Bengkel Fotofon KBBA bersama SONY dengan kerjasama MATIC dan COSMODERM

February 10, 2018




Hari ni geng blogger KBBA dapat peluang meneroka teknik Fotofon dengan photographer hebat Rahman Roslan. Beliau ni  dilantik oleh  
Sony Mobile Malaysia sebagai  brand ambassador.
Bengkel ni dijalankan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang.


Semua seronok dan tak sabar untuk belajar cara-cara mengambil gambar yang cantik mengunakan kamera handphone sahaja. 


Selalu kita pikir kenapalah gambar yang aku ambik ni tak secantik gambar orang lain . Dia pon pakai kamera handphone jugak. Teknik mengambil gambar itu yang penting. Kalau ada handphone yang mahal pun kalau tak tahu teknik memang tak cantiklah hasilnya.

Tadi cikgu beritahu pentingnya 3 elemen ini dalam fotografi iaitu Aperture, Shutter speed dan juga ISO.

Nak dapatkan kualiti gambar yang baik kita perlulah memahami terlebih dahulu ketiga-tiga elemen tersebut.




Apa itu Aperture?



Aperture adalah bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila kita mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang mahu dirakam.Memilih aperture yang mahu digunakan akan mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi.Semakin besar lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera. Jika dalam keadaan yang kurang cahaya, macam disebelah malam dan kurang lampu, kita tiada pilihan selain dari menggunakan aperture yang besar.


Apa itu Shutter-Speed?

Shutter-speed merujuk kepada tempoh masa shutter terbuka bagi membolehkan cahaya masuk dan mengenai sensor. Nilai shutter speed dikira dengan menggunakan sesaat (seconds) dan biasanya lebih rendah dari satu saat.
Shutter speed perlahan bermaksud banyak cahaya masuk
Shutter speed laju bermaksud kurang cahaya masuk.

Apa itu ISO?



ISO merujuk kepada tahap sensitiviti sensor kepada cahaya.

Lebih rendah ISO, maka lebih rendah respon sensor pada cahaya, manakala lebih tinggi ISO, maka lebih kuat responnya pada cahaya.

Kalau kita dalam bilik atau bangunan setkan ISO kepada 400 paling minimum.

Kalau di luar dalam keadaan cahaya yang terang, setkan ISO pada yang paling rendah.

Framing

Frame membantu mengalihkan fokus kepada objek utama dalam foto. Terdapat banyak bahan disekitar kita yang boleh dijadikan sebagai frame. 

Gambar ini sebagai contoh.

Contoh frame yang anda boleh temui di sekitar anda adalah seperti pintu masuk, gerbang, bawah rimbunan pokok dan juntaian ranting.



Reflection


Mata kita secara automatiknya akan  tertarik kepada pantulan imej atau reflection. Pantulan imej memberikan kita mesej yang seolah-olah terdapat ruang lain yang muncul dalam gambar kita.


Perspective /leading line

Satu garisan yang membawa mata kita kepada satu titik. Ia tidak  semestinya garisan lurus. Ia boleh wujud dalam lingkaran. Setiap gambar perlu ada leading line. Gambar akan jadi flat kalau takde leading line. 


Gambar ni sebagai contoh

Ada banyak teknik dalam fotografi..korang boleh ler cari di internet atau baca buku pasal fotografi.

Selepas tu kami ada outdoor exploring...keluar pergi ambik gambar produk Cosmoderm. Macam-macam gaya semua yang tertonggeng ambik gambar pon ada..yang susun-susun produk kat atas dahan pokok..atas rumput..atas water fountain...latarbelakang KLCC ler...itu ini...hahahah





Selepas itu gambar-gambar tu dinilai untuk pilih pemenang. Komen cikgu latarbelakang yang kami guna tak sesuai..sepatutnya jika produk berkaitan skin care ambik ler gambar latarbelakang bersesuaian seperti bersama wajah atau tapak tangan. Kemudian kita edit untuk lebih fokuskan pada produk. Jangan biarkan mata orang melihat produk itu lebih tertumpu terus pada latar belakang. 
Untuk bengkel yang ringkas ni banyak jugak ilmu yang aku dapat. Seterusnya boleh lah cari buku atau gugel di internet . Dah tau asas-asas sikit-sikit boleh ler faham kalau nak membaca nanti.



Memang seronok belajar fotografi ni. Lepas ni boleh ler praktikkan bila ambik gambar. 

You Might Also Like

4 comments

  1. thanks sharing kak dy. huda pun baru tahu semua term2 dalam photography.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...bersemangat sekarang cari nota photography

      Delete
  2. Bestnya dapat ilmu ni, akan dipraktikkan.

    ReplyDelete
  3. harap akan ada lagi program macam ni. mmg terbaik sangat

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook