Trip ke London 2018 - Day 8 (Oxford Street dan Heathrow Airport)

February 13, 2019

10 November 2018


Hari ni kami dah nak balik tapi flight malam. Jadi pagi-pagi lepas habiskan bekalan makanan yang ada...kemas-kemas bawak beg turun. Satu hal jugak nak bawak turun beg beranak dan berat. Tangga plak sempit .
Camana nak bawak ni kalau naik tube...mmg tak ler . Kena naik turun tangga. So decide naik taxi nanti ke airport. Jadi pagi tu kami tinggalkan beg kat pejabat apartment tu. Nak heret ke situ tu jenuh pasal jalan tak rata. Mujur ada orang tolong tengok seksa sangat.  Ada gak pak hitam tegur dia bawak taxi besar macam starex tu ambik card dia. 

Dah tinggalkan barang kami pon naik tube pergi ke Oxford Street...nak stop kat Tottenham Court Road Station. Sebab kat depan dia ada satu lagi Primark. 
Oxford street ni panjang..memang penuh dengan kedai-kedai yang menarik.
Dari stesen marble Arch hingga Tottenham Court Road . 



Laju melintas nak pi soping hehehe







Huhuhu..rupanya sini besar lagi best dari yang kat Marble Arch tu. Sini bertingkat2. Ada banyak tempat rehat. Baju pon banyak.Sini baru ler ada section khas Harry porter . 

Tengok barang mekap murah-murah.





Memang tertarik betul dengan boot nih. Tatau mana nak pakai je nanti hahahha 

Dari Malaysia dah aim nak beli nih...dah nak balik tak dapat nak sumbat dah so tak beli ler. 








Dah hujung-hujung soping baru terjumpa tempat ni..section barangan London yang murah-murah untuk dibawa balik sebagai cenderahati... menggila jap kat sini.


Comel betul romper baby ni dua helai 4 pound



Spender London heheheh


Stokin












Sebelum bayar sort hasil rampasan.




Tengah berbelah bagi nak ambik ke tak 

Tak jadi ambik...posing dulu sebelum ucap babai heheheh.


Jum balik..nak pi tempat satu ni tapi pasal ada kejadian so tak jadi...balik Bayswater semula. 



Muka happy tapi risau ni mana nak sumbat segala benda nih.



Perut pon dah lapar. So makan kebab.





Order 2 jer makanan tapi tapi yang wrap tu dia buat 2 dah le mintak large..masa order pon dia laju-laju saja kasi pening..bila dia bagi dua kita cakap ehhh satu jer...dia kata HARAM...jahat betul dia nih.

Ambik gak le...tak habis makan sebab portion besar...separuh aku tapau...masa sibuk-sibuk nak naik taxi aku sumbat kat tepi beg baju...dah tu terlupa...selamat masuk cargo hahahha ingat nak makan kat airport.

Selesai makan jalan-jalan menyusuri Bayswater buat kali terakhir...








Rindu plak kawasan ni..

Kami bercadang ke airport jam 3...masa nak ambik bag kat pejabat apartment tu dah penuh bilik tu dengan beg. Susah nak ambik. Aku cuba nak contact pak hitam pagi tadi tu tapi tak boleh plak  so aku try apps Mytaxi je lah order yang XL.


Datang yang macam ni katanya ni size besar...driver tu mujur badan besar tinggi..dah ler nak hujan..dia plak kelam kabut je. Penat dia angkut beg 9 ketul hehehhe...dia kata tak reti travel light ker...kikikki..dah ler hp dia hilang tetiba dok mencari rupanya kat seat kami duduk.



Taxi ni boleh duduk enam orang....kami duduk bertiga..dan tengah tu ruang luas sebab seatnya bertutup. Letak barang kat situ.




Elok je bergerak..hujan turun lebat sangat. Mengantuk terus tertidur.hhhhihih


Sampai di airport masih hujan renyai lagi .Masuk je terus kemas-kemas beg dan timbang.  Ada beberapa perempuan tua tatau dari negara mana riuh rendah kat timbang tu dengan lelaki ketua rombongan kut. Kecoh menimbang habis segala barang kecik2 termasuk le berus gigi di lambak atas penimbang dah lebih muatan le tu beg. So timbang sikit2 masuk sumbat beg hahahah.  Kecoh betul. Aku pon cukup-cukup je timbangan 2 beg  masuk cargo tu 30 kg. Satu lagi hand carry pon cukup2 7 kg...jaket pegang tangan masa check in dah lepas baru sumbat dalam hand carry.Tak dapat nak check in sekali bertiga macam kat malaysia. So duduk asing-asing.

Lepas dah check in beg kami pon lepak-lepak tunggu gate bukak. Masuk kedai Duty free beli coklat. Sambil cuci-cuci mata kat Harrods dan laon-lain kedai. Kat sini murah sikit.














Aku dah tukar pakai cardigan baru beli nipis sikit nanti senang sampai Malaysia.

Masuk je flight lapar le jugak. Dia bagi air dan biskut. Dari London ke Oman aku duduk sekali dengan couple melayu muda..dok mengunyah je . Aku tidur mengantuk. Sampai Muscat bergegas cari gate...dah le ramai org filipina...barisan panjang...ada gak bangsa apa tah sibuk nak potong barisan. 

Dari Muscat ke KL dapat seat berdua je . Mujur aku dapat yang aisle jer..aku memang taknak window..susah nak pi toilet. 

Kami sampai KL dalam 7. 30 malam keesokaan harinya 11 Nov.





Ramai yang datang menjemput.

Tamat le percutian kami ke UK dan Paris...tahun ni tatau le kemana maybe mereput je kat malaysia .




You Might Also Like

4 comments

  1. Betul. Primark dekat Tottenham Ct Rd stn lg luas, teratur & lebih selection. Ada ruang rehat, tmpt VAT pun selesa. Wonder kenapa yg kat Oxford Rd tu juga yg jd tumpuan ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oxford street ty dari tottenham court ke marble arch...maybe sbb nak bergambar kat marble arch tu kut..so jalan2 situ je tak sampai hujung sana hehehe. So now dah tau mmg lenkali tuju situ je kan hehhe

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahha pastu balik menung jelah pokai dah

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook