Alhamdulillah tahun lepas semasa apply visa ke Perth , isu ni belum serius lagi. Tapi ketika itu memang dah ada dengar kes-kes yang visa tidak lulus dan juga kes yang dah lulus tetiba dibatalkan pula. Walaupun membuat rayuan tetap tidak lulus.
Visa yang diluluskan valid sehingga setahun. Sebab tu masa visa masih valid lagi aku pergi cuti kali kedua ke Perth.
Tapi tahun ni memang banyak betul kes-kes orang yang tidak dapat kelulusan visa. Terutamanya lelaki. Walaupon bercuti bersama keluarga , tetiba salah seorang ahli keluarga tidak dapat kelulusan visa. Tapi bukan lelaki sahaja, ada jugak dikalangan wanita, termasuk wanita berusia yang tidak dapat visa. Ada yang kata semua ni berpunca dari masalah yang dibuat oleh pemetik buah dari Malaysia yang tinggal disana selepas habis tempoh tamat visa. Yang bekerja memetik buah ni ramai dikalangan lelaki. Tapi apa kes plak yang wanita berusia dan kanak-kanak pun ada yang tidak dapat kelulusan tu?
Mungkin jugak ada kena mengena dengan pendatang Malaysia yang pergi kerja memetik buah ni ..lebih 30 ribu rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa pelancung ini pergi ke Australia dengan return ticket tetapi tiggal disana melebihi tempoh visa. Kesian ler pada kita yang memang nak kesana untuk holiday dan menjejaki tempat-tempat yg Fika dan Shah pergi kat Perth dalam drama Jangan benci cintaku...hehehhehe.
So , dinasihatkan pada yang nak bercuti ke Australia applylah visa sebelum beli tiket...sebab visa tu valid setahun jadi kita ada masa untuk dapatkan tiket harga promo tu dalam tempoh setahun tu. Kalau visa tidak diluluskan kita boleh buat rayuan. Kos buat visa pon hanya Rm 20. Buat melalui ejen adalah murah Rm 20..kalau kita buat sendiri melalui online dgn embassy Australia kosnya 20 jugk tapi Aud 20 yer....
Pengalaman tahun lepas masa aku apply visa melalui ejen...visa aku dan 2 anak dalam kelulusan dalam 24 jam...tapi suami dan sorang lagi anak pending. Penangguhan dalam 12 jam...mujur dapat kelulusan esoknya.
Apa perlu buat kalau visa gagal.
Jangan dok marah2 pastu dgr kawan ni yang buat dengan ejen lain lulus ko pon pi plak minta ejen tu buatkan. Sama je yer..tetap gagal jugak.
Bila gagal tu cepat-cepat contact visa center ni
Bagitau visa rejected.
Digalakkan merayu secepat mungkin kerana keputusan rayuan memakan masa selama 2 minggu
Nanti mereka akan senaraikan apa dokumen yang perlu diberi dan disediakan.
Jika Visa ETA ni gagal dirayu...ada masih ada peluang untuk pergi ke Australia lagi tetapi memohon visa subclass 600. Yang ni kosnya lebih rm 600 seorang. Makan masa sebulan lebih jugak untuk dapat kelulusan. boleh hubungi Vfs global.
Memang sekarang ni ikut nasib jelah permohonan visa anda itu diluluskan.