Part time job : Wedding Emcee

August 17, 2017


Ini keje sambilan aku dihujung minggu...pengacara majlis  ...lama dah berehat...tapi kalau ada orang panggil ..aku okay je kalau tiada apa-apa masa tu.

Aku mula jadi emcee semasa study dulu. Ingat lagi kami ada minggu apa tah untuk fakulti aku ler . Member lelaki yang jadi emcee...dia ajak aku jadi partner...aku pun why not mencuba. Lecturer statistik aku siap datang jumpa aku ucap tahniah dia kata dia dulu juruhebah radio kat kelantan. 

Semasa kerja plak aku buat voice over untuk projek multimedia iaitu untuk video majlis perpisahan KPPA, Video Khas untuk PM (Tun Dr Mahathir). Untuk majlis-majlis di opis aku dan bengkel2 anjuran opis aku dan  company spt IBM , Microsoft dll. 

Tak boleh lupa untuk satu majlis tu , borang komen adalah untuk komen berkenaan bengkel tersebut...tapi ada plak terselit komen...pengacara yang mantap...muahahahhaha.

Begitu juga majlis perhimpunan bulanan...ada satu kejadian,aku ketika itu jadi emcee berpasangan. Pengarah tengah berucap dan dia memberitahu satu kejadian depan mata dia sebuah kereta plat WMA telah membuat pusingan U dan tidak membuat pusingan di bulatan yang sepatutnya...hahahhaha....terus kecut perut aku ...sebab memang aku ler yang dimaksudkan. Lepas dia berucap patut turn aku ke rostrum untuk mengucapkan terima kasih...tak jadi...minta kawan je yang ke depan..kihkihkih

Lepas aku dinaikkan pangkat dan berpindah keluar ..aktiviti ni berkurangan ler...tapi aku beralih plak menjadi pengacara untuk majlis-majlis perkahwinan. Yang ni masyukkkkk sikit. hehehhe.

Memula aku jadi emcee untuk majlis perkahwinan adik kawan. pasangan doktor



Lepas itu aku mula iklan kan perkhidmatan aku . Memang banyak tawaran aku terima...kekadang setiap minggu ada majlis perkahwinan...sampai naik boring aku ke majlis kawin je hahaha. Ada jugak yang jauh aku terima seperti di Seremban, 







ni dress aku jahit sendiri tau.
 Baju lace ini jugak aku jahit sendiri.


Dress jahitan sendiri juga.
Dah memang habit aku bila jadi emcee je walau majlis perhimpunan bulanan je pon...baju emcee kene baru hahahahah



Ada jugak aku join dengan wedding planner dari johor. Setiap kali dia ada tempahan di KL ,aku dijemput ler.




Kekadang jv dengan org yang sediakan PA system dan karaoke. Dia takde emcee so dia offer kita. Gitu lah sesama bekerjasama. 

Emcee untuk dinner pon aku terima. Ini dinner yang aku dapat dibayar dengan token sahaja tetapi 4 angka ...tak sangka plak. 




Nervous tau..sebab tak sempat rehearsal. Dewan sebelum tu dipakai...jadi main redah jelah...mujur dato-dato tu berpuas hati. Ingatkan dia nak bagi seciput jer ...hahahaha.

Okay rindu jugak dah lama tak menyumbang suara di majlis kawin...anda nak jemput saya ker? Bayaran saya sangat berpatutan. Boleh hubungi saya untuk dapat perkhidmatan yang sangat puas hati heheheh.



You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook