Trip ke London 2018 - Day 7 (Stonehenge dan Bath)
February 12, 2019
9 November 2018
Hari ni kami dah ambik tour sehari ke Stonehenge dan Bath. Aku dah siap-siap beli online sebelum pergi dengan GetYourGuide. Tour ni harga 48 pound
Jadi pagi-pagi dah bangun siapkan sarapan dan bekal nasi goreng.
Kami perlu berada di meet point seawal 8 pagi di luar stesen Gloucester Road . Perlu berada di situ awal 10 minit. 6.30 pagi kami dah keluar rumah.
Cuaca sejuk kami naik tube di stesen Bayswater iaitu Circle Line(Victoria) dan stop di Gloucester Road . keluar stesen tu rasa sakit perut plak . Seberang jalan ada Tesco Express . Kami singgah saja-saja tengok .
Coklat murah-murah
Kami pergi ke tempat berkumpul dah nampak ada beberapa orang.
Kemudian datang tour guide perempuan .
Dia ambik nama dan lihat tiket yang dah kita beli online. Dia kata sesapa nak pi tandas sila pergi dulu kat dalam Starbucks pon ada.
Dah selesai semua dah berkumpul semula kami berjalan sedikit ke depan untuk sampai ke bas kecik kami.
Driver bas pon perempuan nama Diana. Kami semuanya 14 orang. Masa lalu area West Kensington, tour guide kata itu area orang-orang kaya dan Lady Diana ada 5 apartment di situ.
Perjalanan ke Stonehenge makan masa 1 jam 30 minit . Cuaca sejuk dan nampak macam nak hujan.
Kami sampai di Stonehenge dan turun kat bangunan kayu ni ada tandas situ. Pastu jalan kaki ke depan sikit dan naik bas.
Bas ni ulang-alaik ambik orang.
Sejuk yang amat sangat. Kagum tengok batu- batu ni..cantik tau sini. Tak boleh dekat dengan baru ada tali rentang sebab dulu-dulu ada yang korek bawak balik batu tu.
Stonehenge ini terletak 13 km barat laut Salisbury, Wiltshire. Merupakan sebuah tempat bersejarah namun penuh dengan misteri. Yelah misteri ler camana monument yang terdiri dari batu-batu besar ni boleh berdiri bisa berdiri dengan sendirinya dan membentuk lingkaran. Ada yang kata aliens susun baru tu hehehe.
Nama Stonehenge berasal dari perkataan stone yang ertinya batu dan henge ertinya lingkaran. Boleh google kalau nak tau lebih lanjut. Tapi memang menarik .Ia juga merupakan UNESCO World Heritage Site.
Nama Stonehenge berasal dari perkataan stone yang ertinya batu dan henge ertinya lingkaran. Boleh google kalau nak tau lebih lanjut. Tapi memang menarik .Ia juga merupakan UNESCO World Heritage Site.
Hujan rintik-rintik. Lepas bergambar kami naik bas semula.
Comel sungguh baby nih...tadi dia turun bas jalan nak tengok batu maybe sebab tak bawak payung dan hujan makin lebat...daddy dia patah balik naik bas sebab kat situ takde tempat berteduh.
Bas stop di souvenir shop. Beli apa-apa yang patut.
Kemudian jalan kaki ke bas. Kami perlu ada kat bas 11.25pagi.Mujur semua jenis menepati masa. Kami teruskan perjalanan ke Bath. Hujan .
Dekat sejam jugak nak sampai ke Bath. Boleh lihat country side ..rumah cantik-cantik.
Adalah tour guide tunjuk rumah artis. Kalau diperhatikan rumah-rumah lama di sini ada yang tingkap ditutup dengan simen atau memang ditutup pemandangannya sebab dulu-dulu ada Window Tax. Semasa kurun ke 16 penduduk England dikenakan tax berdasarkan bilangan tingkap yang ada di rumah.Tu dorang tutup dengan batu -bata tingkap yang ada.
Dalam basa kami diberi peta ini.
Sampai di bandar Bath kami stop di satu tempat depan Abbey Hotel dan nanti balik berkumpul disitu semula.
Tour guide bawa payung oren tu dan kita kene ikut lah dia.
Kami berjalan dilorong-lorong kedai. Ni kedai roti bun yang popular kat Bath. Kedai tu kat rumah yang tertua kat Bath. Sebelum balik nanti kami singgah makan situ. Kami pergi melawat dulu lagipon dah ada bawak bekal nasi goreng.
Ini Abbey Church of Saint Peter and Saint Paul. Atau Bath Abbey.
Bangunan Bath Abbey ini yang didirikan pada tahun 1499 ini pernah terbengkalai selama 70 tahun sehingga baru selesai pada tahun 1611. Seiapapun boleh masuk ke dalam gereja ini hanya dengan membayar sedikit subangan ikhlas dan boleh mengambil gambar interior gereja tersebut. Bath Abbey ini letaknya di sebelah barat museum Roman Baths.
Ada ler mamat silver ni dengan basikal nya ditengah-tengah kesibukan di situ.
Ini depan entrance nak masuk ke dalam Roman Baths.
Beli tiket kat dalam.
Tiket masuk 16.50 pound
Inilah dia Roman Baths. Ini kolam Great Bath. Roman Baths ini memang banyak dikunjungi pelancong setiap tahun.
Bila masuk Muzium Roman Baths ini kita akan dapat audio guide yang akan menjelaskan sejarah Roman Baths ini dan kehidupan orang Rom suatu ketika dulu. Ada beberapa kolam mandi air panas yang nampak cantik kehijauan.
Kolam air panas ini boleh mencapai suhu sehingga 46°C . Kat sini kita akan dapat merasa seperti berada di zaman dulu di kota Rom bila ada jer orang berpakaian zaman Rom berjalan di sekitar muzium ini.
Cantik kan...menghijau airnya.
Ada tayangan kidsah zaman-zaman Roman dulu.
Ini batu-batu yang asal pada zaman Rom dulu.
Selamba je pi duduk hahahhahahaha...kene tegur dengan staff yang jaga situ. Mujur tak pecah batu asal tu. Pastu kena perhati je oleh mamat tu .
Kami berjalan-jalan dalam muzium tu dan masuk ke kedai souvenir dan tandas dalam tu. Tak pergi pon rasa air kolam panas ni.
Comel teddy bear pakai bath robe.
Kami keluar dan masuk ke kedai souvenir yang berhadapan. Ada beberapa kedai di situ.
Kami berjalan ke depan dan jumpa deretan kedai-kedai shopping macam Primark. tapi tak masuk.
Kami jumpa bangku dan buka bekalan nasi goreng . Makan dengan cuaca sejuk teramat huhuh.
Selesai makan kami berjalan nak pergi ke The Circus..bukan circus yang ada pertunjukan haiwan dan akrobatik tu... ia adalah historic street ada rumah2 townhouse. Membulat gitu. Cantik ler tapi jauh le nak jalan macam naik bukit . Memang kaki aku tak mampu . So dah jalan-jalan kami patah balik decide pergi ke Pulteney Bridge.
Memang cantik bandar Bath ni.
Sungai Avon
Deretan kedai sepanjang jalan di Pulteney Bridge..kami nak turun ke bawah tepi jambatan untuk bergambar.
Kami bergambar kat situ je ..ada restoran...tak larat nak turun bawah lalu tepi sungai Avon.
Kami patah balik untuk makan bun.
Lalu lagi kat Bath Abbey so jumpa pintu memang wajiblah bergambar. heheheh
Penuh plak aritu..kedai nya kecik meninggi banyak tingkat. Ada kosong kat tingkat atas..jenuh naik tangga sempit dan tinggi.
Sedap makan panas-panas letak butter kat tengah-tengah...besar gak bun ni. Teringat plak arwah mak buat roti bun keluar oven makan panas2 dgn marjerin huhuh.
Kalau datang sini jangan lupa yer makan bun ni...original Bath bun sejak 1780.
Lepas makan pergi berkumpul semula tempat turun bas tadi. Kami akan bertolak pulang jam 3.30 petang. Sebelum balik tu pi toilet dulu tumpang dalam Sally Lunn tu jer. Hari pon dah nak gelap . Sepanjang jalan aku tidur jer. Sebab sejuk giler ada gak bas stop untuk sesiapa ke tandas. Kami sampai ke London 6.30 petang. Tapi bas tak berhenti dekat tempat naik pagi tadi. Dia bawak ke stesen tube terus untuk senang kami balik. Terus balik rumah ..ada gak ler singgah beli souvenirs lagi. Sampai rumah kemas-kemas beg lagi lah esok nak balik huhuhu.
0 comments