Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

September 14, 2017







26 Ogos 2017 - Sabtu

Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan.

Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti dgn serunding dan tuna.

Pukul 8 lebih kami keluar rumah. Hari ni nak pergi Fremantle naik tren. Stesen tren dekat je dengan rumah boleh jalan kaki 7 minit je...jalan lurus belok kiri.











Sampai stesen City West...kita akan berada di Perth Line...nak ke Fremantle kena ambik Fremantle Line di seberang sana. 
Kita beli tiket dulu kat mesin. kena bayar pakai kad kredit.
Kami beli tiket Family rider pass. $12.60 untuk berlima. Kat seberang track tu pon ada mesin.



Dah selesai beli tiket mana plak nak melintas ni....rupanya boleh je lintas laluan keretapi tu...dia akan tutup bila train nak lalu.
Kami pun melintas dan tunggu di Fremantle Line.



ini mesin tiket di sebelah Fremantle Line.


Kawan sekolah asben dan famili dia pon nak pergi Fremantle juga.



Perjalanan dalam 30 minit sahaja. Cuaca sangat terik pagi ni tapi sangat best sebab sejuk.




Perjalanan dalam 30 minit sahaja. Cuaca sangat terik pagi ni tapi sangat best sebab sejuk.




Berdiri ni sebab nak tengok port...



Kita akan berhenti di stesen terakhir.






Sampai je kami bercadang untuk shopping souvenirs kat E-shed market dulu.







 Jalan keluar depan stesen lalu ke kanan  dan berjalan kaki melintas landasan keretapi..
Dalam 10 minit.

E-shed market hanya dibuka hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Hari lain tutup. Kat sini banyak dijual souvenirs dan sangat murah berbanding di Perth City. Berganda yer.








Antara kedai-kedai yang dijumpai sebelum sampai ke destinasi dituju.

Sampai je terus terjah Megabes..


.owner dia cina Singapore...pekerja melayu kat situ syorkan kami pergi kedai baru mereka di Fremantle Market sebab lebih besar dan selesa...memang pon kedai kat E-shed ni sempit...sekali sampai orang lain terus berlaga bontot.






 Kat situ kita boleh pilih nak shopping di Megabes atau sebelah dia Aussin.





 Dua-dua kedai murah tapi Aussin ni ada limit sikit nak beli barang. Dia limitkan seorang boleh beli 4 sahaja benda yang sama. Aussin tu lagi luas kedainya dari Megabes.

Huhuhu....aritu mcm tak puas pilih...tgk gambar ni dah mcm menyesal plak sebab tak nampak aritu hahahahha.

Banyak jugak kami soping sampai tak larat nak berjalan bwk barang.

Tak tentu arah dah tu nak simpan barang..



Dah tak larat nak jalan kedai lain...perut dah lapar..lemah dah badan..

Kedai-kedai kat E-shed cuma buka Jumaat- Ahad...kalau korang ke Fremantle hari lain boleh je pergi ke area Fremantle Market ada satu kedai yang bukak hari-hari. Freo Souvenirs..owner org Indonesia..aku tak pergi area tu ...bawah ni gambar aku ambik dari fb group. 2 minit je berjalan kaki ke kedai ni dari train station.







Kami jalan kaki melalui bangunan2 disitu menuju ke tempat makan Fish & Chips...dah tengahari perut dah lapar.




kat Fremantle ni kereta hebat-hebat







Ada dua kedai popular disitu Kailis Fish Market Cafe dan Cicerello's. Dekat-dekat je dua-dua kedai tu.

Berjalan dekat 9-10 minit sampai le...akan jumpa WA Shipwrecks Museum dulu. 









Kami pilih makan di Cicerello's ..

oiii...tak senonoh..


Ramai giler orang.




Burung camar pon banyak . Kami pilih makan di kaunter dan selepas bayar pergi ke kaunter untuk ambik makanan.





Makan dengan lahapnya sebab sedap dan lapar.







Lepas tu bergambar plak..







Ketua rombongan tgh sibuk tgk buku nota ...mana nak pergi lepas ni.










Sapa buat lawak kat depan tu?



Setelah puas bergambar kami berjalan ke tepi pantai. 










Pastu ke taman berhenti rehat.






 Boleh ambik air minum disitu


 Sekejap je duduk, ayie sibuk  bila nak pergi soping tengok kasut....okaylah kita balik bandar Perth dan pergi bersoping disana plak sementara kedai belum tutup ni.

Ada universiti kat Fremantle ni

University Notre Dame




















Kat sini dapat lah ko bergambar kat landasan keretapi...kat tempat sendiri...mati kene langgar heheheh




Kami jalan kaki semula ke stesen Fremantle dan terus naik ...tak payah dah beli tiket sebab pass kami tu valid seharian unlimited .

Sampai stesen City West kami turun dan berjalan kaki balik ke apartment.

Letakkan barang hasil belian tadi dan terus keluar dan naik bas free Yellow Cat di seberang apartment iaitu depan Watertown.


Tulis situ Wellington St Sutherland St Yellow CAT 22.
Berhenti di bus top Wellington St Perth Stn CAT 25
Berjalan kaki pon boleh dalam 16 minit gitu.

Naik Yellow CAT ni dalam 19 min...ada yang lagi cepat naik Red CAT 8 minit je.sebab tak banyak stop. Aku malas plak nak cari bus stop dia sebab Yellow CAT ni depan rumah je .






Tengah belek nota mana arah nya tempat soping 

Kami berjalan-jalan di Murray Street dan kemudian ke Chemist Warehouse beli perfume murah.







Ada plak papparazi ambik gambar...huhu



Memang murah sangat...tak pernah2 aku beli 3 perfume sekaligus hahahah...Ayie ler sibuk nak beli perfume...berbaloi dia beli Versace Men tu rm 40 lebih je dapat.

Selesai beli perfume kami berjalan lagi hari dah nak makin gelap. 




Sempat plak posing ngan polis 



















Dari kejauhan nampak Bell Tower...jauh jugak berjalan kaki.





Ada kerusi panjang kat situ kami rehat sambil makan bekalan roti ...Hari dah semakin sejuk...ada pengantin bergambar kat situ . Dah gelap dan nak jalan kaki balik sangat jauh dalam 30 minit berjalan kaki.







Mujur phone ada data....search bas apa perlu naik. Sebab bas CAT ni 6.30 ptg dah tak beroperasi...Blue CAT masih...cuma Yellow CAT yg sampai 6.30 ptg shj.

Depan tempat kami berehat tu memang ada bus stop. 
Sempat naik bas Blue CAT di Barrack Square Blue CAT 2 dan turun di Barrack St Beaufort Street Bridge Blue CAT 4

Turun patah balik jalan masuk simpang kanan lebih kurang 2 minit naik Yellow CAT di Wellington Street Western Power Yellow CAT 13.  Dekat dengan benda hijau ni.



Turun dekat Wellington St Sutherland St Yellow CAT 17 ...jalan kaki 1 minit je 31 mtr je terus masuk apartment.

Balik saja apa lagi memasak le dalam kesejukan huhuhu...










   



You Might Also Like

3 comments

  1. Bestnya kak... Bila la Ty nk smp ke negara org.. negara sendiri pun Ty xbjln mn...haihs BZ nau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Yanty ...nanti-nanti adalah rezeki tu...kakdy dulu pon berjalan dalam negara je jugak...dah habis satu malaysia baru keluar negara hihihi

      Delete
  2. heheh ok dah khatam... nnt cek nak p melawat jiugak

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook