Percutian ke New Zealand 2016 -Day 4 (Queenstown)

January 20, 2017

13 Ogos 2016

Lake Tekapo – Pukaki – Twizel –Omarama- Lindiss Valley – Tarras –Cromwell –Arrowtown -Queenstown

Lagi 3 jam perjalanan utk ke Queenstown...sebab lama berhenti sana-sini so masa tu terlajak ler sikit.

Perjalanan memang menarik ....mmg tak lelap tidur ke apa. Kang drebar marah..co pilot kene tunjuk arah jalan. Kami stop di Omarama utk ke tandas dan ke kedai beli air dan makanan.


Kami akan melalui Lindis Pass. Kalau masa snow lebat dan menutupi jalan, jalan ni akan ditutup. Bukit bukau je sini...boring ler pasal takde orang lalu...kereta pon bertembung sekali sekala..Takde orang..takde rumah..tapi lereng bukit tu ada je bebiri yg mcm patung tak bergerak. Hahha takdenya bebiri ni nak berlari2 kejar mengejar...mematung kan diri jer. 


Jadi kalau boleh nak melepasi jalan ni sebelum cuaca gelap. Sebab bahaya memandu di sini semasa gelap. Bukan nya ada lampu jalan. Kalau jadi apa-apa memang tak terbayang ...masa winter plak cepat gelap. Nak bawak laju kereta tak boleh. 

Kena ikut undang-undang tak boleh melebihi had laju....dalam tak de orang .,kereta lalu lalang...tetiba je nanti muncul kereta polis



Sunyi...40 minit perjalanan melalui Lindis pass tapi rasa cam lama...sebab takleh bawak laju melebihi had. Jalan pun bengkang bengkuk









sampai malam bebiri ni lepak 


Dah masuk ke cromwell

Cromwel nih bandar buah-buahan. Banyak tanaman buah tapi ni musim winter buah takde.

Tak stop sini rupanya ada aiskrim sedap



tetiba nampak air sungai membiru...wowwww...



Nampak ada tempat berhenti ambik gambar...bebudak tidur so berlari aku laju2 bergambar.





tempat ni dipanggil Roaring Meg....memang mengaum ler sungai nih.
Kami mmg gayat ...menggeletar lutut nak diri tepi2 tu


tak ingat langsung nak ambik video. Memang kagum sangat dgn air sungai nih.

Hati dah tak berapa tenang sebab lambat lagi nak sampai Queenstown. Kami nak gi tgk Show Haka takut tak sempat.


Gelap dah masa kami sampai masa tu jam 6 ptg kut.

Kami pergi check in hostel dulu tengah bandar. Jalan jem sikit tadi sebab malam minggu. Dah ler berpusing jalan ikut gps...ada lorong yang dah tutup xboleh kereta masuk. 

Dah check in kami tak masuk bilik dulu terus nak pergi Skyline Gondola.
Gps dok berpusing jalan sama...tapi tak nampak signboard Skyline ni...menuju jalan sempit gelap tak bertar...huhuhu...hari dah gelap. Kami patah balik pergi tengah bandar nak cari parking satu hal. Susah. Dapat ler celah lorong. Cari kedai makan fish and chips tak jumpa...pergi  kedai souvenirs DF dulu memborong. 


Kedai ni memang wajib masuk ...kedai warga Korea. Memang kat sini lah ramai orang Malaysia beli souvenirs. Memang murah berbanding kedai-kedai lain sekitar situ.
Tapi ada jugak barang yang takde di sini aku beli kedai lain. Tapi dari segi harga memang sini murah.



aku kalau bab soping memang menggila kejap.


hahahahhaha


ada jugak jual barang sebegini.


Terjumpa plak beberapa pelancong Malaysia...ada sorang mamat lembut ni yg bercuti dgn rakan2 perempuan tegur aku

Dari Malaysia ker?
U ni pelakon ker?

hahahhaa ...adakah ahkak seperti retis...sebab bergaya sgt dgn boot heheheh.




kesian bebudak dah lapar.

kedai kebab sebelah tu pon dah tutup.

kami pi simpan hasil borongan dlm kereta dan cari je kedai jual roti, susu, pisang...
Kami duduk kat luar tu ada bangku ...makan alas perut....huwaaaaaa tak tahan sejuk 5 darjah celcius. Nak berpikir pon otak beku.

So kami ke hostel. huhuhu parking tak disediakan mujur kat depan tu kedai dah tutup ada le kosong tapi esok kene cepat alih kereta. Kami keluarkan baju yang perlu sahaja. 

View hostel ni cantik mengadap tasik. tapi malam apa yang nampak.

Tidur jelah..mujur bilik heater elok ...sedap je nak tidur tak sejuk. Esok kami kene gerak awal takut terlepas cruise.











You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook