Trip ke London 2018 - Day 6 (Cafe Diana, Portobello Market, Notinghill Gate, Camden Market, Piccadilly Circus, Trafalgar Square, Harrods)

January 22, 2019

8 November 2018



Hari ni sebab kepenatan kami semua lambat bangun .
Bersiap-siap dan makan pagi kemudian posing-posing luar balkoni rumah dulu. Cuaca pon elok pagi ni matahari terik tapi sejuk tetap sejuk.




Posing plak luar pintu rumah



Hari ni santai-santai sikit jalan . Dah 11 pagi baru kami keluar rumah. Kami nak ke Portobello Market. 
Jaln kaki je..selalu kami keluar awal pagi ada kedai masih tutup. Hari ni baru perasan beberapa kedai bahan makanan halal.



Singgah Cafe Diana jap . Memang masuk dalam itinerary ni . Hahahha.







Kat tangga ke Underground pon posing.




Sepanjang jalan ni banyak gak kedai-kedai souvenir tapi dekat Bayswater tu lagi murah. Tapi kalau jumpa yang murah dan cantik kami singgah beli.



Rumah-rumah dekat Nottinghill ni cantik-cantik dan ada yang warna-warni.








Kami singgah satu kedai baju ni sambil belek-belek ingat nak bergambar....

Ni dalam kedai. Cantik-cantik baju tapi mahal.




tengah aku dok belek phone sekali datang sorang lelaki ni dari arah jalan  terus rampas phone aku sorok belakang dia sambil senyum....aduh cam nak luruh jantung. Pastu dia bagi balik..dia kata dia owner kedai tu dengan kedai sebelah...




dia tanya kenapa aku menjerit kuat....gilaaaa...aku kata dah semua memories aku kat London ada dalam tu. Hampeh sungguh gurau camtu..ingat orang suka agaknya.


Kami berjalan menyusuri Portobello Road tu ada banyak kedai-kedai...market cuma hari minggu agaknya...so takde gerai-gerai tengah jalan tu.












Ada macam-macam kedai baju...kedai antik..

Aku beli sehelai cardigan Leopard katanya tokey dia orang malaysia..cina .






Ni kedai bajunya



Kami patah balik untuk naik tube di Nottingill Gate. 









Kami nak pergi ke Camden market. Kami naik tube Central Line (Loughton) dan stop di Tottenham Court Road 



dan tukar naik Northern Line (Edgware) dan stop di stesen Camden Town.








Camden Town ni popular dengan marketnya. Ada Camden Market, Camden Lock Market dan beberapa lagi. Lebih kurang macam Petaling Street ler. Sebab banyak jual beg-beg berjenama fake.








 Banyak kedai-kedai souvenirs disini dan barang-barang yang dijual lebih menarik dari kedai-kedai di Bayswater. Harga pon murah. Apalagi kami adik beradik yang memang penggemar mengumpul souvenirs ni tak lepas kan peluang membeli. Sekejapan bakul soping  dah penuh hahahha.








Ini kedai yang kami menggila beli barang.













Kami tak masuk sangat ke dalam market-market tu sebab barang-barang biasa jer. 





Cuaca pon sejuk dan perut lapar balik jadi singgah beli Dutch pancakes. Sedapnya. Kalau jual kat Malaysia ni bagus gak. Ala macam jual kaya ball tu.








Kami menaiki semua tube untuk ke destinasi seterusnya Piccadilly Circus. Kami naik Northern line(Kennington via Charing Cross) dan turun di Leicester Square Station,




Muka happy dapat soping souvenirs pon happy hahahahha.

 Turun di stesen ni nak pergi ke Piccadilly Circus.


Keluar stesen ada je peta-peta tunjuk arah..tu pon sesat hahaha

Kami berjalan menuju Piccadilly Circus. Meriah kat area situ sebaik keluar dari stesen. Jumpa M&M World tapi tak masuk . 



Di belakang tu China Town .




Kat area tu pon banyak kedai-kedai souvenirs besar-besar.



Ini lah Piccadilly Circus..bukan tempat circus ada show binatang tu hehehe. Ia road junction yang memang popular tempat tumpuan ramai.










Kemudian kami berjalan pula menuju Trafalgar Square. Jalan sampai sesat.




Cantik building kat sini



Nampak pintu je mesti nak ambik gambar






Sama gak lah phone booth nih,



Dulu-dulu kalau tengok orang pergi London atau drama/filem buat penggambaran kat London mesti ada tunjuk Trafalgar Square. Bagi makan burung merpati. Sekarang dah tak ada burung merpati tu . Sejak 2003, Datuk Bandar dah arahkan letak burung helang untuk takutkan burung merpati. Sekarang kat sini tempat buat macam-macam event.


Kami nak balik ke apartment nak makan area situ ..hari pon dah mkin gelap walau baru jam 4 ptg. Semasa berjalan ke stesen ternampak pejabat Tourism Malaysia. Berhenti bergambar jap.







Kami pergi ke stesen Charing Cross tak jauh dari Trafalgar Square. 2 minit je jalan kaki. Kami naik Bakerloo Line( Queen's park) dan tukar tren di Oxford Circus Station. Naik Central Line(Northolt) dan turun di Queensway Station.





Kami singgah makan restoran halal kat area Bayswater tu. Makan Fish n Chips.





Portion besar...kongsi berdua fich and chios tu..tapi ada sorang tu dia takmo kongsi ..lapar..sekali tak habis hahahahhaha.


Memang dah gelap gelita dah time ni. Kami hantar barang-barang yang dibeli tadi ke rumah dan kemudian keluar balik nak pi tinjau Harrods.

Kami naik di stesyen Bayswater pilih District Line (Wimbledon) dan stop utk tukar tren di Earl's Court dan naik Piccadilly Line(Cockfosters) dan turun di Knightsbridge. 




Tinggi melangit escalator.




Memula kami pilih jalan keluar yang salah dah naik turun tangga...escalator jumpa notis ni dekat nak sampai pintu keluar. Patah balik. Pintu keluar ni memang betul2 terus dekat pintu Harrods. 













Ramai orang kat luar .Kami masuk dan terus cari seksyen Gifts. Situ je yang mampu beli. Tingkat 3 yer.



 Dah sampai ikut je arah kat lantai tu . 



 Dah sampai menggila tengok barang best-best. 














Beg-beg Harrods cantik-cantik tapi harga pon cun huhuhu. Belek-belek barang kat situ memang meriah le sebab nak krismas dah jadi macam-macam barang yang boleh dijadikan hadiah krismas. 










Tak lepas kan peluang bergambar dengan patung-patung femes kat dalam Harrods ni. Teddy bear giant dia.






Ini beg signature Harrods...tapi aku tak beli ...aku beli beg merah ni. 






Muka happy lepas shopping





Dah selesai beli beg kami keluar ...






jalan masuk ke stesen yang dekat dengan Harrods tadi tu dah ditutup untuk laluan . Kena pergi jauh sikit berjalan untuk laluan ke underground .



 Balik tu kami singgah beli souvenirs di kedai-kedai kat area Bayswater. 

Malam tu aku kemas-kemas beg baju so esok malam tak kelam kabut sangat



You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook