Trip ke London 2018 - Day 5 (Day trip ke Paris menaiki Eurostar)

December 07, 2018

7 November 2018



Hari ni kami akan ke Paris. Idea ke Paris ni bukan le plan asal. Aku pon niat dah lama nak ke Paris tapi berdua dgn asben. Alang-alang dah je London ni kalau naik tren cuma 2 jam je ke Paris. So kami pon belilah tiket Eurostar awal2 dengan secara online. Lebih murah jika beli awal berganda-ganda murah. Dan pilih masa bertolak yang paling awal. Kami dapatlah return ticket €66 .

Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ini yang kami tak tidur pon sebaik balik dari Colchester. Balik tu siap2 rebus nasi impit untuk bekal.

Jam 2 pagi bersiap-siap mandi...pakai baju. Pagi-pagi buta bukannya ada perkhidmatan tube. Jadi kami panggil taxi guna apps Mytaxi. Sekejapan je sampai taxi. Kami ke St. Pancras International. Kena caj £20.





 Sampai situ masih awal lagi. Tapi adalah orang2 lain jugak.






 Sebab di St Pancras International ni tempat untuk naik train ke negara Eropah yang lain juga. Gepandangan pon ramai masa ni dok conquer kerusi2 disitu. Sejuk sangat awal2 pagi ni. Tandas plak tengah renovate kene pakai tandas Oku . Kami lepak kat Starbucks sambil guna free wifi. Kat stesen tu pon ada free wifi.


Ruang menunggu dekat International Departure tu belum bukak sebab awal pagi lagi. Dekat jam 4 pagi rasanya baru bukak. Tapi wajib sampai situ 45 minit sebelum berlepas. 









Bila dah boleh boarding kami pon scan barcode pada tiket yang telah diprint siap-siap dari malaysia lepas beli tiket online. Bila dah scan barcode tu automatik kita dah check in .  Kena melalui pemeriksaan imigresen cop passport dan scan bag semua. Duduk di ruang menunggu sehingga lah announcement untuk masuk menuju ke train. 

Pada tiket dah tertera no coach dan no seat. Jadi kena carilah.Jauh jugak nak menyampai ke coach kami.





 Tempat duduk yang kami dapat adalah seat berdua dan ada disediakan meja. 



Memang letih betul badan sebab tak tidur. Memula tidur-tidur ayam dulu. Dalam jam 6 pagi tu kami bukak bekalan nasi impit dengan serunding. Laju makan sebab lapar hehehhe.

Lepas makan tidur. Perjalanan menaiki Eurostar ni selama 2 jam 15 minit. Akan merentasi Selat Inggeris. Lalu bawah laut dalam 30 minit jugak. 



Nampak tu masuk menuju dalam laut. Tak sedar pon gelap gelita. Masa tu pon kami tidur.
Dalam jam 9.17 pagi kami sampai stesen Gare Du Nord, Paris.





 Paris awal 1 jam dari London. Kami terus cari tandas dulu . So turun ke bawah untuk ke tandas., Adoiii macam bursa saham kat tandas tu. Geram dengan penjaga tandas tu ...ramai beratur ni ,,dia susun2 kan kita masuk mana..kejap aku di panggil masuk tandas OKU kat belakang tu..dah sampai depan dia suruh bagi orang tua tu masuk dulu..pastu bila kosong tandas lain dia suruh aku ke sana plak...kalau lama sikit je dia ketuk pintu...riuh rendah dengan penjaga tu arah orang masuk tandas sana sini. Pekerja kulit hotam yang ramai keje kat situ.

Kami naik semula untuk ke Tourism Information Centre ambik map dan tanya kat mana nak beli tiket Mobilis. Dia kata nanti turun bawah beli dalam 7.50 euro boleh pakai naik Metro , RER, bas. Tapi untuk pergi Arc de Triomphe dia cadangkan naik bas senang sikit.  Tapi sebab tak study pon camana nak naik bas so kami nak naik tren je.



Turun ke bawah nampak kaunter ramai orang beratur.
Situ je pon kaunter yang ada. Ada 2 kaunter dibuka. Kami pon beratur. Aku cakap nak Mobilis. Dia cakap apa tah...dia kata 12 euro..aku terkejut le ...aku kata nak mobilis 1 day pass 7.50 euro...dia cakap bahasa dia geleng-geleng kepala...kecoh jap le sebab tak paham kenapa kena beli yang mahal. Ambik jelah Paris Visite travel pass tu. 


The Paris Visite travel pass allows you to use all of the public transport networks: the metro, tramway, bus, RER and SNCF Transilien networks.
Valid for 1, 2, 3 or 5 consecutive days, the pass allows you to travel anywhere in Paris (zones 1 to 3) or in Paris and the Île-de-France region (all zones, including airport connections, Orlyval, Disneyland Paris and Château de Versailles).

Pastu bingung dah mana nak naik train ni.







 Aku nak naik RER C...ikut ler arah..sampai satu tempat tu dah tatau mana arah..tanya information counter apa nak naik untuk pergi Arc de Triomphe . Dia kata naik Metro Line 2. Ikut jelah arah tu plak. 






Mak aii jauh giler berjalan sampai ke Chapelle. Kami nak turun stesen Charles de Gaullie Etoile. Dah naik line lain ni pening sikit le sebab aku study line lain huhuhu. Patut naik Line 4 kami akan tukar train kat Les Halles utk ke stesen Charles de Gaullie Etoile ni . Ni jalan kaki punya jauh so dah lain laluan nya.

Kami sampai stesen Charles de Gaullie Etoile di mana yang terdekat dengan Arc de Triomphe. 





Ikut je perkataan Sortie tu maknanya Keluar dan menuju ke Arc de Triomphe . Nak ke jalan keluar pon jauh...sampai kat dua simpang kat bawah tu dah terpisah ngan dua orang tu ..jalan laju sangat aku dah le rabun ..tengok jalan kiri tu ada tangga tapi tak nampak plak dorang...so aku pilih jalan kanan macam terowong dah hujung ada tangga. Nampak orang yang turun tangga semua nampak basah. Huhuhuhu hujan ke??? Sebab kami kan belum tengok dunia luar kat Paris ni lagi tau sebab dari tadi kat underground je.

Hujan tak berapa lebat tapi tak nampak plak kakak2 aku. Aku tunggu je situ..tetiba Bakyah datang dari bawah ikut tangga tu. Rupanya mereka ikut jalan kiri. So kami turun bawah semula dan singgah ada kedai souvenirs situ beli payung Paris. So naik le tangga ikut belah kiri tu...bila keluar situ tak berapa clear nak ambik gambar sebab ada khemah. So kami jalan ke depan sikit...hek elehhh sekali nampak tangga dari bawah yang aku memula sampai tadi. buat penat je turun naik tangga jalan lalu terowong.  Pakai payung kejap hujan pon berenti...rintik-rintik je. Jalan raya kat situ sibuk dengan jem nya. Kami bergambar kat tengah-tengah jalan raya yang sibuk tu . 

Inilah  Arc de Triomphe ...monumen yang famous kat Paris. Didirikan bagi memperingati pejuang-pejuang yang memperjuangkan Perancis semasa Perang Napoleon.








Selesai bergambar kami turun semula dan disebabkan dah lewat kami kene cepat ke Eiffel Tower sebab dah janji dengan penjual Nasi Ayam Paris. 





  Patut kami nak turun di stesen Trocadero sebab nak ambik gambar view cantik dari jauh. Kami naik Line 6 Metro menuju Bir Hakiem. Masa nak masuk tren ,Bakyah masuk dulu aku di belakang. Aku perasan ada lelaki berbadan besar mcam lain macam je dia jalan dekat-dekat..aku terus jerit nama masa Bakyah berpusing lelaki tu terkejut...dia guna surat khabar untuk lindung tangan dia masa nak bukak backpack . Pastu lelaki tu konon buat-buat marah le kami cam suspek dia...pastu laju dia kuar pintu sebelah lagi...nampak sangat le memang masuk nak mencuri. Mujur dalam beg tu memang takda duit. Duit dah simpan tempat rahsia. 

Paris ni memang bandar yang tak selamat yer banyak pick pocket.   Kotor dan busuk. Memang ramai yang ada pengalaman buruk semasa bercuti di Paris. Kalau naik tren tu beg tu jaga kalau boleh peluk belah depan kuat-kuat. Jangan pakai backpack..kalau pakai alihkan ke depan . Pakai sling bag. Duit kalau boleh jangan letak setempat. Pakai tali pinggang yang boleh selit duit. Banyak je jual kat Lazada...shopee.  


Jadi kami naik tren dan stop di stesen Bir Hakeim . 
Dalam tren lagi dah nampak Eiffel Tower.





Kami berjalan menuju Eiffel Tower. 




Jalan bertanah lecak kerana lepas hujan . Kami ni terus je menonong masuk dalam . Ada pemeriksaan keselamatan sebelum masuk . Kena bukak beg. Si minah negro tu suruh letak beg atas meja kecik tapi tangan dia atas meja tu.Bila aku letak beg memang terhempap le tangan dia hahahha. menjerit dia. Dah masuk dalam terus pi bawah kaki Eiffel Tower .





 Pastu tak tau kat mana nak jumpa penjual nasi ayam tu. Dah le sejuk giler cuaca. Nak bukak Whatsapp takde line. Buntu kejap. Aku cek kut le ada free wifi.  Mujur ada free wifi . Dapat le contact . Laki dia yang hantar dan ada tunggu kat luar. So kami pon jalan keluar. 








Tak dapat nak jumpa tokey nasi ayam Paris , Nur atau anak2 dia ke Anna Syifa atau Jade. Jumpa laki dia jelah hehehehe.



Dah dapat nasi Ayam kami pon jalan menuju padang tapi stop kejap bergambar. 




Bila jumpa kerusi panjang kami stop dulu untuk makan. Memang sedap nasi ayam ni tapi biasa lah aku kalau sejuk dan penat memang tekak susah nak telan makanan. 




Kami pergi kehujung padang untuk view yang cantik. Akan ada jer awang-awang hitam datang menjual keychain. Sepanjang kita disitu pon akan ada perempuan-perempuan yang sibuk suruh sign buku/kertas...jangan layan. Mereka akan tanya samada kita boleh cakap English . aku jawab dalam bm je tak reti gitu. Satu lagi yang hulur gelang dan ikat kat lengan kita, Dorang ni semua scam. Nanti dia mintak duit. 




Tapi boleh je kalau nak beli keychain dan replika Eiffel Tower dengan awang hitam tu. Sebab murah.








Dah puas posing situ mujur tak ramai orang. Siap pak wang hitam tu ambik kan gambar.
Tukar boot plak hahahaha bawak 2 boots...ankle boot dan knee boot. Nak bergaya punya pasal.

Tapi kasut beg semua kotor kene lecak.







Banyak je kedai-kedai souvenirs kat area ni.




Kami pon jalan mencari stesen tren .
Memang berpusing tak jumpa. Tanya-tanya jugak orang di situ. Yang last aku tanya dia kata tak tau...tetiba dia kejar kami semula tunjukkan stesen Champs De Mars Tour Eiffel yang tak jauh je dari situ . 






Tren 2 tingkat.

 Tiket 1 day pass tu kecik sangat kene jaga elok2 simpan  dan ada masa dia macam takleh guna rosak. Bakyah punya banyak kali tak boleh guna. 

Kami naik RER C menjuju ke Lourve Pyramid  jadi stop di stesen Gare Musee d'Orsay. Sampai situ memang lost betul tatau mana nak tuju . menyesal tak beli Sim card. Dari stesen tu 1km jugak nak ke Lourve Pyramid. 


Kami jalan dan menyeberang lalu jambatan. Jambatan ni menyeberang River Seine dianatar Quai des Tuileeries dan Quai Voltaire. Dekat jambatan tu ada banyak padlock .Love locks.






Kami sampai di satu taman ni, Jardin des Tuileries . Bergambar dulu...rasa sini ramai bergambar diantara pokok-pokok.






Kami belok ke kiri. sampai dekat kolam ni..sini ramai tourists. Susah nak cari orang  untuk bertanya. 


Sampai kat sini Bassin octogonal.
Jalan ke depan nampak Place de la Concorde. Situ ada benda tinggi iaitu Luxor Obelisk. 3300 tahun Egyptian obelisk.




Tapi masih tatau mana letaknya Lourve pyramid. Tanya pekerja kat gerai situ tunjuk arah ke kanan.

Kami jalan dan nampak carousel ...terus berjalan lagi sampai deretan bangunan. Nampak deretan kedai-kedai souvenirs. Menyesal tak singgah situ. 




Sampai jugak akhirnya di Lourve Pyramid. Banyak kami buang masa dok mencari ni sampai lari dari jadual. 






Memang ramai orang . Kami bergambar kat situ dalam keadaan angin kuat dan sejuk. 





Dah makin gelap. Kami tak jadi nak pergi ke Sacre Coeur untuk beli souvenirs di sana jadi kami cari stesen untuk pergi ke Champ de elysees. Kami jumpa stesen Palais Royal musée du louvre






Kami stop di stesen Champs elysees clemenceau.

 Bila keluar dari stesen tu tak tau dah mana satu arah .






 kami salah pilih arah tapi jumpa building besar cantik.
Ini Grand Palais.



Depan seberang jalan tu Petit Palais. Ramai kat Grand Palas tu ada Photography Fair (Paris Photo)





Ini Petit Palais.

 Hari dah semakin gelap.




Dari jauh dah nampak Eiffel Tower yang dihiasi lampu . Cantiknya.

 Tanya orang arah ke Starbucks mujur budak ni pandai english. Salah jalan dah jauh pon huhuhu . Jauh gak berjalan huhuh penat tak terkata.









 Kami menyusuri Champs de Elysees dan akhirnya jumpa Starbucks...

huwaaaaaaaa tumbler Paris takde...time nak krismas ni dorang mmg keluarkan tumbler khas utk keismas.  Beli le cawan kecik kenangan ..huhuhu sapalah nanti nak tolong belikan.

Kami berjalan sampai ke stesen dekat Arc de Triomphe. Masa tu dah jam  dah dekat nak kul 6 ptg.
Gelap gulita dah.



Macam tak sempat nak pergi Eiffel Tower semula untuk tengok lampu waktu malam dan beli souvenirs di kedai dekat situ . Jadi kat stesen tu ada kedai souvenirs yang kami beli payung pagi tadi tu . Borong ajerlah kat situ...Badan dah penat dan memang takut lambat plak sampai Gare du nord nanti. 





Dah selesai soping situ kami pon cari line apa yang perlu kami naik untuk ke Gare du nord. Aduhhhh penat berpusing-pusing dalam tu ...takde staff cuma ada interkom saja. Jadi tanya le pakai interkom . Kena naik Line 4 rasanya...Kami memang penat betul dah. Masa tunggu tren datang aku betulkan tudung . Masa berdiri dalam tren tetiba teringat mana spek rabun aku . Raba-raba muka cari dalam beg tak jumpa.  Huhuhu spek aku tercicir huwaaaaaaa...mahal spek aku tu beribu buat . Dah le frame Paris Hilton rupanya dia nak balik Paris ..grrrr....

Kami sampai Gare du nord dan berpusing jugak cari mana tempat untuk tunggu Eurostar. Dah le tangga tinggi mujur ada yang bantu. 

Memang penat betul mujur kami tak jadi pergi semula Eiffel Tower sebab lagi ler stress kalau lambat dan asyik sesat.

Tren kami akan bertolak jam 9.13 mlm. Sama jelah ada pemeriksaan imigresen.
Mujur seat sebelah aku kosong ..tidur jelah tapi terasa lamanya masa nak sampai ke London.

Sampai je di St. Pancras International kami pon ke underground dan naik tube balik ke rumah,

Okay ni apa yang aku beli kat Paris,


Ini jelah beli kat Starbucks patutnya nak beli ini



Aritu time summer berlambak jual .








Kedai tu tak banyak barang..so ini jelah dapat beli.

You Might Also Like

1 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook