Kisah hospital

September 18, 2018



Baru ni ada member blogger up kat fb pasal anak buah dia yang tidak dapat rawatan sewajarya ketika kemalangan  dan dituduh mat rempit . Aku sebelum ni pon pernah dengar kisah sebegini berlaku pada sepupu kawan aku, 

Jadi aku nak bercerita kisah beberapa tahun dulu apa yang terjadi bukan kisah mat rempit..tapi kisah anak aku dan atuknya di jab.kecemasan.

Tahun 2013, hari tu seperti biasa mak ke  HSDG untuk monthly checkup ditemani abah dan Hafiy yang masa tu usia 7 tahun . Tak tahu lah kenapa hari tu mak dan abah memang tak bawak handphone agaknya. Dekat time lunch aku dapat panggilan dari mak katanya tak jumpa abah . Mak dah selesai jumpa doktor . Ni mak pinjam telefon orang. Mak suruh aku datang ke hospital lagipon dah masa untuk Hafiy pergi sekolah. 

Aku pon cepat-cepat lah menuju ke kereta...tiba-tiab ada call masuk ...dari seorang lelaki kata dia dia dapat nombor dari Hafiy..Abah ditahan di wad kemasan.

Aduhhhhh...Masa tu dah tengahari tak lama lagi Hisham balik sekolah. Terpaksa call kakak aku untuk tengokkan Hisham yang sampai nanti tak dapat masuk rumah sebab kunci rumah takde.

Rupanya Abah dan Hafiy pergi ke cafe untuk sarapan tetiba abah nak pitam...hypo barangkali. Jadi guard hantarkan ke wad kecemasan. Dengan Hafiy sekali diheret kesana menemani atuk...yang geramnya takdelah nurse yang bertanya pada Hafiy macamana nak hubungi nenek atau mama. Dibiarkan sahaja budak tu kat situ...dah le patut dah pergi sekolah..tak makan tengahari lagi..

Tu mujur pakcik sebelah katil yang jaga anak dia kesian tengok Hafiy...jadi dia tanya tau tak nombor phone mama. Mujur budak 7 tahun ni hafal. Kalau tak tersadai tatau berapa lama kat situ sampai atuk stabil.

Aku cukup geram betul....lepas tu memang aku emelkan komplen ke HSDG...dan ada mereka call dan hantar surat minta maaf.




You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook