Projek Makeover rumah selepas 10 tahun
July 10, 2017
Dah 10 tahun duduk umah ni rasa dah boring plak dengan sesak barang banyak...dulu-dulu minat perabut kayu. Sekarang sejak konsep scandinavian tengah in ni....dah meroyan plak nak punggah semua barang keluar...masuk barang rumah baru hahahhaa...melampau, Nak pindah umah baru memang tak mampu dah. Kita make over jelah rumah sedia ada sikit-sikit.
Memang dah padat giler sangat umah aku sebelum ni...ini buat berperingkat dulu, Dulu-dulu mana minat sangat nak jengah IKEA...now bukan main minat lagi siap buat rombongan cik kiah dgn kakak2 ke sana...hehehe. Ke Nilai 3 pon buat rombongan hhahhaha.
Memula puas pikir camana nak keluarkan perabut lama dari rumah. Cari sana-sini...aku iklan kan kat fb group perabut rumah terpakai.
Ini set meja makan aku ..dulu minat kayu gini..Beli masa masuk rumah...meja makan aku ni memang cantik teguh..asben beli dulu sebab minat design kaki meja. Meja ni walau 6 kerusi tapi besar mejanya seperti muat lapan. Kerusi dia besar sangat..Iklan berapa minit terus ada berminat. Tapi tulah beria nak pastu masalah lori...kensel..pastu adalah dua tiga orang tanya..then dapat kan yg laju bayar deposit hehehe.
Selesai jual set meja makan aku jual set kerusi kayu jati plak. Dedulu terpengaruh dengan mak..tgk dia pakai perabut jati aku pon beli...jumpa plak warna hijau kesukaan. Corak pilihan plak.
Memang jarang duduk kerusi ni..memang elok condition tiptop.
Sebab selalu lepak sofa kat ruang menonton. Ini pon sama kejap je iklan terus orang sambar.
Leganya hati hahahha.
Dah keluarkan perabot lama ni kita mulalah cari yang baru.
Memula beli kerusi makan idaman.
Memang minat dengan Dsw chair ni...aku beli 4 dari lazada. tak sampai 24 jam dah tercongok depan umah.
Pastu tambah lagi 2 Daw chair juga beli dari Lazada.Meja tengah tu beli dari ig mana tah lupa..masa tu ada jualan kat Bangsar. Kene rajin lap kalau tak hitam kerusi hahaha...dulu mana minat putih..tapi sekarang rasa putih cantik hihihi.
Masa ni belum beli meja makan lagi...survey kat SSF..terpikat satu meja ni..tapi beli dari SSF kat Lazada jugak.
Puas hati dapat set meja dan kerusi makan idaman. Dah puas meja besar...nak pakai yang simple pulak, Rasa lega sikit rumah.
Lepas tu projek mencari sofa. tengok2 hujung tahun ada jualan macam-macam...sebelum ni selalu tinjau fb kinsen home...terpikat sofa dia.
Rupanya yang aku pergi jualan sales kat jln kelang lama ni kinsen punya...dah ler serentak pergi terserempak tanpa sengaja dengan kakak aku disitu hahahhaa...berebut sofa dengan dia.
beli yang 3 seater
Bila dah sampai umah rasa macam besar sangat plak. hehehe...mulalah hati gundah gulana...tapi okay lah. Kalau kecik tak muat plak aku nak baring. Aku tuan punya sofa je boleh baring situ hahha.
ini sebelum makeover dinding tu... nak cat dan pasang wainscoting. Wainscoting tu dah tempah dan ambik sebelum raya cina. Tapi punya lama ambik masa...sebab dinding tak cat lagi. Dah cat pun ambik masa.
Gigih mengecat sendiri dan pasang Diy wainscoting tu.Ingat senang ker huhuhu...Masa memula pasang dengan dinding tak rata..jadi kayu tak lurus melekat ...ada gap. tapi bila dah cat..letak silicon ...terus takde cacat dah.
Wallpaper damask hijau tu aku biarkan ajer...sayang sebab masih elok ..lagipun itu jenama lamex.
Nilah hasilnya. tadaaaa
Sibuk je kipas tu...mujur warna match dengan perabut sekeliling hahahha
Daw rocking chair tu aku beli dari ig Kusyashoper..juga coffee table tu. Puas hati dapat meja kopi tu. Side table hijau tu beli di Ikea. Senang nak letak apa-apa yang tak muat kat meja ketika makan.
Sarung-sarung kusyen corak herringbone tu semua jahit sendiri. Kain beli kat spotlight sikit-sikit dan jahit.
Carpet semua beli di Carpet Prima Nilai....berlebih-lebih carpet aku sampai boleh gilir-gilir pakai tukar..sebabnya semua corak aku nak..tamak. Jadi sekarang memang tak boleh dah singgah kedai carpet tu...Ada 3 carpet boleh gilir-gilir pakai untuk ruang tamu...huhuhu.. Seketul ottoman gumball warna mustard tu beli kat spotlight. Selalu harga seratus lebih...kene tunggu time sales. Aku berkejar gi Mines...abis semua diborong personal shopper...aku nak warna grey. Tapi harga after discount utk warna ni lagi murah...rm 60 lebih berbanding warna grey rm 70 lebih.
Floor lamp tu pun beli dengan Ig Kusyashopper
Hexagon shelf tu buat sendiri pakai batang aiskrim hahahha...
Ada lagi cermin hiasan tak dapat nak gantung lagi sebab berat giler..nak kene drill tapi tak confident plak.
Cermin kecik-kecik ni beli kat Aeon Big. Sesuai corak sama dengan langsir.
Cermin ni beli kat Kaison.
Banyak lagi nak make over rumah ni...buat masa ni setakat living area dan dining area je.
Semalam pergi Nilai 3...memula saja lah tengok lampu...sekali terbeli terus dengan kipas...tukar habis lampu-lampu lama.
Puas hati dah dapat lampu-lampu scandinavian....kipas pon dah lama rosak. Dah tukar baru ni boleh ler nanti alih stand fan yang menyemak kat tepi sofa tu.
7 comments
Seronoknya dapat makeover rumah.
ReplyDeleteMemang seronok Mas...tapi kene slow-slow...sikit-sikit..tatau bila boleh make over satu rumah.
Deletenak buat jugak la macam ni… tapi lupa pulak.. rumah pun tak dek lagi. wahahahhaha.
ReplyDeleteHahahahah...takpe simpan angan-angan dulu
Deletenice redecorating effort! :)
ReplyDeleteLampu tu berapa harga..
ReplyDeleteAdmire orang yang boleh buat wainscoting sendiri...belum ada confident lagi nk buat sendiri..tapi teringin yang amat sangat..bole tunjuk ajar tak..hehe
ReplyDelete