Pinggan-mangkuk Viral Central Market

July 14, 2017




Minggu ni memang viral kedai pinggan baru bukak kat Central market tu...tak senang hidup kalau tak pergi hahahah...

Aku kan memang minat piring..mangkuk corak sebegini...tengok gambar memang tatau size besar mana. Katanya harga pon dari rm 2- rm 25.

Kedai belum bukak orang dah berkumpul ....bukak je berasak masuk...sekali tengok aikkkk kecik benor kedai nya hahahhahah. Sekangkang kera. Memanjang ..tak sampai 5 kaki masuk ke dalam..terkejut hahaha. Tengok sebaris rak tak seberapa yang ada. Kata dah restock malam tadi. Memang tak banyak pilihan sangat tadi. Yang cantik-cantik tak banyak . 


 Bila kedai lambat bukak orang  serbu masuk...tokey tak sempat keluarkan kotak...Dah berasak tu tak nampak mangkuk pon..dengar-dengar pecah berderai jer hehehehhe.

Kena pandai ler selit menyelit. Nasib le dapat corak cantik. Kene kelebek  kotak ...dalam satu corak sama tu ada jer terselit beberapa mangkuk corak idaman. 



Kedai ni sebelah Central Market. Betul-betul tepi jalan besar. Nama kedai pon masih signboard kedai sebelum ni.  Masih kedai kamera heheh. Nak pergi kene bawak kotak atau beg soping. Dia xde sediakan plastik. Senang ada beg soping...pilih ..ambik...taruk dalam beg. Pastu jangan lupa beratur nak bayar. Panjang barisan sebab sorang je cashier. Bayar cash ye. Kalau time bayar baru perasan ada sumbing sikit dia bagi diskaun.

sebenarnya keciwa gak dengan size dia hahahha....kecik ...mangkuk yang rm 5 tu corak gini


muat aiskrim je 2 scoop heheheh
yang lain tu muat sos . 


Pinggan mangkuk gini ada je jual kat tempat lain jika rajin mencari. Aritu aku dapat kat Daiso. 





Semua ni aku beli kat Daiso. Ada satu cawan tu tak  ambik gambar plak.


yang ini aku beli kedai Sundays...murah jer.rm 2 kut. 

Jadi kena pandai cari. 

Macam kene ulang lagi je ke kedai viral  ni untuk cukupkan koleksi...hahahah...mana tau dapat corak lain plak...bila nak pergi tu?????

Kalau terjumpa yang menarik kat K-mart next month...emmmm



p/s; Lupa nak watermark gambar ..ada plak yg guna utk post viral dia...emm

Updates: Pinggan viral kembali semula boleh check entry terkini Sini

You Might Also Like

1 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook