Itinerari Perth yang singkat 3 hari 2 malam

April 04, 2018

Semua terkejut bila aku pergi Perth sekejap sangat. Dah cakap kan ini percutian singkat. Lagipon ini percutian kali kedua...cuma nak cover beberapa tempat yang tak sempat pergi tahun lepas...nak jalan-jalan kat city jer. Jalan-jalan pun pakai public transport.

Itinerari 3 hari 2 malam


Hari pertama (Jumaat)

- Naik flight 12.05 am dari KLIA2
- Tiba di Airport Perth 5.35 am
- Beli sim card
- Naik bas 380 ke Perth CBD
- Tinggalkan beg di Hotel Seasons of Perth, Pier Street
- Jalan-jalan ke kedai sekitar Murray Street
- Ke Spanda Elizabeth Quay  untuk bergambar
- Shopping di Target
- Check in hotel jam 2 pm
- 3pm ke Chemist Warehouse Murray Street dan Hay Street
- London Court
- 5 petang ke Watertown, Wellington Street
- 8 pm makan malam di Twilight  Hawkers Market


Hari kedua (Sabtu)

- Fremantle 
- E-shed market beli souvenirs
- Fremantle Market
- Lunch di Cicerello's
- Jalan-jalan di Bathers Beach
- Round House
- Pasaraya Coles
- Balik ke Perth CBD
- 7 mlm dinner di Charcoal Chicken Express , Dianella Plaza (makan lamb ribs)

Hari ketiga (Ahad)

- 7.30 am Sunday Market di Belmont Forum
-11am Shopping di KMart, Big W, Woolworths , Coles di Belmont Forum
- Lunch di food court
- Balik ke Perth CBD
- Chemist Warehouse
- Watertown
- 10.30 pm gerak ke Perth Airport
- Flight 6.40 pagi esoknya.

Tak mustahil pon kan untuk berjalan-jalan santai-santai di Perth di hujung minggu . 
Bila pergi hari minggu ni tempat soping tu lah cepat sangat tutup. Kalau hari lain sampai jam 8 atau 9 malam. 3 hari ni kalau nak ke Caversham Wildlife Park, Lancelin dan Pinnacles pon sempat je . Pergi hari Sabtu tu. Boleh sewa kereta. Hari Ahad boleh pergi ke Fremantle.

Jika nak bercuti 4 hari 3 malam pon dah memadai. Boleh tambah pergi Mandurah Cruise ke tengok dolphin atau Penguin Island.

Kalau tak sewa kereta boleh je pergi Caversham naik public tranport atau ambik tour satu hari pergi 3 tempat ni Cabersham Wildlife Park, Lancelin dan Pinnacles.

Nak ke Mandurah pon boleh naik train. So takde masalah lah nak bercuti di Perth ni.


Nak buat itinerari senang korang tengok jarak dia kat google maps. Aku selalu buat gitu. Jadi senang nak agak destinasi seterusnya.


Okay apa yang aku angkut bawak balik kali ni?



Ramai kagum camana angkut bawak balik sebanyak ini air Dare. Weiiii tak cukup ni ...kejap je habis. 
Aku keluarkan iced coffee ni sejuk-sejuk dari peti ais dan balut dengan baju, towel dan seluar jeans. Ada jugak yang aku masukkan dalam beg insulated.
17 jam jugak dia duduk dalam beg tu sampai Malaysia cepat-cepat masukkan dalam peti ais semula. Tapi serius masa bukak beg...botol-botol air ni masih sejuk.


Orang kata coklat ni sedap. Kebetulan Coles ada buat jualan 1/2 price.


Ini perfume kiriman orang je...aku tak beli.
Semua ni beli di Chemist Warehouse.


Ini hasil tangkapan di K Mart . hihihi.

 Basket untuk telur Easter rasanya hahah


Lilin cactus dan pink flamingo

Mug soup microwave dan Rice cooking microwave
Measurement spoon dan icu cube cactus

Round wall shelf , pen holder dan paper clips.


Geo Hanger dan placemat


-------------------------------------------------------------------


Beli dekat e-shed market dari kedai Megabes dan Aussin


Ini semua hasil tangkapan di Target.

Segala monstera yang dapat di sambar.


Hexagon vase dari Woolworths dan tulip dari Kmart.


You Might Also Like

8 comments

  1. TQ Share Kak Dy.. memang tgh plan short trip Perth. Bila tu taktau..hehe

    ReplyDelete
  2. Tq share..saya nk pergi isnin sampai.khamis minggu depan... e shed market tutupkan.. ada cadangan tak nk shopping soevineir atau t shirt kat mana sis?

    ReplyDelete
  3. bagus ni...boleh copy je itinerary ni...bolehla kitorang ikut je nanti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kerna membaca blog saya

      Delete
    2. Salam puan.ni puan pg sorg saja ya? Kalau nak ke caversham pinacle tu kene sewa keta takde public? Sbb cdg pegi berdua dgn adik

      Delete
    3. Cuba baca blog ni
      https://mat-drat.blogspot.com/2019/10/travelog-perth-cara-ke-caversham-whiteman-dengan-bas.html

      Harap dapat membantu

      Delete
  4. Sy pergi dgn famili. Ada public transport ke caversham tu tu..sampai pintu gerbang. Kat situ ada interkom rasanya dan dorang akan dtg ambik dgn shuttle or buggy car..boleh wasap sy 019 3544350...nanti sy tlg carikan info sbb pernah ada org share kesitu naik bas

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook