Terpaut dengan Air Fryer plak

October 16, 2018



Aduhhhh....ni ler masalah orang perempuan tak boleh dengar ada gajet baru nak penuhkan dapur .Heheheher...masalahnya bukan nya rajin memasak. Makan kat kedai je tapi tak boleh tengok ada benda macam menarik . Dulu tengok mak beli microwave yang convection oven. Senang boleh bakar kek tak payah tambah beli oven. Aku pon gigih pi beli . Bila kawan cerita pasal periuk Noxxa...aku pon meronta-ronta hati nak beli beli dengan member main kutu Noxxa hahahaha....

Bila tengok member cerita pasal iron Philips ...sama jugak awal tahun aritu bila yang latest punya keluar terus sambar. Memang menyenangkan nak gosok baju cotton dan sutera. So rajin le iron baju2 kurung cotton yang dulu sakit hati tengok dah gosok pon berkedut.

Sekarang tengah popular Air fryer...dulu-dulu harga mahal...sekarang berlambak dah pelbagai jenama murah. Aku dah lama berkenan dengan Trio merah ni. Banyak kali dah masuk dalam shopping cart Lazada tu asyik tak jadi beli je. Kali ni nekad beli. Memang seronok pon masak tanpa minyak. Cuma tak besar sangat 2.6 liter je...lagi seronok kalau beli yang 10 liter. Tapi takpelah kita try yang ini dulu.


Aku order kat Shopee


Apa yang aku dah masak pakai air fryer ni
Memula test goreng sosej...pakai agak je suhu dan masa..mungkin boleh kurangkan masa.

Aku goreng ikan tenggiri....lumur je serbuk kari dan garam..campak je dalam air fryer. 


Pastu aku buatkan kuah sos tiram.


Ayam ni aku perap je dengan perapan ikan bakar adabi sebab tak sempat nak sedia beli bahan2 perapan lain. Sedap pon.

Masak daging burger pon senang takdelah asap menyelubungi rumah.
Kuih kasturi dan karipap frozen senang je masuk dan tinggalkan . Sedap makan tak berminyak.

Ini tauhu goreng. Sedap je. Makan cicah kicap pedas maji.

Okay memang berbaloi ler memiliki air fryer ni.


You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook