Bulan Ramadhan dah tak lama lagi, hotel-hotel dan restoran-restoran dah mula membuat preview buffet berbuka puasa.
Baru ni aku berkesempatan membuat food review bagi juadah berbuka puasa sepanjang ramadhan 1439 Hijrah di rangkaian Restoran Me'nate Steakhub.
3 SET MENU BERBEZA
Kali ni Restoran Me'nate Steakhub membawa kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya dengan menyajikan pakej bufet berbuka puasa bertemakan 'Western & Local Delicacies Buffet'. Yang uniknya ia akan menyajikan 3 set menu berbeza bersilih ganti setiap hari.Restoran Me'nate Steakhub yang telah memenangi 2 anugerah berprestij pada tahun 2018 sebagai restoran stik dan makanan barat terbaik tanah air akan menyajikan hidangan bufet makanan barat dan tempatan sepanjang bulan puasa.
KONSEP GERAI
Bagi menampilkan kelainan , Restorn Me'nate Steakhub mengetengahkan konsep gerai mengikut kategori hidangan. Ada gerai minuman sejuk dan panas, gerai pembuka selera, gerai salad dan sup, gerai daging dan ayam panggang, gerai mee serta gerai pencuci mulut. Selain menu ala barat, set nasi juga dihidangkan seperti Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Briyani dan lain-lain.
MENU UNIK
Kebiasaannya kambing panggang menjadi tarikan utama di mana-mana bufet ramadhan. Tetapi Restoran Me'nate Steakhub tampil membawa kelainan dengan menu unik iaitu Rusa Golek.HARGA BERPATUTAN
Agak-agak berapa yer harga pakej bufet ramadhan kat Restoran Me'nate Steakhub ni ?Rm 79.90 untuk dewasa dan Rm 39.90 untuk kanak-kanak. Sangat berpatutan dan berbaloi kan?
Bufet ramdhan ni disediakan setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 8.30 malam. Bagi pelanggan yang tidak dapat menyertai bufet ramadhan jangan risau kerana selepas jam 8.30 malam , restoran akan meneruskan operasi ala carte seperti biasa sehingga jam 11 malam.