Kad kredit: Kad aku dicuri pakai
January 08, 20197 Jan 2019
Nak kongsi sikit kisah semalam bila kad kredit aku dicuri pakai oleh sesorang di luar negara. Bukan sedikit tapi Rm 3000. Huhuhu.
Pagi-pagi memang tak ler aku rajin chek sms...check whatsapp jer rajin. Sampai opis lepak lagi tu dalam kereta dengar celoteh budak Aishah London kat radio Era. Sampai je depan pintu bilik phone berbunyi kuar nama Mastercard ..memang dari bank le tu..nak promo agaknya...malas nak angkat. Kali kedua pon aku biarkan aje. Tak putus asa nampaknya.. dapat call kali ketiga. Terdetik hati macam pelik je nih sebab jarak panggilan tu dekat. Kalau bank call untuk promo insurans ke ..tambah kredit limit ke memang tak de lah call banyak kali dalam jarak masa singkat.
Aku angkat akhirnya. Perempuan india perkenalkan diri dari Ambank Mastercard.
Bank: Puan ada pakai kad kredit tak pagi ni untuk tempahan hotel ?
Aku: Takde.
Bank: Malam tadi?
Aku: Takde jugak
Bank: Kad kredit puan ada transaksi di US.
Aku: Saya tak pernah ke US..last pakai kad kredit Ambank di London untuk bayar hotel.
Bank: Betul puan ..memang puan ada guna di London . Saya block kad puan nanti beberapa hari lagi puan pergi mana-mana branch untuk isi form.
Aku: Hari ni tak boleh ker?
Bank: Belum boleh puan sebab belum masuk dalam bill puan. Tapi amaun tu dah terlepas dicaj ye puan. Saya block dulu. Nanti puan isi form nyatakan transaksi itu bukan puan yang lakukan.
Lepas letak phone memang mengigil gak rasa . Cepat-cepat aku cek sms. Sebab kalau ada sebarang transaksi memang bank akan hantar sms beritahu sekian amaun yng kita dah guna dan jika bukan kita yang lakukan kita patut call bank untuk maklumkan. Kalau memang kita gunakan jadi memang kita abaikan sahaja sms itu.
Tengok sms ada 2 transaksi jam 2 pagi dan 3 pagi. Tengah tidur mana nak tengok sms. So selamat le penjenayah tu guna kad kredit aku.
Transaksi pertama Rm 2, 535 dicaj di Amas Zonas..aku gugel le rupanya Amas Zonas Airlines...oooo dia book tiket flight . Airlines tu kat negara US, Argentina , Peru, Paraguay, Chile dan negara berdekatan situ.
Transaksi kedua pulak USD 117 kira-kira Rm 485 dicaj di Roomer Travel Inc. Dia book hotel plak.
Penjenayah tu mesti orang Argentina or Peru...sebab hackers ramai dari situ...eiiiii sakit hati. Bahaya jugak ler kita guna kad kredit untuk booking online hotel bila maklumat kita dicuri.
Bila tengok amaun tu memang lemah mengigil rasa badan. So aku decide buat laporan polis jugak untuk keselamatan dan makluman pada bank . Walaupun bank dah cakap kalau betul lepas disiasat bukan kita yang buat transaksi itu amaun tu tak akan dikenakan pada kita.
So aku screenshot sms yang aku dapat dari bank. Tengah dok print tu ada plak call masuk dari mabank tapi nak tanya nak tambah kredit limit ker...hohohoh aku bagitau ler kad saya ni baru je kene block sebab kes tadi ...pegawai tu kata ooo yelah dah ada tanda X ni maknanya dah kene blocked.
Jadi aku balik rumah dan pergi balai polis dekat bangi. Sistem down pulak seluruh balai. Dah tak dapat nak masukkan report dalam sistem. Jadi polis tu mintak aku taip dulu...merangkak- rangkak menaip hahahha nak susun ayat pon tak reti . polis tu bila tengok aku merangkak je taip dia ambik alih. Hahahaaha.
Lama jugak tunggu sistem okay semula sampai 2 kali asben aku ulang alik ke sekolah hantar Hafiy ..patah balik ke balai bila dah 1.15 masih tak okay sistem dia ke sekolah semula ambik Hisham .
Bila kita buat report kat mana-mana balai dia nak tahu kat mana kita terima panggilan dari bank tu . Masa tu kat opis jadi report dihantar ke putrajaya...kalau aku terima masa di rumah so report mereka hantar ke Kajang. Kalau report tak lengkap dan perlu lagi details polis dari putrajaya akan call.
Lepas keluar balai aku terus balik opis belum sampai opis tengah driving lagi polis dah call . So nanti dia call semula sampai opis nanti. Dia nak kan info kat mana aku buat kad kredit tu cawangan mana.. aduhhh memang tak ingat ler maybe buat kat shopping mall . Shopping mall mana pon aku tak ingat. Nak tipu takut plak hahahaha. So call bank kata dia tanya . Bank pon tak dapat nak bagi info tu. Ini kad kredit bukan bukak akaun bank . Kalau akaun bank memang le kita ingat bukak kat cawangan mana. Masa tu aku tak terpikir nak jawab begini. Bank pon hanya bagi tahu semua kad kredit dikeluarkan oleh Card centre di branch Jln Yap Kwan Seng. Bagi itu jelah... Dah le time aku tgh online dgn bank..polis ni tak abis2 call... kang aku jawab terputus plak dgn bank tu satu hal nak ulang call dengan tekan itu ini bagai.
Lepas dah selesai dengan putrajaya....tetiba dapat call plak dari Dang Wangi . Tanya soalan yang sama. Buat kat cawangan mana. Pastu tanya samaada aku nak mereka siasat jenayah tu atau hanya buat report untuk makluman bank sebab dah melibatkan luar negara kan. So aku kata hanya untuk makluman bank yang aku tak buat transaksi itu.
Jadi sekarang tunggu macamana bank buat untuk aku tidak perlu bayar transaksi yang aku tak buat tu. Nanti dah pergi bank aku update sini semula.
Update: 10 Jan 2019
Aku pergi cawangan Ambank kat bangi . Berjumpa dengan Customer Service Officer dan bila dia cek di sistem hanya transaksi 6 Jan yang tealh masuk bil pada 9 Jan dan transaksi yang berlaku pada 7 Jan belum lagi dan terkejut nya aku bila memang aku takde buat transaksi pada 6 jan tu. Ada 2 transaksi bertarikh 6 Jan yang di caj di Roomer Travel jugak berjumlah Rm 497.08 dan satu lagi tak pasti nama merchant tapi Hotel Booking berjumlah Rm 2187.93.
Tapi yang herannya memang aku tak dapat sms untuk kedua-dua transaksi ini.
Aku tak perasan rupanya ada lagi 1 transaksi pada 7 jan yang aku tak perasan Grrrrrrrrrr..byk giler book hotel USD 517.
Total yang digunak an oleh penjenayah adalah Rm 7871. OMG banyaknya dia guna...joli katak kau yer...bukan kad aku aje kau guna maybe ramai lagi terkena...sedap2 kau book hotel sana sini. Mohon meninggal le penjenayah ni .
3 comments
ya allah bahayanya.. bertabah ye
ReplyDeletePuan kena byr tak amount tu? Sy baru kena minggu ni 😭
ReplyDeleteTak kene..sbb dah isi botang laporan..dan memang nampak x logik disitu..bank pon tau tu scammer
Delete