Cuti-cuti Amsterdam 2017 Hari 5: 16 April 2017 The Hague U.N.’s International Court of Justice

May 19, 2017



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni hidangan istimewa sikit makan pagi. Jemput dan nasi goreng sardine. Chef Bakyah masak.


Pagi ni kami nak ke The Hague. The Hague atau Den Haag adalah Bandar ketiga terbesar kat Holland selepas Amsterdam dan Rotterdam. Bandar The Hague ini sangat tersusun dan sebagai induk undang-undang dunia dan bandaraya antarabangsa bagi keadilan dan kedamaian.


 Comel giler 3 ketul kereta mini nih





Berjalan menyusuri Amstel Canal menuju ke stesen tram. Cantik sungguh kan...tenang betul jika dapat berjoging pagi2.



Aman damai...dekat je dengan rumah ...tapi pagi2 jelah dapat tengok ketenangan kat sini...petang laju2 balik umah dah penat.




Tak sah kalau tak berhenti bergambar sepanjang berjalan.



Sampai Amsterdam Centraal kami nak top up kad Ov ..ingat boleh buat kat mesin. Rupanya pakai kredit kad. So kami ke kaunter....kad aku tadi dok test kat mesin tetiba  hilang huwaaaaaaa ada 9 euro lagi dalam tu.  Mana cicir tah. Terpaksa beli tiket dulu nanti sampai sana kat stesen Den Haag beli kad baru.




Sampai di stesen Den Haag terus aku pergi beli kad baru dan top up . Dah cakap kat orang tu nak activate sekali.



kat negara kita kalau kat stesen keretapi yang penuh kat parking memang keretalah...kat sini ...parking memang basikal je penuh.Bertingkat-tingkat basikal...ramainya naik basikal gi kerja naik train ke bandar lain.



Ni tram.

Kami keluar dari stesen dan berjalan kaki menuju ke Kompleks Binnenhof. Jauh gak berjalan di deretan kedai yang belum buka.













Department of Justice
    Eh?? Apa tu? Toilet tengah jalan ?? 😂😂😂 ..ni toilet utk lelaki. Masalah kat Amsterdam dan lain-lain bandar kat Belanda ni nak cari toilet esp . bila dah malam kedai dah tutup. Toilet cuma ada kat stesen keretapi atau restoran dan bars..semua berbayar ..so ramai mati sebab terkencing malam2 kat terusan..tak nampak gelap jatuh terus mati lemas huhuhu. So dicipta le tandas ni. Tgh ambik gambar dtg pulak yg terkencing kat situ




Modern skyscrapers tower over traditional Dutch buildings, Den Haag, The Hague

Cantikkan pemandangan ni.








Kami berjalan lagi sehingga jumpa deretan pejabat kerajaan.





The Binnenhof is a complex of buildings in the city centre of The Hague, next to the Hofvijver lake










Sampai dekat bandar ternampak Primark disitu. Kami ambik tram menuju ke Peace Palace.







Haruslah snap gambar setiap kali ada pokok tulip disitu.



 Sambil tu minum teh panas dan makan cookies dan croissant. Sejuk sangat so perlu panaskan badan dulu.



Kami kembali menaiki tram ke bandar dan singgah Primark. Bukan main semua bersoping.





Selepas selesai kami balik menaiki tram ke stesen Den Haag .




Kami kembali semula ke Amsterdam centraal. Masa dalam train ada dtg staff cek tiket...rupanya kad aku tak activate. Dia kata takpelah bagi sekali peluang. . So aku balik free. Tq pakcik.





Dalam train kita boleh lihat pemandangan cantik juga rumah2 yang pelbagai bentuk. Ni tatau ler perkampungan apa..kecik2 sangat rumahnya.  Perkampungan orang kerdil ker hahahahha..



Sampai Amsterdam terus pergi activate kad dulu then balik rumah. Letak barangan soping. Kami keluar semula untuk bergambar sekitar city centre.

Kami stop kat stesen Prinsengracht.  Situ ada tempat2 menarik untuk bergambar terutama canal ni...lebih2 lagi ada basikal kat situ...memang ada je yg park basika situ sebagai prop utk bergambar heheheh










Jambatan ni namanya Magere Brug (Skinny Bridge). Bila kapal lalu ..jambatan tu dinaikkan. 





Unik sangat bangunan kat Amsterdam ni. senget benget. Cantik basikal merah buleh pinjam bang?

Kemudian kami pergi ke  Rembrandtplein (Rembrandt Square) ..kat sini banyak patung2..dan ada kawasan lapang seperti taman tempat dorang lepak duduk atas rumput.


 Rembrandtplein (Rembrandt Square) is a major square in central Amsterdam, the Netherlands, named after the famous painter Rembrandt van Rijn who owned a house nearby from 1639 to 1656.


Kami berjalan ke depan lagi sampai dekat fun fair...hari tu dah berhajat nak naik ferris wheel.


 Kami jugak pergi naik ferris wheel. Sorang 7.50 euro




Berani naik ferris wheel je yang lain takut mati sakit jantung.



Dah penat kami pon balik rumah. hari-hari berjalan tah berapa ribu langkah. tu yang balik kaki ai mengecik terus  hehehheh

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook