Aidilfitri 2017
July 07, 2017Tahun ni tahun kedua beraya tanpa mak dan abah. Sedihnya bila dah bergelar yatim piatu ni. Mujurlah bebudak ni sempat merasa beraya bersama atuk nenek. Walaupun dah tiada kedua-duanya kami tetap beraya dirumah mak dan abah.
------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun ni harijadi Hafiy dan atuk jatuh pada bulan puasa dan raya kedua.
Jadi berbuka puasa semasa birthday Hafiy tu kita makan spesel sikit lah. Pergi buffet ramadhan kat Bangi Golf Resort. Hari last buffet hari tu...pergi lambat padahal umah dekat...so tak sempat nak snap gambar makanan2 yang memang best kat situ.
Tah apa pesen rambut raya budak nih
Churros dengan pencicahnya durian creme ker apa nama..sedap
Birthday boy saja buat muka garang. Dah 11 tahun umur.
Last minit rancang ..so yg lain tak dapat join sebab ada yg kerja lagi jumaat.
Tahun ni aku taknak ziarah kubur di pagi raya sebab sesak ..tahun lepas tetiba nak melabur plak time kat kubur...jenuh lari gi Metropoint. So kami ziarah petang menjelang raya.
Dah sebelas tahun Hafiz anakku ahli Syurga. Kembar Hafiy.
Kubur atuk dan nenek dibelakang. Mujur kubur telah dibersihkan.
Al Fatihah buat Abah (2015)
Al-fatihah buat Mak 2016
Rindunya kat kedua-duanya. Birthday abah raya kedua.
Malam raya tu bebudak ni tetap tidur dirumah nenek dengan sepupu-sepupu.
Entah apalah pesen yang sorang ni lagi punya rambut.
Apa aku masak...satay huhuhuhu....beli jer hahahah...tak larat untuk memasak.
Tak balik beraya sebab mama dia pergi kesana nanti 2 bulan,
Lepas bergambar pergi ke kubur plak. Kemudian terus pergi beraya ke Ampang rumah maksedara.
Raya ketiga aku beraya di Kg Melayu Subang melawat nenek tiri asben dirumah anak sulungnya..lupa nak bergambar.
Raya keempat beraya di Segamat...tak bergambar jugak hahahah...teruk sungguh..
Stop di Rnr Nilai sebab nak makan mee wantan heheheh
Balik tu singgah Freeport A Famosa ....macam kat Zaanse Schans plak rasanya
Raya ketujuh plak
Beraya di Sungai Besi.
Habis seminggu raya.....
2 comments
Al-fatihah.. Selamat hari raya ye
ReplyDeleteSelamat Hari Raya juga Liza...
Delete