Majlis Pernikahan Oni dan Yan
March 18, 20199 Mac 2019
Pada Sabtu 9 Mac yang lepas telah selesai satu majlis penting dalam famili aku . Sepatutnya majlis berlangsung lambat lagi sekali dengan persandingan yang telah dirancang dan dewan telah ditempah bulan Sept nanti.
Majlis pernikahan ini kami segerakan ...segerakan yang wajib dahulu.
Buat pon secara ringkas dan jemputan pon terhad 100 orang sahaja bagi keseluruhan kedua pihak.
Majlis dibuat di masjid baru di seksyen 1 iaitu Masjid Al Umm. Ada disediakan dewan nikah di bawah ruang solat. Kat bawah tu ada ruang makan disediakan meja...bilik persediaan pengantin , tandas.
Petang jumaat tu pergi tengok ..nampak togel plak takde bunga...dewan nikah dah cantik. So petang tu terus pergi Aeon Mall Nilai beli bunga dan alas meja kat Kaison.
Siap beli bunga tangan lagi ...cantik sikit pegang bunga .
Upacara nikah bermula jam 10 pagi jadi awal pagi dah bangun kami bersiap berbaju melayu lengkap serba hijau dah macam nak raya hahahha.
Tok Kadi kata jam 10 kena mula sebab dia ada majlis lain jam 11 kalau lambat next week nikah hahahah.
Dewan nikah tu dibukak jam 8 pagi. Masuk jepintu masjid dewan tu buleh lalu ikut tepi ada tangga ke bawah dan ada kawasan cantik kalau nak photoshoot lepas nikah...so aku posing-posing dulu kat situ.
Kat bawah tu le dewan nikah
Ni luar dewan ada meja makan.. Nampak dinding putih tu ..tu lorong ke toilet dan pintu yang nampak tu bilik persediaan pengantin..aku lupa nak jengok heheheh
ada meja disediakan untuk letak makanan. Kami tambah satu meja jer sendiri sebab mcm tak cukup . Alas meja tu corak monstera beli kat Kaison .
Lambat lagi nak start so posing-posing dalam dewan dulu,
Berangan plak bride lama nih..heheheh
Meja nikah dan pelapik tu sewa dari butik pengantin. Memang takde kat dewan tu,
Sudut belakang dalam dewan nikah tu pon cantik untuk bergambar
Jam 9.30 pagi sedaramara belah aku belum sampai . Dalam 9.40 rombongan lelaki sampai.
Emcee pon nak cepat segala pantun pon dicantas hahaha...tok kadi plak yang berpantun.
So aku suruh standby pengantin kita mula majlis jemput pengantin masuk dulu ...aku buka majlis dan tunggu je ketibaan wali.
Pengantin pon laju jalan masuk dewan hahahah.
Wali sampai je aku serahkan majlis kepada tok kadi. Tok kadi muda kelakar plak tu.
Majlis selesai dengan sekali lafaz. Alhamdulillah.
Tok kadi yang berpantun plak,
Jemputan di jemput makan dan pengantin teruskan sesi bergambar.
Ni wakil makcik-makcik sebelah abah dan mak.. kami ni dah yatim piatu dalam 9 bulan hilang kedua-duanya. Tak sempat mak atau abah nak tengok cucu kawin.
Tak cukup le 2 orang yang kat UK tu ...buat lintas langsung ke sana masa akad nikah ..berjaga le berdua beradik tu jam 2 pagi tunggu.
Keluarga Makngah yang kurang 2 orang.
Keluarga Maklang
Aksi sengal
Keluarga Maksu
tetiba ada anak dara plak
Gepren budak ni ...hihih
Ini parents Safyan
Makcik Leha dan Makcik Ani adik-adik mak
Family makngah adik abah.
Biasalah budak ni
0 comments