Minyak Zaitun Al' Ard bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit

December 30, 2018

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.,  Rasullulah SAW pernah bersabda

"Minum minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana             sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati"               

                                    (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah)


Betul ke minyak zaitun elok untuk kesihatan dan kecantikan kulit? Selalu kita tengok minyak zaitun digunakan untuk masakan. jadi boleh ke minyak zaitun ini kita minum dan sapu pada kulit? 

Minyak zaitun memang  mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia akan bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil pula sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Ada banyak khasiat minyak zaitun antaranya seperti:

  • Mengurangkan kolesterol di dalam badan.
  • Membantu mencegah dari serangan angin ahmar.
  • Mencegah penyakit jantung dan mengekalkan jantung sentiasa muda.
  • Membantu pencernaan dan merawat ulser perut (gastrik).
  • Mencegah osteoporosis.
  • Mengurangkan risiko diabetis tahap dua.
  • Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
  • Melindungi dari kanser payudara.
  • Membunuh sel kanser.
  • Membantu mencegah dari kanser kulit
Itu sikit je yang aku senaraikan , ada banyak lagi khasiat minyak zaitun ni.
Bulan lepas aku memang kena diarrhea yang teruk. Perut aku banyak gas dan angin. Aku google kat internet macamana nak atasi masalah aku ni. Ada aku terbaca minyak zaitun elok untuk usus. Aku cari-cari terjumpa Minyak Zaitun keluaran Al'Ard . Aku try amalkan minum minyak zaitun dan Alhamdulillah angin dan gas dalam perut aku ni berkurangan. Kawan aku yang mengalami masalah jangkitan virus pada usus pun memang mengamalkan minum minyak zaitun dan sakit dia juga berkurangan.

Palestinian Premium  Organic Extra Virgin Olive Oil  (PPOEVOO)


Ini lah minyak zaitun yang aku maksudkan tu. Minyak zaitun ni dari Palestine diusahakan oleh Syarikat Al’ard Palestinian Agri-Products yang berpusat di Nablus, Tebing Barat Palestine. Syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis produk berasaskan Minyak Zaitun Palestine dan beberapa produk sampingan yang lain. 


Kat Malaysia ni Syarikat Al Masoud Trading telah dilantik sebagai Pengedar & Wakil Tunggal Jenama Al’ard di Malaysia. 

Jum aku ceritakan sedikit tentang Minyak Zaitun Palestinian Premium  Organic Extra Virgin Olive Oil

  • Minyak zaitun terbaik 'Awal Musim' dari pokok zaitun  tua mencecah hingga 500 tahun . Dari pilihan buah zaitun terbaik & diproses pada hari yang sama dipetik.
  • Kandungan acidity rendah <0.5% 
  • Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri. 
  • Diiktiraf organik & Fairtrade,
  • Extra Virgin (Perahan Pertama) & Cold Pressed. - Hasil dari ladang di Nablus, Tebing Barat Palestine. - Pokok tua sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestine. 
  • Diproses mengikut standard & piawaian International Olive Oil Council. 
  • Saiz: botol 250ml & 500ml
Kat pasaran sekarang memang berlambak dijual minyak zaitun. jadi bagaimana kita nak memilih minyak zaitun yang berkualiti. Caranya;

  1. Minyak zaitun berkualiti haruslah dibotol dalam botol kaca gelap supaya tidak terdedah kepada cahaya UV.
  2. Diproses secara perahan sejuk(cold pressed)mengikut standard piawaian International Olive Oil Council.
  3. Pembotolan Nitrogen Injection digunakan bagi mengekalkan kandungan khasiat serta mengelakkan minyak zaitun dari teroksida. .
  4. Pokok zaitun yang lebih tua akan menghasilkan minyak yang lebih berkualiti dan lebih berkhasiat.
  5. Pokok yang ditanam dikawasan gunung dan tanah tinggi lebih terdedah kepada cahaya dan kurang kandungan air yrang menghasilkan buah yang lebih berkualiti.
Cara pengambilan minyak zaitun:

Boleh diambil secara terus
Minum 1 sudu besar sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur. Jarakkan pengambilan air 3 minit selepas minum minyak zaitun.

Boleh dicampur dalam makanan
Campurkan beberapa sudu  dalam masakan yang telah siap dimtau dicicah dengan roti dan Za'atar.

Boleh digunakan untuk sapuan pada anggota badan dan rambut.
Bagi melembab dan merawat masalah kulit serta keradangan sendi dan kesan parut.

Bukan hanya minyak zaitun, Al'Ard juga ada produk lain seperti Sabun Minyak Zaitun 100% dan Za'tar Blend. 




Sabun Minyak Zaitun 100%






  • Dihasil menggunakan kaedah buatan tangan oleh petaniwanita Palestine di Nablus.
  • Menggunakan bahan asli tanpa campuran dari bahan kimia yang merbahaya.
  • Sesuai digunakan pada muka dan badan.

Premium Palestinian Za'atar Blend



  • Campuran herba seperti Thyme,Sesame seed, minyak dan garam.
  • Mengandungi Vitamin A, B6 dan C serta Riboflavin
  • Mengandungi mineral seperti Iron, Manganese, Kalsium dan Magnesium.
  • Kelebihan herba Tyhme dalam kesihatan; Menguatkan daya fikiran , anti -kulat,dan antioksidan, melancarkan peredaran darah, kesihatan jantung dan penglihatan, meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan tekanan dan membantu sistem pernafasan.

Bagaimana nak dapatkan produk keluaran Al'Ard ?
Anda boleh dapatkan di alamat seperti di bawah

Al Masoud Trading
Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40150 Shah Alam, Selangor
03-5524 5570
Dibuka Isnin – Ahad
11:00 pagi – 7:00 malam
Website : https://www.alard.my/




  



You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook