Cuti-cuti Amsterdam 2017 Hari 10 : Alkmaar dan Rotterdam
June 14, 2017Hari ni dah hari ke 10 kami di bumi Holland...dah nak balik dah esoknya huhuhuhu...Banyak lagi tempat tak dapat cover sekitar Amsterdam dan lain-lain tempat di Holland ni.
Jumaat adalah hari yang dikhaskan untuk kami pergi ke Alkmaar. Sebab hari jumaat je ada show penjualan cheese kat sini. Jadi pagi-pagi lagi kami dah sampai . Dari Amsterdam centraal kami naik train dan stop di Alkmaar. Perjalanan dalam 45 minit.
Kat stesen keretapi penuh dengan basikal parking ...kalau di Malaysia sebelah stesen komuter penuh dengan kereta.Kami berjalan kaki dari stesen ke cheese market dalam 15 minit.
Kiri kanan kedai belum buka. Macam-macam kedai pelbagai jenama. Sambil berjalan sambil berposing adalah wajib...
Ini bangunan City Hall kat Alkmaar. Cantik kan.
Semasa pertunjukan ni memang ada jualan disepanjang jalan. Pelbagai barangan kraf dan makanan Dutch ada dijual. Kat sini le kalau nak cari ' poffertjes, herring, keju, terompah dan macam-macam lagi.
Boleh tengok cara membuat terompah kayu.
Kalau nak makan ikan herring mentah boleh ler cuba..huhu.. Ikan herring, disajikan mentah dengan taburan bawang bombay dan acar timun.
Herring adalah nama ikan kecil yang sangat popular di Belanda. Ikan ini ditangkap di North Sea dan East Sea, dekat Denmark, dari pertengahan Mei sampai Julai. Ikan ini jadi makanan sehari-hari warga Belanda, terutama yang tinggal dekat pantai.
Tradisi orang Belanda makan ikan herring sudah berlangsung lebih dari 600 tahun. Sebelum disajikan, ikan herring dibekukan terlebih dahulu. Ikan kemudian dilumur garam dan diperap selama beberapa hari. Harga dalam 2 euro.
Kalau tak sanggup makan ikan itu begitu sahaja boleh jugak makan dengan roti. Aku makan yang dengan roti..secubit jer hehehehhe...rasa okay ...sangat masin so tak terasa ikan.
Kami makan poffertjes. .pancake dutch. letak nutella ...emmm sedap.
Show start pukul 10 tapi memang kene pergi awal untuk chop tempat nak tengok lebih dekat. Cheese market memang hanya pada hari Jumaat sahaja dan pada tahun 2017 ia hanya berlangsung pada 31 mac hingga 29 September dari jam 10 pagi hingga 1 tghari dekat dataran dipanggil Waagplein.
Dibawah ni aturcara dia.
From March 31st untill september 29th, every friday from 10 am untill 13.00
09.15 - 09.50 u: performance by the carillon
09.50 - 11.00 u: Verbal presentation to visitors, in Dutch, German, English and French or Spanish
11.00 – 11.20 u: performance by the carillon
11.20 – 12.00 u: Verbal presentation to visitors, in Dutch, German, English and French or Spanish
12.00 – 12.20 u: performance by the carillon
12.20 - 12.55 u: Verbal presentation to visitors, in Dutch, German, English and French or Spanish
12.55 - 13.00 u: ‘closing’ of the cheesemarket
Seronok gak tengok show ni ...penjualan cheese disini bermula 400 tahun dulu. Sekarang dorang tak berniaga dah sini cuma buat pertunjukan utk tourist. Memang kene datag awal...sebab dah dekat jam 10 pagi berhimpit nak tengok dengan anjing2 sibuk nak tengok jugak huhuhu.....Kami tengok kejap je kemudian bertolak ke Rotterdam pulak.
Kami balik semula ke Amsterdam Centraal dan ambik train ke sini.
Cantik building stesen keretapi ni.
Kami nak pergi ke Markthal dan jugak cube house so dari stesen ni boleh berjalan kaki dalam 15-20 minit atau naik metro ke Rotterdam Blaak...tapi kitorang jalan kaki sebab tatau ada metro stesen dekat dekat markthall....buntu plak tu cari jalan hahahah...tanya orang sekeliling...berjalan dekat deretan kedai2...murah-murah plak baju...
Bangunan kat Rotterdam ni modern dan jugak unik.
Macam-macam jualan tapi takleh singgah kang lambat...
Yeahhh...dah jumpa Markthal (food market hall)
Jum kita tengok barangan yang dijual disini
Kekacang, kek, kuih muih, jeruk, cokelat.
Segala sambal ada jual....tak halal tu hahahaha...ada sambal babi pangang....hhehhehe panggang ke pangang
Ikan pon ada dijual disini.
eh...ahkak tak mencarut yer...patat tu potato...hehehehhe
Cheese
Kami stop kat kedai Turki makan kat situ.
Pencil Building
Apartment ni tingkap dia terbalik hehehe
Ini pun unik...Cube houses
kami bergambar kat luar je sebab kalau nak masuk tengok dalam rumah kene bayar.
Pergi semula ke kedai berdekatan untuk cari Fm.
Kami naik metro dari sini ke Rotterdam Centraal. Dan kemudian naik train balik ke Amsterdam.
4 comments
wahhh seronoknyee
ReplyDeleteDua-dua tempat ni memang patut dilawati kalau ke Belanda. Seronok tengok dorang buat jual beli cheese.
DeleteJom cuti2 Bandung,
ReplyDelete284 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉
sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon
Minat segera whatsapp admin yaa..
10 orang pertama dapat percuma :
✅ bags Louis vuiton
✅ free indonesian sim card 1 pack
✅ Free layer cake
whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung
Jom cuti2 Bandung,
ReplyDelete284 RM/ kepala
4 Hari 3 Malam
Murah tapi tak murahan..
harga budget service 5 star...
Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉
sudah masuk sekali
✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
✅ Tea maker dalam bilik
✅ Makan pagi
✅ Airport transfer
✅ Transport untuk tour 4 hari
✅ Supir yang ramah dan berpatutan
✅ Minyak
✅ Tol
✅ Parking
✅ No tipu tipu
✅ Kereta with good aircon
Minat segera whatsapp admin yaa..
10 orang pertama dapat percuma :
✅ bags Louis vuiton
✅ free indonesian sim card 1 pack
✅ Free layer cake
whatsapp admin jangan lupa
+6285318490001
email : primeratrans@gmail.com
facebook : Primera Trans Bandung