hihihi
Budak montel ni pon sama,
Jalan-jalan sampai le kat Coles.
Singgah beli Dare. Sebab situ murah $2.20..nanti sampai Perth City dekat jam 5 ..Woolworths dah tutup. Jadi beli situ nak bawak balik Malaysia. Jumpa plak Pods Snickers murah 1/2 price..rugi plak beli sikit.
Lepas selesai terus kami berjalan menuju railway station. Memang terik matahari tapi sejuk.
Euuwww apa korang tampal kat situ
Sampai Perth City kedai-kedai dah tutup .
Sabtu dan Ahad memang tutup jam 5 ptg. Sampai hotel lepak-lepak rehat jap
Simpan hasil belian kat Coles tadi.
So google map camana nak naik bas ke situ. Memula tunjuk naik bas 960 tunggu kat bus stop dekat hotel tempat tunggu yellow cat 13. Sampai je situ tengok seberang jalan bas 960 berlalu...ehhh kene seberang ker...bila google balik dah tukar plak kene naik bas 362 kat Perth Busport stand 10.Kena jalan kaki dalam 8 minit ke Hentian bas tu. Panik dah ni...takut Lamb ribs habis.
So kami jalan kaki ke situ dan masuk ke Hentian bas turun kebawah ada beberapa pintu ikut pada bas apa kita nak naik.
Pintu 10 tu untuk naik bas 362. Bila bas sampai tunjuk je tiket pagi tadi yang pakai masa pergi balik Fremantle. Perjalanan 19 minit ada 6 stop. Kalau tatau mana nak stop...siap-siap bagi tau driver tu destinasi kita.
Malam dah gelap ...tatau mana arah .hehehe..Ada pakcik omputih tu tanya can i help u...baik sungguh dia...tapi dia stop dulu.
Perhati jelah luar bas nanti nampak belah kanan ada tulisan Dianella Plaza dan stesen minyak Caltex. Tekan butang nak turun. Nampak kanan ada restoran Red Rooster. Jalan seminit nampak pasaraya Coles...nanti nampak ada kedai makan Charcoal Chicken Express.
Woooooo...lamb ribs
Masa aku sampai ada sekumpulan melayu tengah makan. Barisan tgh order tak ramai. Meja kosong pon ada satu . Masa tu dalam jam 7.20 mlm. Habis je order...duduk tunggu dalam 15 minit. 7.30 malam dah menderu orang beratur.
Mujur kami datang awal sikit dari mereka.
Kami order 2 hidangan combo. Nasi Briyani + 1/2 rack Lamb rib + 1 salad ( boleh pilih dari 6 pilihan) dan Nasi Briyani + half chicken + 1 salad.
$ 17.90
$ 19.90
Saja post gambar sama banyak2...sedap weyyyy...
Portion dia besar yer...jadi jangan tamak nak makan sepinggan. Kang meletup perut. Kami kongsi berdua satu hidangan tu.
Sedap wehhhhhh....Lamb ribs tu perapan sweet BBQ. Menjilat jari u...
Dalam jam 8 mlm tu lamb ribs dah licin. Masa nak balik ada serombongan melayu kita sampai...memang tak merasa lah dorang...esok Ahad dia tutup.
Selesai dah kenyang kami berjalan semula ke bus stop. Balik ni kami tunggu bas 960 yang datang dari arah Curtin University. Nanti boleh turun dekat sikit dengan hotel. Tak perlu turun kat Perth Busport. Sejuk giler malam. Semua puas hati makan besar malam ni...ikutkan hati order lamb ribs tu untuk ratah-ratah. Tapi ramai beratur.
So malam tidur dengan perut kenyang.
Tips: Senang korang guna google maps untuk kemana-mana. Ada pilihan untuk bawak kereta, naik bus atau train dan jalan kaki. Pilih bus/train akan diberi beberapa pilihan dan masa . Senang nak tau naik apa..berapa stop...jalan kaki berapa minit. Jangkaan waktu tiba. Tak kisah lah korang pakai portable wifi atau beli sim card kat sana.