Happy birthday Mak

April 19, 2019

Al-fatihah buat Mak

Kalau mak masih ada usia mak 74 tahun hari ni. 26 mac lalu cukup 3 tahun mal pergi meninggalkan kami .





Inilah gambar raya terakhir cucu-cucu  bersama nenek tersayang. 10 orang cucu ni semua memang nenek yang jaga sejak lahir  sebelum dorang bersekolah ..masuk taska atau maid jaga. Tapi anak-anak aku memang sejak lahir sampai hampir 17 tahun memang nenek je jaga. Tak pernah hantar taska atau pengasuh. Tapi masa abang ngah lahir ada lah sekejap Ayie tu aku htar masuk taska INTAN kat opis aku. Stress bawak dia ke sana sebab setiap petang jemput dia balik kena paling awal dari orang lain . Pastu lalu tepi bukit dekat asrama shortcut ke kedai koop beli jajan dia. Pastu memang takleh buat keje dah pasal dia plak sibuk nak pakai pc. Setahun je duduk situ sebab setahun gak keje mengamuk je pagi-pagi kat taska. Balik duduk dengan nenek badan pon berisi balik.

Mak tak berapa suka sangat bergambar jadi tak banyak sangat ada. Bila mak dah tak ada dah tak dapat sambut besday mak selalunya kami bagi baju,,kasut..handbag kat dia. Bila mak dah tak ada dah tak dapat rasa masakan mak. Mak memang pandai masak . Laksa Johor dia memang sedap dan ditunggu bila raya bukan saja oleh anak-anak sendiri tapi anak2 buah dan jugak anak jiran. 

Mak memang pandai masak laksa Terengganu . Memang sedap sangat. Kuih yang mak buat sedap kuih ropa atau dadar berlauk kami panggil. Masa duduk di kemaman memang mak ada pergi kelas memasak bila ada resepi kuih baru 
. Kelas buat kek pon mak pergi belajar buat kek Black Forest. Kuih kayu keramat pon mak reti buat. Kuih raya patah lagi. Ada kuih kacang yang mak buat memang takkan jumpa orang lain buat. Memang sedap . Last mak buatkan 2011 tak jumpa plak resepinya. Kalau mak goreng paru/lempung memang terbaik sebab perap dengan rempah ratus..kami makan bererebut sampai sakit dada kalau banyak makan.

Mak jugak pandai menjahit. masa aku sekolah rendah mak pergi kelas menjahit makcik gayah . Jadi macam-macam pesen baju skirt mak jahit untuk aku. Ini le minat yang menurun kat aku . 
.  Mak memang cergas buat kerja ..kalau angkat barang dia guna tangan kiri  dan pandai ler jugak membetulkan apa-apa yang rosak.

Mak suka membaca dan tengok tv ..banyak gak pengetahuan dia pasal sesuatu negara tu... tempat-tempat menarik  .Mak dah sampai ke Amerika Syarikat..kagum betul dia pergi sorang diri tahun 1991. rasanya masa tu 1st time kut naik flight dan terus pergi penerbangan yang dekat 20jam seorang diri melawat Angah disana... so mak dah sampai LA...Universal Studio ...Niagara Falls ...aku tah bila boleh sampai. Cuma hasrat mak nak ke London je tak sempat kami bawak. Mak dah 2 kali tunaikan haji dan umrah 2 ke 3 kali gitu. 




Mak dan abah


Ni Along ngan angah .. umur rapat  beza 10 bulan jer,

Ada gambar 6 beranak masa aku baby tak scan plak.

Mak pergi selepas abah hanya beza 9 bulan.




Gambar ini diambil 19 Mac 2016 ..kali terakhir mak bergambar seminggu sebelum meninggal semasa kenduri adik2nya hendak pergi umrah.

Mana sangka malam 25 Mac tu kami semua menghantar mak di kecemasan Serdang adalah malam terakhir kami bersama . Mak kata sakit dada . Tak tau rupanya itu serangan jantung, Mak demam sebelum tu..malam tu ajak dia makan masa jemput bebudak. Mak taknak...Hafiy macam berat gak nak tinggalkan nenek dia kata lepas makan dia nak tidur umah nenek teman nenek.

Tak sempat pon kami order makan ..mak call mintak bawak ke hospital.
Doktor kata mak kene serangan jantung yang kuat juga.Mak tak pernah kene. Mak baru sembuh kanser usus. Lama gak kat zon merah . Aku tunggu sampai pagi. Jam 8 Bakyah plak datang jaga dan tengahari baru masuk wad CHDW., untuk pesakit dependensi tinggi  jantung. Macam icu seorang sebilik.  Aku datang time melawat petang tu tapi Hafiy tak dapat masuk bawah 12.  Masa aku masuk dengan Hisham ,,,mak menangis masa nampak Hisham. Aku ingat lagi. . Aku tak rasa mak akan pergi ..seba masa tu dia masih boleh bercakap sikit  dan belum 24jam masuk hosputal. Aku tak berani nak cakap-=cakap lebih atau minta ampun maaf masa tu takut mak lagi sedih dan bahayakan jantung dia. Habis waktu melawat kami pon turun sebab tak boleh jaga di dalam. 

Lama gak kat bawah dan 7.15 masa aku dalam kereta dan jem dlm kawasan hospital ...nurse call minta segera datang doktoe nak jumpa. Rupanya lps kami pergi mak makin teruk keadaannya. Aku duduk di tepi meja nurse sebab doktor sibuk didalam ...katanya dia akan terangkan kondisi mak pada aku tapi lama aku tunggu dia masih sibuk dalam usaha menyelamatkan mak,

Wad CHDW ni memang utk pesakit kritikal dan kanak2 tak boleh masuk tapi ada 2 orang budak riuh bermain berlari dgn scooter tolak kaki tu .. Mereka duduk di bilik belakang kaunter nurse ,,mungkin anak doktor pakar sebab mereka dgn mak mereka ...takkan anak nurse plak..

Mak memang tidak dapat diselamatkan dan pergi kira-kira jam 10 lebih. Masa dah nazak tu memang semua famili boleh masuk , Semua urusan mandi dan kapankan dibuat di hospital. aku mandikan mak. Selesai jam 2 pagi. Dan bwk balik ke surau rumah. Menunggu subuh tu kami tidur sebelah mak kat surau..


Semasa mak masuk wad bos aku pon masuk IJN . Aku sempat melawat arwah yang nazak semasa di masukkan pula ke Putrajaya .dia meninggal 11 hari selepas mak. Aku ketika itu mula demam tak dapat ziarah...dan memang aku demam teruk lama jugak . Teruk sangat sampai tak bermaya . Sampai beberapa hari asben cuti jaga aku. 

Ini lah rumah mak sekarang.










You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook