Percutian ke Perth 2018 - Hari pertama (Perth City, Spanda Elizabeth Quay, Watertown)

March 26, 2018





Eh ..pergi lagi Perth ?..Hehehehehe ...balik dari Perth aritu gatal tangan book lagi AA ke Perth. Kenapa?

Tahun 2018 ni Hafiy dan Hisham ada exam Upsr dan PT3...jadi tak boleh le nak ponteng-ponteng kelas lama. Tapi mama dia mana boleh duduk diam..kaki gatal nak jalan je. So rasa tak puas lagi jalan-jalan kat Perth tu ...ada yang tak sempat cover terutama kat city. Lagipon dah tau selok belok naik bas CAT yang free tu dan jugak guna Family Rider pass. Jadi memang sesuai pergi Perth lagi untuk percutian singkat dihujung minggu. Lagipun bulan Mac adalah bulan kelahiran asben aku 13 Mac, kelahiran aku 14 Mac dan kelahiran Hisham 24 Mac. Kira celebrating our birthday lah kat sana huhuhuuh fefeling orka gitu.


Asalnya aku booked tarikh 30 Mac dan balik 1 Apr 2018. Wah singkat benarnya...30 mac tu ambik flight 12.05 pagi so sampai subuh ..siang tu dah leh gi jalan-jalan kat Perth. Jumaat masa soping panjang sampai 9 mlm. 

Balik Ahad tu ambik flight jam 4.50 ptg. Yang penting pagi tu check out terus pi Sunday Market kat Belmont Forum yang menghala ke airport dah. 

Tapi bulan berapa tahun lepas AA dah tukar ...dia retime plak waktu balik. Dah takde flight ke Perth jam 9. 40 pagi...dan tiada lagi flight balik belah petang. kena balik 6. 40 pg...aduhhh takkan 2 hari je kan bercuti. Masa ni peluang baik untuk kita tukar date cuti dan panjangkan tempoh percutian dengan tiada melibatkan kos. Kalau nak kensel pon boleh dan dapat refund. 

Laju-laju aku call AA dan mintak tukar date ke cuti sekolah 16 - 19 Mac...ponteng gak le sehari jumaat tu hehehe. 

Untuk trip yang ni aku tak perlu mohon visa sebab yang aritu masih valid sampai bulan Julai ni.

15 Mac

Bebudak sekolah macam biasa pagi tu ujian penggal pertama tak abis lagi. 

Lepas Asar kami bersiap-siap terus pergi ke ERL dan tinggal kereta disitu. 
Gambar wajib tunggu ERL heheheh


Angkut 2 beg je balik nanti kita beranakkan dia

Sampai je KLIA2 ingatkan dah boleh drop bag. Rupanya 8.05 mlm nanti baru dorang open. 


Lepas drop beg kami pergi dinner. 10 lebih baru kami masuk untuk pemeriksaan imigresen . 


Sajer dengki budak tangan tembam ni


Banyak masa lagi kan posing-posing dulu


Gate paling hujung P12.



 Memang sejuk. Lepak-lepak isi air dulu...air coway tu mengalir cam air ken**** keciknya...sbm tu org2 dari Beijing dah serbu sorang 4 botol sampai bengong jadinya mesin tu. Bila bukak gate terus masuk dlm flight. Patut gerak 12.05 malam tapi lewat sikit sebab ada penumpang sakit sampai paramedik datang. 

Untuk flight pergi ni memang aku tak order makanan..sebab nak tidur ....perjalanan 5 jam 20 minit. 

Bukan boleh lelap pon uhuhuhu. Kami touch down 5.30 pagi.


16 Mac

Elok je touch down..on phone...phone aku buat hal. Sakit hati. Lepas pemeriksaan imigresen, lepas ambik bag kena lagi beratur untuk dihidu anjing. Aku dan Hafiy lepas dulu..tak de apa2 ....masa asben dan Hisham...tetiba anjing tu stop plak kat backpack hijau kami. Hishhhh...kena plak tahan untuk cek bukak beg...mujur back pack...dalam tu ada roti coklat dan satu roti sambal bilis...rasanya itu yang dia bau. Mujur takde buah.  Okaylah dilepaskan.


Keluar dari balai ketibaan terus pergi beli sim card 15gb $10 . Keluar je dari situ kami menghala ke tempat menunggu bas 380. Dah expert dah. 




Alhamdulillah cuaca dan suhu sangat baik sepanjang kami bercuti . Sebelum tu panas masih melanda Perth dengan suhu 30 celcius lagi waktu malam. Tapi bermula hari kami sampai memang suhu menurun . Ketika touch down suhu 15 celcius. Dan tengahari pon paling tinggi 22 celcius sahaja. Agak nyaman.

Kami menaiki bas 380 untuk ke bandar. Kali ni aku sewa hotel sahaja bukan apartment . Sebab cuti singkat je dan mau cover area bandar sahaja. 

Hari ni family rider pass bermula jam 3 petang. So kena beli tiket cam biasalah.

Jadi tiket dewasa $4.70 dan kanak2 $ 1.90 untuk ke Perth City. Valid 2 jam tiket tu.

Kami turun di St. Georges Terrace Stand N




 dan jalan kaki tak jauh mana pon ke Hotel Season Of Perth kat Pier Street. 



Selorong tu banyak hotel-hotel spt Kings Hotel, Pensione Hotel . Tempat strategik untuk jalan-jalan sekitar city. Chemist Warehouse dan Ihsan Cafe dekat aje. 


Seminit je jalan kaki.

Sampai hotel..masa untuk check in adalah jam 2 ptg.So kami tinggalkan beg dulu nanti jam 12 dia kata datang le untuk check in.

Kami pon dengan seronoknya dengan cuaca baik sejuk...rasa dahaga so nak minum iced coffee Dare..hehehe..singgah convenience store beli Dare dan Barista. Emmmm nikmatnya.


Lepak-lepak depan Woolworths Forrest Chase. Monday-Friday bukak 8am -9pm tapi Sabtu dan Ahad kul 5 dah tutup. Ahad dia bukak 11 pagi.


Thursday8AM–9PM
Friday8AM–9PM
Saturday8AM–5PM
Sunday11AM–5PM
Monday8AM–9PM
Tuesday8AM–9PM
Wednesday8AM–9PM

Masuk dalam tu beli pisang dan air . Orang ramai tengah sibuk nak pergi keje.




Sedap je ada hirisan mango dalam tu


Semua ada hirisan buah dalamnya

Memang seronok kalau masuk supermarket kat oversea kan.



Kami berjalan menuju Elizabeth Quay...nak bergambar kat Spanda.
Phone aku tengah buat hal kene tunggu bateri kong utk restart.

Sebelum sampai tu sempat menyinggah kedai-kedai yang dah bukak.
Ni kat kedai Reject Shop...ada cookies emoji...sapa nak makan taik tu hehehehhe
























Kami lepak-lepak kat Elizabeth Quay sambil bergambar...lepas tu patah balik ke tempat-tempat shopping. Nak masuk Target. Aim beli hiasan rumah.




Ambik apa-apa yang berkenan heheheh..


Dah selesai  dan dekat time nak check in kami patah balik ke hotel. Sebelum tu singgah beli air mineral dan jus .






Okay lah hotel ni..kedudukan strategik. Bersih. Luas. 

Masuk bilik makan apa-apa yang patut...apalagi nasi instant Brahim's ler. Lepas tu ada yang cover tidur. Aku dah tak leh sabar nak gi kedai perfume hahahha....keluar dengan Hisham ...banyak plak yang takde kat Murray street punya outlet...





so berjalan 10 minit pergi Hay street plak. Cam nak patah kaki huhuhu.




ini outlet dekat Hay street




Masa nak balik tu singgah bergambar kat London Court.



Sampai hotel kejut2 yang lain untuk pergi Watertown. Kami jalan kaki tunggu bus Yellow Cat ..bas free...kat berdepan dengan Perth Railway Station. Lalu depan H&M ada plak street food...meriah orang makan-makan ..ada gerai satay Malaysia. Rupanya setiap jumaat ada Twilight Hawkers Market dari jam 4.30pm hingga 9.30 pm di Forrest Place. Dari Okt sampai April sahaja yer setiap tahun sempena summer.











Kitorang singgah makan masa balik nanti

Kami menuju ke Watertown...


jalan-jalan tak de beli apa ..






Hafiy je beli cap. Naik bas free balik dan berhenti kat Perth Station dan beli makanan kat situ. Makan Nasi Paella.




Lepas tu kami balik ke hotel tapi singgah kat Woolworths beli air mineral, Dare, apple.

Malam suhu kembali sejuk 17 celsius.
Balik makan maggi hehehe


 Tidur dalam kesejukan ekon ...esok nak pergi Fremantle.

You Might Also Like

8 comments

  1. Pose kak dy sentiasa meletop.

    ReplyDelete
  2. Bestnya Kak Dy. Nak pergi short trip Perth kena hallo kak Dy ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe...kakdy boleh bantu buat itinerari..nak short trip or long trip..

      Delete
  3. bestnya kak dy, whistlist masuk dah tak tau bila dapat p.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe cikza..masuk je dlm wishlist...InsyaAllah ada rezeki nanti..kakdy pon dulu2 tak terpikir akan kesini

      Delete
  4. Salam kak. Seronok tgk akak dah g Perth. Kak kalo x keberatan boleh ke saya nak dpt kan itinerary akak g Perth dgn family yg 2017 tu. Sy 1st time nak travel sendiri ni. Sebelum ni selalu follow orang je. Ini email sy. rossalma29@gmail.com

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook