Lama betul kami tak bercuti sekeluarga ...kekadang pergi berjalan mesti tak cukup korum. Tahu jelah bila anak dah bujang...dah ada motor sendiri..dah ada lesen memandu... memang dah tak nak ikut mama dan abah kemana-mana. Mujurlah abang ngah dgn Hafiy masih nak ikut kami berjalan-jalan . Tapi kali ni memang seronok sebab semua ada.
Nama pon Family Day....kenalah cukup sekeluarga baru rasa seronok.
Okay kali ni kami berpeluang bercuti di Legend Cherating Beach Resort, Pahang sempena Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari. Dekat hampir 30 keluarga jugak yang berkumpul.
Aku ni dah beribu kali kut lalu lalang tepi Legend Cherating Beach Resort ni setiap kali balik kampung di Terengganu ,tapi belum berkesempatan nak singgah. Bukan aku tak biasa dengan pantai Cherating ni. Aku membesar di Kemaman dari usia 2 tahun...pantai Chendor dan pantai Cherating lah selalu arwah abah bwk kami adik beradik berkelah.
(Ada yang makan hati katanya tengok peha ahkak muahahahah)
Family day ni selama 3 hari 2 malam bermula 18 Ogos hingga 20 Ogos 2017. Ini tentatifnya.
Kalau tengok pada tentatif ni memang padat yer...aktiviti-aktiviti yang telah pihak resort rancangkan tu pun nampak menyeronokkan.Tak sabar betul kami sekeluarga.
18 Ogos 2017 Hari Pertama
Jumaat tu aku tak dapat nak bertolak awal sebab bebudak ni masih bersekolah. Aku pun masih bekerja tapi balik cepat le sikit. Thanks Boss bagi balik awal. Cuaca kat Bangi ni memang hujan je sekarang waktu petang. Kami bersiap dan cepat-cepat tunggu abang ngah kat sekolah . Selesai sesi petang terus abah pecut ke Cherating. Hujan lebat jugak dekat sejam kami terperangkap dalam jem di Kuala Lumpur. Seterusnya perjalanan lancar. Pukul 8.30 malam kami baru melepasi KL dan tiba di Legend Cherating hampir jam 12 malam. Tak sempat aku ikut Firefly tour yang telah pihak resort sediakan untuk aktiviti hari pertama. . Dari cerita rakan-rakan blogger yang lain memang seronok sangat. Mereka dibawa menaiki bas ke tempat yang popular dengan kelip-kelip disungai Cherating . Terpegun mereka melihat cara En Hafiz berkomunikasi dengan kelip-kelip , ibarat magic semua datang ke arah beliau.
Habis aktiviti melihat kelip-kelip ,kembali semula ke resort untuk taklimat dan sesi suai kenal. Maklumlah ramai ahli baru macam aku jugak yang tidak pernah bersua muka. Hanya bertemu di aplikasi whatsapp saja sebelum ni.
Dekat jam 2 pagi jugak baru selesai dan balik ke bilik.
19 Ogos 2017 Hari Kedua
Pagi kedua dimulakan dengan melihat matahari terbit..
Sebelum mengikuti aktiviti sukaneka...kita sarapan dulu di Coffee House. Pilihan makanan memang menarik dan kena dengan tekak aku dan keluarga. Banyak pilihan juga seperti roti canai, lempeng, nasi lemak, roti, buah-buahan dan lain-lain.
Selesai makan berkumpul di tepi pantai untuk telematch.
masa telematch ni le aku buat catwalk dalam guni hahahah
Jangan plak korang gelak guling-guling yer hahaha
Dari bilik boleh perhatikan dia
Bagi yang berminat dengan aktiviti scuba, pagi tu jugak kami mencuba aktiviti Muck Dive Scuba. Kami diajar secara basic bagaimana untuk menggunakan peralatan scuba.
Sebelah petang banyak lagi aktiviti telah dirancang.
Kami dibawa menaiki bas untuk merasai sendiri bagaimana membuat keropok lekor dan melawat pasar ikan segar di Kuala Kemaman.
Berdekatan Legend Resort ada Sanctuari Penyu
Ia adalah tempat perlindungan , penetasan, penyebaran maklumat,pembelajaran dan penyelidikan mengenai penyu. Masuk free yer.
Bagi yang sukakan keindahan alam bolehlah mengikuti aktiviti mangrove cruise. Kami dibawa menyusuri sungai Cherating untuk melihat pokok-pokok bakau .
Kalau bernasib baik ia akan kembali semula ke tempat ia dilepaskan 15-20 tahun lagi untuk bertelur.
Tahun 1982 aku pernah sekeluarga dengan jiran pergi tidur kat pantai Cherating ni utk tunggu penyu naik bertelur...ramai tau selain kami menunggu. Tapi sampai kesudah tak ada.
Tahun 2002...selepas 20 tahun hihihi...akhirnya dapat aku tgk penyu ...masa tu aku bawa peserta kursus Juruteknik Komputer ke INTIM, Kemaman. Tengah kami dinner dan buat persembahan di tepi laut...betul2 penyu mendarat dan bertelur sebelah pagar je dgn tempat kami dinner BBQ masa tu. Memang rezeki Ayielah ketika tu umur 2 tahun 6 bulan, Aku bwk dia sekali masa tu. Time tu xde camera phone lagi huwaaaaa...so takde kenangan dirakamkan.
Hari kedua berakhir dengan BBQ Dinner di tepi pantai. Dengan tema pirates.
20 Ogos 2017 Hari Ketiga
Hari terakhir ....dah nak balik huhuhu.
Pagi ni kami teruskan aktiviti berakit plak...wahhh..memang seronok betul semua aktiviti yang pihak resort sediakan.
Memula kami perlu bina rakit dari buluh. Dah siap pasang kami perlu mengangkat rakit tu menuju ke laut dan mendayung sehingga sampai ke tempat diletakkan bendera. Ambil bendera tu dan patah balik ke darat dan bukak balik rakit tu seperti sebelumnya.
Seronok giler kami berlumba mendayung.
Lepas tu apa lagi terjun mandi laut kemudian kolam....hahahah seronok kan.
Bagi anda yang ingin bercuti di Legend Resort Cherating ni boleh lah layari http://www.legendresort.com.my. Banyak pilihan bilik yang anda boleh tempah.
Ini antara bilik-bilik yang disediakan.
Ada superior room, Deluxe room, Grand Deluxe room, Junior Suite, Penthouse dll.
Menarik bukan?
Sudah tiba masa untuk pulang.
Rasa berat plak kan ...dah seronok bercuti dengan macam-macam aktiviti.
Terima kasih tak terhingga buat Kelab Blogger Ben Ashaari kerana memberi peluang untuk kami sekeluarga menyertai Family Day.
Terima kasih kepada Legend Cherating Beach Resort kerana menyediakan penginapan juga pelbagai aktiviti menarik sepanjang 3 hari 2 malam. Memang seronok sangat.
Terima kasih kepada:
Tidak dilupai kepada Cosmoderm dan Zing+ Detergent Film