Percutian kami ke NZ yang lepas memang tak ler sempurna persediaannya...banyak lari bajet...hehehe.. dari berdua jadi berlima...rezeki anak2.
Aku citer ler sikit perkongsian persediaan aku sbm ke NZ
1) Ticket
Kami naik AA. Tiket berdua dibeli semasa AA ada offer tiket murah dan route ke NZ baru dibuka semula...dulu2 ada dah flight terus ker Christchurch pastu stop...rugi ler aihhh....
Pastu Januari 2016 ker Februari dibuka ke Auckland. Tiket sorang return xsampai 1K pon.
Sehala dapat Rm 450 gitu kalau tak silap .
Bulan 3 aku beli lagi untuk bebudak bertiga ni. Tapi Ayie n Hisham dapat le harga promo tapi tinggi sikit dari aku beli sebelum ni. Hafiy tak boleh beli online utk harga promo tu sebab dia bawah 12 tahun dan Ayie n Hisham plak bawah umur 18 tahun. So harga tiket dia yg maksimum ler utk budak. Kalau Ayie dah 18 tahun boleh le Hafiy dapat harga promo.
Dah selesai beli tiket ke Auckland...baru decide nak gi jelajah south ke north. Sebab south lebih cantik pemandangannya. So kami decide nak ke South ...so kene cari tiket cepat2 ke Christchurch.
Ada 2 yang kami pilih Jet star dan Air New Zealand. Masa pergi naik Jet star tapi jet star ni flight terakhir petang tu jer...aku ambik yg last jam 6. 55pm...dah beli baru menyesal sebab jarak masa tak lama dgn waktu mendarat ke Auckland...Air NZ ada banyak lagi flight malam tu. Kan dah tak keruan...Dah beli baru berdebar segala takut flight AA delay ...atau lama tersangkut kat imigresen ke...huhuhu. Tawakkal jelah. Mujur semua smooth.
Domestic dgn international terminal bukan satu tempat
yer..kene naik bas (shuttle bus provided every 10mins) dlm 5-10min..jalan kaki
pon boleh..dlm 15-20min kot..xterase jauh pon sbb xkan berpeluh (kecuali time
summer laa kan) Btw, untuk ke domestic terminal, just follow line hijau. Ikut line tu sampai le ke terminal utk penerbangan domestik.
2) Tidak perlu visa
Tak perlu visa okay ke NZ. Jadi senang ler sikit.Sebab permohonan visa ke Australia pon banyak je masalah...ketat sebab takut kita pergi tak balik2 hahah.
3) Accomodation
Segala hotel, hostel, motel, apartment kami book melalui Agoda dan Booking.com. Boleh juga guna Airbnb. Aku book awal . Aku refer jugak kat blog personal yang pernah bercuti ke NZ...hotel2 yang dorang duduk. Kalau review okay dan harga sesuai aku book ler.
Hari pertama kami sampai Christchurch kami sewa Airport Lodge Motel. Sebab dekat 5 min jer dari airport. Sampai dah malam takmo ler duduk jauh2 . Masa book tu siap2 minta airport transfer bagitau touch down kul brp. Dah selesai ambik beg semua kami gerak pintu keluar kat situ ada disediakan telefon utk call hotel . Ada situ nama hotel dan no telefon. nanti dia suruh kita tunggu situ sehingga dia sampai. Kalau kita berlima...mmg takleh tipu kena bagi bilangan org yg tepat. Rumah ni ada 2 bilik. Bilik pertama ada queen bed dan single bed. Bilik kedua ada 2 single bed. Memang lengkap ada dapur dan microwave. Pinggan mangkuk , sudu garpu, senduk dan periuk, cawan gelas semua ada. Ini rumahnya..
Di Lake Tekapo kami sewa di Lake Tekapo Motel and Holiday Park. Kami pilih rumah yg betul2 mengadap tasik. Memang berbaloi pemandangan yang cantik...bukak pintu umah terus tasik terbentang depan mata. Rumah ni ada 2 bilik. Masuk je pintu terus ruang tamu, ruang makan dan dapur. Bilik pertama queen bed...bilik kedua ada 3 single bed. Semua tilam ada heater...setiap ruang mesti ada heater. Malam2 sejuk nak mampus. Bilik air pon luas dan cantik. Cuma takde lock huhuhu.
Kat sini ada sediakan rice cooker. Dapur elektrik. Pinggan mangkuk, Sudu garfu, periuk . cawan dan gelas.
Di Queenstown kami sewa hostel . Yang ni bilik air didalam tapi dapur diluar.
Kembali ke Christchurch kami sewa Admiral Motel. Rumah dua bilik. Ada dapur lengkap, ruang tamu, dan setiap tilam ada heater.
4) Makanan
Dari Malaysia memang kami bawak bahan nak memasak. Banyak gak beli Brahims. Beli nasi goreng instant sebab senang baru sampai boleh masukkan microwave. Beras beli je kat NZ termasuk bawang, gula. Garam , serbuk serbaguna utk goreng ayam, perencah nasi goreng, instant kuah masak lemak, masak merah yg Brahims punya beli di malaysia.
Brahims punya produk elok beli kat kilang dia ada kedai kecik harga sangat murah berbanding dijual di supermarket. Roti beli gak utk senang nak alas perut masa sampai. Beli tuna dlm tin , nutella dan jem senang sapu kat roti. Jem strawberi kami beli kat sana . Suker plak bebudak ni makan. Kami beli yg disyorkan oleh sorang omputih nih.

Biskut pon beli siap2. Segala barang makanan yang dibawa perlu declare . Itu peraturan kat NZ dan Ausralia. Mrk strict sikit dgn apa segala yg dibawa masuk ke negara mrk. Buah2 jgn gatal nak bawak. beli je disana.
Jadi kita buat senarai siap2. Makanan dlm tin atau kotak perlulah ayam dan daging tidak bertulang.
Kalau tak declare dan tetiba dorang temui sebiji epal yg kita dpt dlm flight letak dalam backpack...terus kene saman. Kan dah rugi duit . Saman plak kalau tak silap NZD400.
Ini contoh senarai yang aku buat
Bekas utk makan semasa perjalanan aku bwk bekas plastik transparent tu ...nanti sbm balik buleh buang, sudu garpu plastik, Senduk nasi, Span pencuci pinggan kecik je.Pencuci beli kat sana. Sebab ada rumah tak sediakan. Rice cooker kecik memang aku bawak..sedang elok masak nasi untuk kami sekeluarga.
Ini contoh senarai yang aku buat
Food declaration list
FOOD NAME
|
CATEGORY
|
QUANTITY
| |
1.
|
MAGGI
|
Dried noodles
|
1x pack-of-6
|
2.
|
Mi Sedaap
|
Instant Fried noodles
|
1 x pack of 5
|
3.
|
Sambal garing Che Nor (Spicy fried Anchovies)
|
Ready to eat
|
1 bottle
|
4.
|
Serunding Daging (Meat Floss)
|
Ready To Eat
|
1 bottle
|
5.
|
Munchy’s Croissant
|
Pastry
|
5
|
6.
|
Brahim’s Fried Rice Kampung Style
|
Ready-to-eat rice
|
5 boxes
|
7.
|
Brahim’s Salted Fish Fried Rice
|
Ready-to-eat rice
|
1 boxes
|
8.
|
SERI AJI Chicken Flavored Fried Rice Seasoning
|
Fried rice seasoning
|
2 packet
|
9.
|
Brahim’s Spicy Tomato Sauce
|
Sauteed Tomato Sauce
|
1 pack
|
10.
|
Ayam Brand Chilli Tuna
|
Tuna Spread
|
2 can
|
11.
|
Adabi Spicy Cockles
|
Ready to eat
|
3 can
|
12.
|
Tiger Milk Flavoured Biscuit
|
Biscuit
|
1 pack
|
13.
|
Spicy Anchovies
|
Ready to eat
|
1 can
|
14.
|
Ayam Brand Fried Mackerel In Chilli Sauce
|
Sauteed mackerel
|
3 can
|
15.
|
SERI AJI perencah rempah gorengan serbaguna
|
Multipurpose Seasoning
|
1packet
|
16.
|
Adabi Thai tomyam paste
|
Paste
|
1 bottle
|
17.
|
Adela Margarine
|
Bread spread
| |
18.
|
Gardenia white sandwich bread
|
Bread
|
2 loaf
|
19.
|
Maggi Perencah Nasi Goreng
|
Kampung style Fried rice seasoning
|
1 packet
|
Bekas utk makan semasa perjalanan aku bwk bekas plastik transparent tu ...nanti sbm balik buleh buang, sudu garpu plastik, Senduk nasi, Span pencuci pinggan kecik je.Pencuci beli kat sana. Sebab ada rumah tak sediakan. Rice cooker kecik memang aku bawak..sedang elok masak nasi untuk kami sekeluarga.
5)Kenderaan
Mulanya kami cadang nak rasa pengalaman naik dan tinggal dalam motorhomes. Tapi sebab musim winter dgn anak2 yg ganas suka bergurau bergumpal kang roboh plak motorhomes tu hihih. Takut mati kesejukan dalam tu hahahaha. Lagipon bagak sangat motorhome yg utk berenam orang tu. Takut nanti nak jalan panjat bukit...pastu bukan boleh laju. Nanti melambatkan perjalanan. Kami bukan cuti santai2. Jarak semua jauh2. Dah ler jalan sunyi takde kenderaan..tapi polis ada je tetiba muncul tah dari mana. Had laju kena ikut. Penduduk sana suka gak call polis bagitau kalau dorang nampak kita bwk kereta huyung hayang, berhenti tepi jalan . Lesen antarabangsa tak diperlukan . pakai lesen memandu kita jer...photostat lesen yg baru tu..ada dwibahasa.
Jadi kami sewa kereta MPV. Perlu bagi bilangan penumpang dgn tepat sebab kat sana budak2 wajib sewa baby carseat. Semua kena ada tempat duduk masing2 bukan main sumbat macam kat sini. Kang tak pasal kene saman. Semua kena pakai seat belt masing-masing..takde nak duduk berpangku.
Ada banyak syarikat kenderaan kita boleh sewa. Bukak website dorang dan isi info diminta untuk dapatkan quotation. So kita boleh lah bandingkan. Aku sewa family wagon utk seat berlima. Kalau kita sewa lama banyak hari sewa akan murah berbanding sewa sekejap. Aku sewa 4 hari je jadi mahal le sikit. Nak sewa estima memang mahal. So family wagon ni sesuai harganya. Ada jgk yg bygkan bila aku kata sewa family wagon dia bygkan van volkswagon yg lama berkurun tu..😏
Tapi bila kereta tu tak dipulangkan lagi penyewa sebelum tu...kami diupgrade ke Estima. Bertuah sungguh. Selesa sangat. Hafiy sorang conquer seat belakang. Ayie plak kemain duduk berbaring kaki melunjur. Mama kat depan pon selesa. Dah bandingkan semua syarikat kenderaan , kami pilih Shoestring.
Yang ni tiada pilihan drop kereta kat tempat lain melainkan di Christchurch jugak. Boleh pilih yang pick up kat Cristchurch dan drop off di Queenstown ke. Kami memula nak sewa sebaik sahaja sampai malam tu tapi rugi rasanya baik ler mula esok je...sebab dorang buleh htr kereta kat hotel esoknya. Kami sewa jugak gps, mcm2 kita boleh sewa klik je apa2 nak sewa. Kalau ada budak or baby wajib sewa carseat. Kalau musim winter yg tebal terutama awal winter dimana jalan byk salji dan licin kenalah sewa chain utk tayar. Insurans pon wajib.

Sebelum pulangkan kenalah bersihkan dulu. nanti dia caj kita plak.
5) Tempat menarik untuk dilawati.
Sebelum pergi kita buat ler itinerari. Dari mula bertolak sampai balik semula. Jadi teratur sikit ler perjalanan kita. Buat jugak anggaran masa untuk sampai ke destinasi. Berapa lama nak spend masa disitu. Berapa kos untuk admission fee, tempat2 makan berdekatan, tempat soping, Tiket2 semua aku dah masuk kan dalam bajet...mana yang boleh beli online aku beli dulu sebab selalunya beli online dlm waktu yg lebih awal selalunya murah..ada jugak tiket2 murah dah hujung2 dekat tarikh yg kita pilih.
Aku selalu buat buku kecik utk senang nak rujuk itinerari, tips2 yang ada semua aku masukkan dalam buku tu.
6) Shopping
Kalau ke negara orang mestilah nak bawak balik kenangan-kenangan kan...beli souvenirs.
Kalau ke NZ jangan lupa beli coklat Whittakers. Pak 'n' Save akan promo giler2 utk coklat Whittakers pada hari Khamis selalunya.
Makanan halal adalah susah di NZ. Pak 'n' Save ada jual ayam halal yakni jenama Brinks & Turks. Ayam ada cop halal hanya Brink's chicken certified by FIANZ.
Roti yang patut beli jenis mestilah TIDAK mengandungi bahan seperti 472E sebabnya mengikut student disana ianya TIDAK HALAL. Yang lain-lain insyaALLAH selamat dan halal untuk dimakan.
Antara pasaraya yang femes : Pak N Save, New World, First Choice, Foursquare, Countdown dan lain-lain.
Queenstown terkenal dengan harga souvenirs yang jauh lebih murah berbanding tempat-tempat lain. Kalau t-shirt mungkin tak jauh beza harga. Tetapi, barang-barang lain seperti fridge magnet, key-chain, plaque etc etc...
Queenstown jauh lebih murah. Kami beli di kedai DF ada di Christchurch dan Queenstown. Tapi masa di Te Anau kami byk jugak beli kat Kohwai Gifts...baju kat sini okay jugak.

16 Ogos 2016
Okay hari ni last kami di NZ huhuhuhu...percutian singkat dan banyak tempat x dapat nak pergi. Tapi yang ada nih pun dah bersyukur dapat sampai dan menikmati keindahan alam di sini.
Pagi bangun awal habiskan segala benda makanan..buat sandwich untuk bekal alas perut. Habiskan maggi dan buah-buahan. Mana yang agak buleh tinggal dan org guna kami tinggalkan ajer kat rumah tu.

Kami check out dan pergi ler jalan singgah bandar ....sebab lambat kuar rumah jadi xdpt nak lama2 dan melawat tempat....singgah kawasan tempat bekas terjejas gempa bumi...
Gi singgah lagi DF Souvenirs. Kat Christchurch pon ada. Lepas tu cari tempat basuh kereta. Yang ada auto wash yang kereta jalan masuk ...kat dalam xleh nak vakum. Ini pon mahal rm 30 ...takdenya tempat cuci bangla hehehe

Okay hari ni last kami di NZ huhuhuhu...percutian singkat dan banyak tempat x dapat nak pergi. Tapi yang ada nih pun dah bersyukur dapat sampai dan menikmati keindahan alam di sini.
Pagi bangun awal habiskan segala benda makanan..buat sandwich untuk bekal alas perut. Habiskan maggi dan buah-buahan. Mana yang agak buleh tinggal dan org guna kami tinggalkan ajer kat rumah tu.
Bergambar dulu ler kat rumah kami nih hihih..cantik sangat bunga2 kat sini
kat depan rumah ada laundry room

Sedih plak tak dapat berlama duduk kat rumah2 disini. Kami cuma tidur je ...tak dapat nak bersantai-santai kat rumah2 yang cantik ni
Ini rice cooker comel ku senang sumbat beg. Cukup je utk 5 beranak sekali masak.
Kami check out dan pergi ler jalan singgah bandar ....sebab lambat kuar rumah jadi xdpt nak lama2 dan melawat tempat....singgah kawasan tempat bekas terjejas gempa bumi...
Kami turunkan bebudak kat airport dan htr pulang kereta.
Nak ke Auckland kami naik Air New Zealand.Macam Firefly gitu. Flight kami jam 2 ptg
Dah sampai Auckland kene ke international terminal
Flight kami ke Gold coast utk transit pada jam 7.30 mlm.
Lepak ler habiskan duit makan kebab kat airport.

Kami sampai Malaysia jam 4 pagi.
Ni dah boring ler tu...
Selesai percutian singkat kami tapi seronok tak terkata..Penat memang ler...

Featured post
Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)
26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...