Pengajaran apabila booking homestay

August 16, 2017

                                                                     Gambar dari google

Gambar sekadar hiasan.
Lepas kejadian ni rasanya susah untuk aku menempah mana-mana homestay lagi. Sakit hati tak abis lagi ni.

Hampir setahun yang lepas ..selepas aku book percutian keluarga pada bulan ogos untuk percutian ogos 2017, aku mula mencari penginapan. Dari fb group cuti2 ke negara itu aku dapat le satu homestay ni. Orang negara kita. Tengokkan company dia nampak besar ada merata dunia homestay nya. Aku pon search pasal A_H ni . Wow ada homestay kat London,Amsterdam,Japan, Australia,New Zealand ...kat KL pon ada area Klcc...nampak mewah....baca review mcm bagus... Elok plak tu tetiba ada artikel pasal homestay dia kat Perth keluar paper hujung minggu. Tgk dari fb nampak gah ...so bulan September aku pon book. Urusan melalui fb messenger homestay tersebut...bayar deposit utk 1 mlm. Dia bagi confirmation emel dan bgtau sbm datang nanti contact staff dia nama B.

Masa berlalu ....sebelum aku bercuti ke Amsterdam , tgk ada beberapa org yang mengadu di fb group cuti... booking telah dikenselkan utk tempahan awal tahun krn rumahnya bermasaalah. Ada byk kerosakan. So dia bagi refund . Tapi lambat dapatnya. Berperingkat..so bulan Mac tu aku contact staff dia melalui messenger dan katanya xde masaalah dgn booking aku tu.  So lega le sikit.

Balik dari bercuti...aku cari fb A_H ni tak ada...dia deactivate. Bila deactivate..fb messenger pun turut hilang. Aku cuba contact no staff B  tu...wassap xreply.  Aku emel guna emel address yg dia htr confirmation tu...kene tendang sebab emel dah xwujud. Mengagau aku mencari nombor utk dihubungi. Dapat satu nombor ni ...dia kata emel dah tukar.. Company pon dah tukar nama kpd TC. So dia bagi email address baru . Dia kata takde masaalah pon fb ...ada je. Masa tu lah tetiba fb dia ada balik. Dia xngaku deactivate .Dia cuma rename je fb tu..Dia kata okay je org contact dia.  Huh...kalau uolls jadi macam ni ..tak panik ke....

Aku emel semula....ini masa bulan May. ..Masa bulan puasa aku cuba lagi contact dapat nombor CEO dia. Tapi dia reply time sahur je. Katanya dah emel pada semua guests berkenaan pertukaran nama ...penipu le...aku x terima pon. aku bgtau psl emel kensel tu...katanya dah bg kat staff suruh uruskan . nanti sampai home stay dia tgk..then dia hilang semula.

Aku google sana sini....dapat le fb CEO dia tu....aku msg 22 jun...senyap tak reply...29 jun aku msg lagi tnya ..ada masaalah ke home stay ni....laju plak reply. kata phone screen pecah...tunggu dia balik London baru nak install whatapps ...hoiiiiii..

Dia kata dah mintak staff uruskan. Aku send screen shot emel aku htr...dia xde komen pon apa2 pasal xdpt bagi refund..takde emel dari company dia berkenaan cancellation aku tu. Takde bgtau pon kita kensel tak boleh refund... Senyap gitu je..website pon hanya ada alamat tiada nombor utk dihubungi.

27 julai aku msg lagi tanya apa updates. Senyap....
30 Julai aku msg tny APA dah jadi dgn ur home stay ???
Terus laju  dia reply kata tgh travel...esok dia contact aku.
Penipuan....senyap balik.

Hari ni aku message dia lagi. Dah malam baru reply...boleh dia kata x boleh bagi refund sbb aku yg kensel. hahhh...mau x mengamuk aku. Kenapa awal2 xmention. Aku bukan kensel last minit. Dah le dia msg macam gelakkan aku. Sakit hati...aku kata nak bawak ke tribunal pengguna....takde stated mana-mana pon terutama kat confirmation email yang deposit akan hangus kalau kita yang kensel. Lagipun masih awal aku buat cancellation tu...aku bukan kensel last minit.

Dah le dia tu kejap tenggelam timbul. laju-laju aku screen shot semua conversation sebab sekali dia deactivate fb dia..segala conversation hilang.

Dia kata homestay dia elok je beroperasi...cuma tahun ni dia stop amik guest sebab byk kerosakan dia tak dpt nak claim. So dia concentrate dgn airbnb sebab boleh claim kerosakan. Dia hanya communicate dgn customer katanya thru emel...aku kata dah berzaman aku emel ada ko reply????

Kalau google pasal homestay ni semua info lama-lama..no untuk dihubungi tiada...website pon hanya ada alamat tiada nombor phone . Ia berlaku pada tahun ini yer...tahun lepas okay je. Apa uolls rasa kalau jadi begini...nak relaks je....kita nak pi bercuti jauh ...5 jam penerbangan...kang tak pasal sampai2 ..tiada penginapan...kalau pergi berdua takpe lah jugak buleh gagahkan diri cari hotel dulu ...ini pergi 9 orang.

Next week nak pergi...tetiba fb dia pon takde...nak contact tanya staff disana ke kalau ada masalah tak jumpa ke pon tak dapat sebab tiada nombor untuk dihubungi. Dia kata self check in je tak perlu hubungi staff dia...so apa jaminan dia ????? Dia kata nombor memang tak publish...Padahal dulu elok je ada.

Aku tahu masalah homestay ni melalui fb post dia dahulu berkenaan guests yang tak bertanggunjawab...biarkan nasi basi dalam rice cooker tak kemas meja...merosakkan mesin basuh sehingga air melimpah...sehinggakan dia terpaksa kensel booking . Orang kita ni kalau sewa rumah bangsa sendiri mmg ada yg perangai buruk ...cuba sewa rumah bangsa lain tahu plak ko bersihkan ..kemaskan seperti sedia kala.

Aku dengar homestay ni bermasalah pekerja lari ...rumah rosak...agaknya tak byr gaji kut.

Apa aku nak buat dengan duit deposit aku tu...nak biar burn gitu jer????? Nak test adukan pada tribunal pengguna lah.

Pengajaran kat sini ...lenkali nak selamat booking melalui agoda atau booking.com.
Kalau ko cancel ada stated kat situ sekian-sekian date untuk masih boleh dapatkan refund...kalau last minit tak boleh...ini hilang rm 500 lebih duit soping aku...kalau tak boleh beli sekor kanggaroo utk anda2 semua..

Ada jugak dengar org lain yang dikensel oleh tuan home stay lain  bila dah dekat masa utk travel. Dah le dia dah byr penuh. Mmg tuan home stay janji nak refund. Tapi  ingat senang ke nak dpt penginapan lain dalam masa terdekat?? Mesti dah kurang pilihan...lebih mahal...dan kedudukan jauh dari bandar.

Kalau nak tau apa nama homestay boleh message aku...supaya uolss berjaga-jaga.





You Might Also Like

19 comments

  1. Semoga lepas ni dia bertanggung jawab dan refund balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq...akan usaha sampai dapat

      Delete
    2. blh tau nama homestay tu sbb sy dlm proses nak book apt dgn muslim malaysia. risau yg sama. blh whassap 013 9384562

      Delete
  2. Alamak geramnya kalau jadi mcm ni.. habis semua itinerary yg kita dah plan elok2.. InsyaAllah pasti ada hikmahNya kak Dy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram...tapi awal2 dah prepare cepat2 booking lain. Kang xpasal ahli rombongan mengamuk kat ketua huhuhu

      Delete
    2. Geram...tapi awal2 dah prepare cepat2 booking lain. Kang xpasal ahli rombongan mengamuk kat ketua huhuhu

      Delete
  3. sian diana. semoga Allah ganti rezeki lebih baik nanti. happy holiday next week, jangan spoil mood holiday tu..

    blogwalking here. Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete
  4. Pengajaran bagi julia juga, julia pernah guna booking.com utk menginap di Hatyai, so far menyenangkan, tak perlu bayar pendahuluan...sampai2 terus boleh masuk...kalau ada problem nak tukar date menginap pun easy...sebab semua melalui elektronik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Julia...dia ada date sampai bila kita boleh cancel. Duit pon xpotong lagi kat cc.senang hati kita bercuti. Bila jadi gini sakit plak hati.sebab ada org lain kene dgn home stay lain ...last minit homestay kensel.mmg dia akan dpt refund tp dah hujung2.ingat senang nak cari baru

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Macam saya selalu guna booling.com, jarang guna yang lain..hope segala dipermudahkan oleh penulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pon selalu guna agoda dan booking.com...last year okay je bercuti di NZ...kali ni tersilap langkah huhuhu....tq

      Delete
  6. As salam Puan, boleh saya tahu nama homestay tu. Tq!

    ReplyDelete
  7. (maaf copy & paste) blh tau nama homestay tu sbb sy dlm proses nak book apt dgn muslim malaysia. blh whassap 018-6678576

    ReplyDelete
  8. assalamualikum, boleh tahu nama homestay tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amna Homes ..tapi dia dah tukar nama the Clovers ..kalau search mmg xjumpa dah..now dia tumpu pada airbnb..tatau pakai nama apa plak homestay dia tu

      Delete
  9. Replies
    1. Amna Homes ..tapi dia dah tukar nama the Clovers ..kalau search mmg xjumpa dah..now dia tumpu pada airbnb..tatau pakai nama apa plak homestay dia tu

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook