Aidil Adha 2019 Laksa Terengganu in the house

August 15, 2019





Raya haji tahun ni aku beraya kat umah sendiri jer sebab  tahun ni buat korban kat taman. Jadi En Hubby nak  kena pi melapah. 

Puas pikir apa nak masak menu raya ni. Dah lama nak masak laksa Johor atau terengganu...dua laksa ni jer peberet. Laksa penang tak sangat dan tak terasa nak buat.

Rasa menyesal plak masa mak masih ada tak tengok camana dia buat.  Okay untuk 1st try ni aku nak buat Laksa  ganu dulu pasal bahan tak banyak.

Hari Sabtu tu pagi-pagi gi pasar nak beli ikan abis. Mujur ada kat Kajang impian .

Resepi Laksa Terengganu

1kg ikan kembung
1/2 kg santan
Air
Asam keping
2 sudu besar lada hitam fi tumbuk
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
secubit belacan
garam 


Ulaman
Kacang panjang
timun
Daun Kesom

Belacan
Garam
Cili boh

Cara memasak

Aku pakai periuk Noxxa untuk rebus ikan. Masukkan ikan , air sampai ikan tenggelam dan 5 keping asam keping.  Tekan HP 40 min. Sambil tu buleh hiris kacang panjnag  dan timun,
Selesai rebus, kalau guna noxxa memang tulang jadi lembut. So kita masukkan ikan tu dalam blender dan blend dengan air rebusan tadi. Tulanng ikan jadi hancur. Kisarkan bawang dan belacan tadi. Tumbuk lada hitam.

Tekan stir fry .Masukkan santan dan air 1 liter. Kacau jangan biar pecah minyak. Lepas tu masukkan bahan kisar tadi dan isi ikan yang dikisar .

Letak 1 kepaing asam keping  dan lada hitam. Letak garam. kacau  sebelum menggelegak tutup api. Okay siap

Laksa plak aku guna laksa beras kering beli kat pasaraya .  Aku guna noxxa. Hp kan 6 minit. Kalau guna 2 peket rasanya kene lama sikit sebab masih keras...aku rendam balik dalam air panas 30 minit.



Selesai siap laksa ganu aku.  Itumenu pertama aku. Aku masak jugak nasi minyak dengan sambal ayam. Dari 4.30 pagi bangun. 

Mr Hubby kata pass.  Kuah lkasa lebih tu bahagian bawah memang pekat dengan isi ikan yang mendap kan. Memang sedap..menghirup kuah lakiku maknanya bini dia berjaya buat  le tu.

Aku jemput adik beradik datang makan .




You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook