Percutian ke New Zealand 2016 - Day 3
January 19, 201712 Ogos 2016
Pagi ni kami nak checkout menuju Lake Tekapo. So bangun pagi dah janji kul 7.30 pagi kereta akan sampai kat rumah
Bebudak ni suka sangat cuaca kat luar sejuk berasap mulut. Aku cakap ler dulu pagi2 Cameron Highland pon berasap mulut macam ni jugak...heheheh.
Ayie dan Hisaham tinggal kat rumah ..aku , asben dan Hafiy nak pergi ambik kerta sewa.
Rumah kami kat hujung...jadi berjalan kaki ke depan reception tu tgk takde plak kereta family wagon toyota yang aku sewa...yang ada estima. Jumpa dengan Cameron dari Shoestring. Dia kata u are lucky today...kereta yg aku sewa org tak pulangkan lagi so dia upgrade ke Estima. Alhamdulillah .
Sebab aku sewa kejap biasanya sewa mahal sikit. Ini untung ler dapat estima yang 7 seater yg selesa dgn harga family wagon yg 5 seater. So Cameron bawak kami ke opis dia nak tunjuk jalan dan tempat utk pulangkan kereta nanti. 5 minit jer ke airport. Dia kata nanti drop je kunci kat bekas mcm peti surat kalau dia takde. Pastikan kereta dalam keadaan bersih.
Lesen memandu kita pakai yang malaysia punya je. dan emel kat Cameron .
Okay dah selesai cik hubby pon memandu ler...tadi masa nak ke airport nampak ada pasaraya....kami singgah pasaraya Countdown yang dekat airport utk beli beras dan barang-barang lain.
Bergambar kat luar reception sebab ada patung owl hehehe.
Soping lagi beli ayam plak. elok kalau bawak insulated bag boleh letak ayam beku dalam tu .
Kita sambung perjalanan semula melepasi beberapa pekan. Dah dekat nak sampai Lake Tekapo nampak plak snow tepi2 jalan...jakun ler kejap...tengok ada kereta berhenti...kami pon stop jugak ler.
0 comments