Genting Premium Outlet
June 30, 2017Raya kali ni rajin plak pi melawat premium outlet he he he. Semalam memang dah rancang nak ke GPO ni . Saja nak cuci mata.
Elok plak cuaca mendung hari ni. Dah kul 11.30 baru kami bertolak selepas sarapan. GPO ni letaknya kat sebelah Hotel Awana Genting. Masih banyak outlet belum dibuka. GPO ni sama je macam JPO.
Yang panjang beratur kat Coach le...dgn kedai perfumes.
Baju ni clearance rm900 jadi rm270... Leh caya tak 😕
ATM ada kat food court...tapi aku tengok may bank je kat situ.
Konsep foodcourtnya cashless ...sebelum mengorder makanan sila pergi ke kaunter untuk beli dan topup card.
Card sah guna sampai setahun...kalau nak refund terus pon boleh.
Food court ni kecik je. Tak banyak seat. Kami makan Marry brown.
Selain food court ni ada je beberapa restoran lain .
Dah selesai sini dalam kul 6 kami naik ke atas Genting.
ada mall besar ...situ jugak tempat naik cable car
jenuh berjalan cari mana indoor theme park...tutup renovation.
Turun dari Genting kami ke Chow kit pekena sup.
Ni telur ayam yang belum sempat jadi ...belum ada kulit . kiranya masa sembelih...dlm perut ayam lag I.
hari Raya keempat pon kami pergi beraya ke Segamat dan singgah di Freeport A Famosa...premium outlet jugak.
Freeport ni outlet nya biasa-biasa takde coach ,polo,Burberry...so mampu beli heheh
Cantik building sbb mengimbau kenangan di bumi Holland.
5 comments
dah pegi gak mase bulan puasa ritu.. mase baru baru bukakk, time tu ade gak diskaunn murah gakkk
ReplyDeletebanyak belum bukak ...tunggu dah bukak semua buleh melawat lagi
DeleteGucci ada x kak?
ReplyDeleteTakde rasanya
DeleteGucci ada x kak?
ReplyDelete