Berkelah di Janda Baik

February 19, 2018

Lama betul kami sekeluarga tak pergi berkelah di sungai...last aku gi sungai 2013 huhuhu..di Janda Baik jugak. Kakak-kakak aku last berkelah masa abah ada lagi...tahun 2015 rasanya. 

Dulu-dulu selalu gak pergi Sg Congkak..tapi sekali tu pergi time raya cina..jem 2 jam tak gerak nak balik...memang kalau masa perayaan tahun baru cina kat mana-mana pun jem. Itu yang asben aku malas nak pergi mana-mana. 

Ini idea pi berkelah ni spontan je...kakak aku pi bercuti Bangkok...jadi asben dia nak bawak anak berkelah ajak ler kami join...so pergi ler 3 keluarga.

Memula plan ke Port Dickson. Tapi jumaat tu aku rasa macam panas je berkelah kat pantai ...memang cuaca panas pon. So elok jugak kalau berkelah di sungai. Itu yang tetiba tukar plan pergi Janda Baik.

Sabtu tu pagi dah siap masak bekalan kami pon gerak le tak sempat bersarapan...sampai kat sana aduhhhh ramainya manusia kat Pulau Santap tu. Memang takde tempat kosong. Kami berjalan lagi kedepan sampai kat area hujung ...tengok kosong kami letak ler bekalan ..call penjaga tempat tu...sampai pompuan indon penjaga tempat tu suruh kami beredar sebab dah ada penyewa. 

Perut dah lapar ni..jalan lagi dengan kereta cari kawasan berkelah. Akhirnya jumpa lah satu tempat ...dapatlah le kami sewa tapak perkelahan dan 2 khemah. Semua tak sabar nak makan dan mandi sungai.

Kawasan ni laju jugak airnya...tapi berbatu..sakit kaki memijak.

Cuaca memang panas masa tu...tak lama tu dah mendung ...ada lah turun jugak hujan rintik-rintik. 

Mujur tak lebat. Apalagi kami asyik turun mandi sungai..naik makan...turun mandi lagi berulang kali. 



Nampak macam cetek tapi dalam jugak dan deras airnya.




Meriah makanan.




Dah lama tak jumpa abang kesayangan hahahha.


Ini jer kaum perempuan yang ada ...lagi dua orang tak datang...keluarga aku ramai lelaki.

Ini family member yang paling muda. 


Sesi menyeberang hahahha..








Dah lama dorang tak berkumpul sesama...kurang 3 boys lagi family makngah. Eh tak der plak Qaliff dalam ni. Dorang ni membesar bersama dari lahir ..memang duduk taska nenek heheheh


Kejap baik kejap gaduh..Kalau dulu cuti sekolah memang berkumpul umah nenek bila semua dah bersekolah. Sebelum masuk alam persekolahan memang duduk umah nenek hari-hari waktu siang. Yang balik tengah minggu..seminggu sekali pon ada.



Semua terkejut dengan kekurusan abang ngah hahahha

Kami mula berkelah jam 11 pagi ...dalam kul 4 ptg tu kami beransur le siap-siap berkemas. 

Nanti bila dorang ni balik bercuti boleh lah berkelah lagi. Asyik jalan-jalan kat mall ajer boring jugak kan. Bebudak ni kalau bagi pilihan berkelah dengan mall...rasanya dorang pilih berkelah.

Pilihan negeri/negara nak pergi bercuti pon nak yang ada themepark baru seronok katanya. 



You Might Also Like

3 comments

  1. Nama ape tempat bkelah? Ada no tel?

    ReplyDelete
  2. Boleh tak share contact details tmpt ni?

    ReplyDelete
  3. Bolh share no telefon nak sewa tapak tepi sungai tu

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook