Itinerari London - Paris untuk 8 hari

February 22, 2019

8 hari sebenarnya lebih dari cukup untuk kita bercuti diLondon , tapi kalau semua tempat rasa nak pergi memang le tak cukup. 

Banyak tempat yang kami tak sempat pergi terutama masa di Paris . Yang dirancang banyak tempat tapi masa banyak terbuang sebab sesat huhuh.

Bercuti ke London secara sendiri ni tanpa menggunakan pakej sangat lah senang sebab sekarang banyak je info kita boleh cari dari membaca blog , forum dan Fb group.

Sebelum pergi kita dah buat jadual perjalanan, tempat mana nak tuju dulu dan lihat jarak antara tempat pertama dengan tempat yang ingin kita lawati seterusnya pada hari tu. Senaraikan tempat-tempat yang ingin dilawati dan bahagikan kepada setiap hari yang kita ada. Tinggalkan satu hari untuk kita cover mana-mana tempat yang tak sempat kita lawati pada hari sebelumnya .

Ini Itinerari aku ke London dan Paris


Hari 1  (Penerbangan)


  • KUL - MCT-LHR 


Hari 2 (London)


  • Heathrow Airport - Bayswater
  • Tinggalkan beg di opis apartment Imperial Court Studios
  • Breakfast di Malaysian Hall
  • Kensington Garden
  • Hyde Park
  • Check in apartment
  • Primark ,Oxford Street   bawa keesokkan hari kerana Had Primark tutup awal jam 6 ptg.
  • Jakan-jalan kedai souvenirs di Bayswater

Hari 3 (London)


  • Primark , Oxford street (dekat underground Marble Arch) buka jam 8 pagi
  • Buckingham Palace (jam 11 pagi ada ceremony pertukaran guard)
  • Westminster Abbey,House of Parliament
  • Big Ben
  • London Eye(hanya tgk dari jauh)
  • Borough market (tak jadi pergi kerana salah way out dan dah lapar so makan je kedai kebab yang jumpa
  • London Bridge (tengok dari jauh  kerana jambatan biasa sahaja)
  • Tower Bridge
  • Primark (ulang semula untuk shopping sebab pagi tadi hanya untuk window shopping )


Hari 4 (Colchester,Essex)

 Luar London melawat anak sedara

  •  St.Botolphs Priory
  • First Site  - Art gallery
  • Colchester's Castle Park
  • Dutch Quarters
  • Bakkerne Gate
  • Primark
  • University Of Essex

Hari 5 (Paris)



  • St Pancras International  - naik Eurostar ke Gare Du Nord)
  • Arc de Triomphe
  • Trocadero View - tak stop disitu kerana masa dah suntuk nak ambik nasi ayam Paris
  • Eiffel Tower
  • Jardin des Tuileries(taman menuju ke LourvePyramid dan Place de la Concorde)
  • Place de la Concorde (lihat dari jauh)
  • Lourve Pyramid
  • Sacré-Cœur Basilica (tak sempat pergi - tujuan nak beli souvenirs murah disitu)
  • Notre-dame (tak sempat)
  • Grand Palais
  • Petite Palais
  • Champs de Elysees (hanya singgah Starbucks)
  • Eiffel Tower waktu malam  nak tengok lampu- tak sempat


Hari 6 (London)


  • Cafe Diana (sebab nama aku ..hihihi)
  • Nottinghill
  • Portobello Market
  • Camden Town- Camden Market, Camden Lock)
  • M&M World
  • Piccadilly Circus
  • Trafalgar Square
  • Harrods

Hari 7 (Stonehenge & Bath)


  • Stonehenge
  • Bath (Roman Bath, Bath Abbey, Pulteney Bridge,Sally's Lunn Bun Cafe)

Hari 8 (London)


  • Primark,  Oxford Street -dekat underground Tottenham Court Road lebih besar dan banyak barang. Elok ke sini sahaja
  • LHR-MCT-KU

Banyak kedai-kedai sepanjang Oxford Street tu tapi tak sempat nak masuk.
Jadi kalau nak ke London, anda rancang dahulu dan buat itinerari. 

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook