Trip Ke London 2018 - Day 4 (Colchester - bandar tertua di Britain)

November 29, 2018






6 November 2018



Hari ni memang kami nak keluar dari London. Melawat anak sedara yang belajar di University Of Essex. Kebetulan kakak no 2 ada kat situ dah sebulan menemani yang sulung mendaftar untuk program Masters dia. Yang adik dah duduk situ 2 tahun dah. Seronok betul kami nak  berkumpul 4 beradik di UK.
Kata orang bandar-bandar luar London memang cantik sangat.

Pagi-pagi dah bangun bersiap makan pagi dulu. Kami nak ke Colchester menaiki train. Dah beli tiket online semasa di Malaysia lagi sebab kalau lambat beli tiket jadi makin mahal.

Train yang kami dah tempah tiket  Greater Anglia bertolak jam 7.55 pagi . Jam 6 pagi kami dah bersiap keluar rumah dan naik tube ke London Liverpool Street Station. Situ nanti kami naik train ke Colchester.






Kami naik tube dari Queensway Station naik Central Line(Hainault) selama 17 minit dan sampai di Liverpool Street.





Memang sibuk station tu pagi-pagi orang ramai nak pergi kerja. Tanya staff di information counter dia suruh tunggu berdekatan platform 10. Tunggu jelah kat papan info nanti ada keluar kene pergi platform mana.




Bila dah keluar kat papan info tu kami perlu pergi platform 9 scan je barcode dan cari coach C.




 Kami dapat seat yang ada meja mengadap berempat. Seat no 67,68 dan 71. Ada wifi dan boleh charge phone.








Perjalanan dalam masa sejam. Jam 8.45 pagi kami akan sampai ke Colchester dan perlu tukar train dalam masa 11 minit naik train lain ke Colchester Town. 





Dalam 9.03 pagi kira-kira 7 mint perjalanan kami pon sampai ke Colchester Town.






Angah dan Hakim dah tunggu disana...Hadi ada kelas pagi tu.



 Sejuk jugak lah disini.



 Sampai je terus kami dibawa melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik di sekitar Colchester Town. 





Colchester ini adalah bandar tertua yang direkodkan di Britain..Berderet le dengan beg troli kami menyusuri bandar Colchester heheheh ...semua dekat-dekat saja hanya jalan kaki.

Memula kami ke St Botolph's Priory. 




The first English Augustinian priory church, founded at the end of the eleventh century from the Anglo-Saxon minster community of Colchester. Only the ruined remains of the nave survive today, under the care of English Heritage.



Memang cantik tinggalan sejarah ni. English Augustinian church yang pertama diasas pada penghujung abad ke 11.




Ada juga kubur lama kat situ. Masa kurun 18 dan 19 ia dijadikan kawasan perkuburan. Sejak 1648  selepas serangan General Fairfax , gereja ini musnah dalam kebakaran dan tidak pernah di repair semula.










Kemudian kami ke First Site . Ia adalah Art gallery. Bangunan moden dengan bentuk unik.







Kami menuju pula ke Colchester's Castle Park.



 Ini adalah War memorial bagi memperingati tentera yang terkorban semasa perang tahun 1914-1918.


Castle kat sini telah dijadikan muzium. Ada yang free ada yang berbayar. Keluasan park ini adalah 11 hektar. 





Ini adalah Hollytrees Museum. Dibina pada tahun 1718 dan dijadikan muzium pada tahun 1929. Masuk free dan kita boleh melihat dan merasai pengalaman menghuni rumah lama ini. Dulu mereka ada 9 orang gaji. Katanya dalam rumah ni ada banyak patung-patung macam Annabelle tu..takut jadi tak masuk hahahahha. Sangat cantik rumah ini kerana ada daun menjalar di dinding dan sangat cantik apabila bertukar warna ketika musim luruh.





Colchester Castle Museum.
 Colchester's keep (152 by 112 feet (46 m × 34 m)) is the largest ever built in Britain and the largest surviving example in Europe.[2][



Masih utuh lagi bangunannya. Istana ini pernah juga dijadikan penjara. 

Semasa abad ke 16 dan  17 kira-kira 200 lelaki dan perempuan di tahan dalam penjara ini kononnya kerana mengamalkan sihir.

Ada yang mati semasa menunggu perbicaraan.


Sekarang dijadikan muzium dan untuk masuk perlu bayar. Masa kami disini ramai plak rombongan kanak-kanak sekolah datang agaknya kelab photography. 



Kat sebelah castle ni ada taman yang cantik dengan pokok-pokok yang telah bertukar warna kekuningan. Apa lagi posing ler kat situ. 













.Kat sini ada batu peringatan bagi yang terkorban semasa perang di Malaya dan Borneo pada tahun 1948- 1960





Kemudian kami jalan lagi menuruni tangga dan jumpa rumah yang cantik ni.



Jalan sikit ke depan ada satu pond yang sangat cantik masa autumn  ni...sangat tenang dan cantik sangat tak terkata. Kami berhenti berehat dan berkelah kat sini. Ada angah bawak bekal sandwich dan anggur. Itik-itik tu sibuk je datang nak join makan.







Kami berjalan lagi kedepan dan nampak Bandstand. Kat sini kalau musim panas adalah band buat show. Nak berkelah kat situ pon boleh.



Kami jalan semula ke Hollytrees Museum dan berhenti untuk ke tandas di situ dan singgah kedai souvenirs. Kemudian bergambar dekat sikit dengan rumah Hollytrees tu.


Keluar dari park ini kami menuju ke Dutch Quarters...




.lalu kat deretan kedai-kedai ni nampak menarik bandar ni. jalan kecik tapi happening jer.

Lalu lorong ni ..jumpalah bangunan2 menarik..yang ni nampak cam scary je. Church agaknya.




Inilah Dutch Quarters tu.


Kalau jalan lagi menyusuri High Street Colchester...jumpalah statue Walking Woman ni...satu lagi kat atas tu lelaki dengan secawan kopi agaknya.


Ini kami menuju ke Balkerne Gate
Balkerne Gate is a 1st-century Roman gateway in Colchester. It is the largest surviving gateway in Roman Britain and was built where the Roman road from Londinium intersected the town wall.[1] It is a Grade I listed building.[2]





Tinggalan sejarah zaman Roman dulu. 

ini Balkerne Bridge bawah tu jalan raya yang sibuk

Kami berjalan lagi menuju ke mall pulak. 
Memang happening area sini...ada marks and spencer, primark... poundland... butik2 fashion.





Masuk Primark kejap nak cari long coat yang aku berkenan tu..mujur ada saiz.

Lepas soping cepat-cepat balik naik bas. Kami beli tiket One Day Pass 4 pound. Boleh pakai banyak kali sehari.





Cantik-cantik rumah kat sini.





Dah sampai apartment 2 beradik nih. Dekat tingkat 2. Rumah ada 2 bilik , 2 bilik air, living hall...dapur. Semua lengkap ler. View pon okay sebab kat corner..sambil makan tu boleh tengok kereta lalu lalang bila boring2 tu.








Kami rehat kejap dan lunch. Sebelum gelap dalam jam 4 ptg nanti kami kene cepat-cepat pergi melawat universiti.



Tunggu bas tak sampai-sampai jadi kami jalan kaki lalu jejantas. 


Seberang landasan keretapi tu dah kawasan U. Apartment pelajar.

Kami melawat school Hakim dulu...Essex Business School






Ini dalam school.



 Kemudian jalan-jalan sekeliling universiti .







Kmi stop kejap beli cenderahati di koperasi Universiti tu. 




Hari dah gelap walau baru jam 5 petang. Melawat jugak ke dalam library. Meriah lagi le kat U masa ni sebab kelas sampai jam 6 petang.  



Bas ni cafe sebenarnya.



Nak balik tu kami tunggu bas..punyalah lama dah ler sejuk. Palang besi kat bus stop tu pon macam ais.


Kami rehat-rehat sambik tunggu tuan umah masak dinner. Nak jalan ke kedai depan tu B&Q pon tak larat. Warehouse utk diy hiasan umah, lampu, gardening.


Rehat baring-baring. Sambil belek-belek barang yang dibeli.
Sedap betul dan murah berbanding jual di Maarks & Spencer di Malaysia.


Malam ni dinner ayam masak lomak cili api. Ada sambal belacan sekali. Bertambah-tambah makan.

Train kami malam ni jam 8.44 mlm. Kalau tak pergi Paris esok nya mau je tidur situ. Sebab penat betul. Sebelum kul 8 mlm kami dah bertolak naik bas ke stesen train. 



Sejuk betul malam ni. Dah le bilik menunggu tutup jadi duduk luar tu sejuk.

 Bye...nanti kami datang lagi..kakak aku pon dah nak balik Malaysia hari Khamis.
Kami naik train 8.44 mlm di Colchester Town dan tukar train di Colchester. kami sampai di London Liverpool Street jam 10 mlm. Naik central line (Ealing Broadway) dan berhenti di Queensway. Sampai umah pon dah jam 11 lebih. Esok kami nak ke Paris naik Eurostar jam 5.40 pagi so nak kena ada sejam sebelum bertolak. Jadi malam tu kami tak tidur pon huhuhu takut tak terjaga plak nanti.



You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook