Trip ke London -Day 2 (Heathrow, Bayswater, Malaysian Hall, Kensington Gardens, Hyde Park)

November 22, 2018


4 November 2018



Kami touchdown Heathrow jam 5.30 pagi...beria pilot kata pemandangan yang cantik katanya...padahal gelap gelita.




Kami terus ke imigresen dan ambik beg.




 Lama tunggu beg Along lambat keluar.






Dah selesai ambik beg terus keluar ikut line yang takde apa nak declare. Terus je keluar dari Balai Ketibaan.





Baru kuar Balai Ketibaan pon berkeping gambar snap kahkahkah..

 Kami keluar dari Balai Ketibaan nak cari tempat jual Oyster card. Tanya kat kaunter info tu dia tunjuk arah kiri.

 Sampai hujung tu tanya plak kat kedai pon suruh ke kiri katanya ada tempat jual. Jumpa mesin je. Kami masuk ke tempat tulis train mujur ada yang tegur kata salah jalan. Kami patah balik dan masuk toilet dulu.

Rupanya patut kuar dari Balai ketibaan ambik arah kanan utk ke Underground. 


Turun kebawah guna lif. Kami turun di Terminal 4 Heathrow Airport. Memang ada stesen Underground ke London City. Sampai bawah sebelum palang tiket tu kami jumpa satu kedai serbaneka. Memang ada jual Oyster card.


 Harga kad £5 nanti boleh refund bila nak balik. Kami topup kad £30 dulu. 

Kami naik tube dari Heathrow Terminal 4 Station. Tube ni bermula jam 5.10 pagi setiap hari tapi Ahad jam 5.30 pg dan berakhir jam 11.45 mlm tapi Ahad 11.30 mlm. Ada 3 tube station kat Heathrow Airport iaitu Terminal 1-3, Terminal 4 Dan Terminal 5. 




Dari Terminal 4 kami naik Piccadilly Line (Cockfoster). Apartment kami di area Bayswater.  So ada 2 pilihan untuk tukar line samada District atau Circle. Kalau nak pilih District kami perlu turun di Earl's Court (stop ke 13) dan naik District Line ke Edgware Road (stop ke 3 utk Bauswater). Kalau nak naik Circle kene turun di Gloucester Road (stop ke 14) untuk tukar line tube Circle ke Edgware Road  dan stop ke 3 untuk turun Bayswater.. Tapi dua-dua line tu memang akan berhenti di Bayswater Underground.











Kami pilih untuk turun di Earl's Court. Dekat 40 minit gak nak sampai situ. Mujur ada lif. Kami naik District line tapi cam kosong je tren. Bukan main kami dok berposing dalam tu. 





Sampai stesen High Street Kensington train stop...ada announcement tapi tak paham sebab first time naik kan. Tetiba kuar driver tube bagi salam. Rupanya tren stop situ plak kene tukar sebelah naik je mana2 tube...panik kami berterabur laju kuar sampai tertinggal beg le..kamera lah..Padahal tren tu takkan jalan pon. Punya takut pintu tren tutup.

Kami naik tren sebelah Circle Line  dan stop di Bayswater Underground. Huwaaaa...tangga tinggi nak angkat 2 beg. 



 KAHKAHKAH......Teruk benor mencungap mintak nyawa...


 Mencungap nak sampai atas. Keluar je stesen seberang jalan ada Tesco Express.

Belah kanan station ada Sainsbury's Local. Nak beli barang dapur boleh le pergi salah satu kedai tu. Kat Bayswater tu banyak kedai2 jual barang asian dan halal meat. Memang senang le kalau nak memasak. Kedai makan halal pon banyak macam jual kebab. Situ pon banyak kedai souvenirs murah-murah. Bukak dari jam 8 pagi sampai 12 malam. Money changer pon berderet. Toilet memang takde kat stesen underground tu jadi kalau tengah soping souvenir nak je tandas boleh tumpang guna Mc Donald atau Pizza Hut.

 Kami lalu lorong sebelah Tesco menuju jalan Inverness Terrace.



 Masih awal kul 8.30 pagi.  Jadi kami tinggal beg dulu kat opis Imperial court hotel tu kat umah no 55.

Terus jalan nak ke kedai Telco beli sim card terlupa Ahad kedai lambat bukak. Jam 11 pagi. So jalan sambil cuci mata sepanjang jalan tu berderet kiri kanan kedai souvenirs.  
Kedai bawah ni pekerja dia pandai le cakap melayu sikit2. Kalau keluar dari Bayswater Underground ambik kiri.





Jadi kami  pergi cari Malaysian Hall nak  breakfast,lorong sebelah apartment je. Saja je makan situ nak rasa suasana Malaysia di London.







 Kalau dulu nak masuk kantin kene turun bawah..sekarang tak lagi kene masuk ikut pintu utama. Nak makan sini anda perlulah rakyat Malaysia. Yg bukan perlulah ditemani rakyat Malaysia. Kene tunjuk id sebelum masuk kantin. Ramai betul. 





Full house. Aku makan nasi lemak telur mata dengan air teh o. £5.90 . Sedap le jugak.




Sebeban eyebag....tak cukup tidur hahahha...






Selesai makan kami menuju ke Kensington Garden. Stop jap bergambar kat Hilton. 





Melintas jalan untuk masuk area Kensington Garden.



Memang cantik giler pokok2 autumn kekuningan.












 Biasalah lama kat situ. Berposing. Selagi tak puas hati gambar tak menepati piawaian. 

Kensington Garden ni luas. 100 hektar. Ada Kensington Palace, Italians Gardens, Peter Pan Statue , Princess Diana Playground, Princess Diana Memorial Park antaranyalah.  

Pastu kami gerak ke kanan nampak building cantik dengan cuaca elok langit biru. 
The Orangery Restaurant





Berjalan jumpa plak pokok menjalar kat dinding ni lawa.




Kemain kami posing kat sini..takde orang lain posing macam kami hahahha. Siap ada yang stop tengok

 Kemudian kami teruskan dan jumpa Kensington Palace. 




Tak pergi ke depan Kensington Palace..tepi je. Sapa yang duduk sini? Katanya William dan Kate tingal sini sejak 2013....Prince Harry dan Meghan akan pindah situ jugak nanti. Kat situ ada juga boleh masuk untuk lihat segala peninggalan Lady Diana. Macam baju yang pernah dia pakai. Rugi plak tak masuk.






Kami berjalan lagi kedepan jumpa kolam kecik dengan swan..itik..burung yang jinak2.  Seronok bergambar kat sini. Ingatkan situ dah Hyde Park rupanya bukan. Kolam ni dipanggil Round Pool. Dulu Kensington garden adalah sebahagian dari Hyde Park.












Nampak tak tu happy sungguh dengan swan dan burung2 yang banyak tu.
Seronok sangat kat sini. Hari ni hari Ahad ramai bawak anak2 dan anjing berjalan ke taman...anjing pon mana yang lepas je tu kemain dok kejar-kejar tupai yang comel.

Kami nak cari Lady Diana fountain...fuh berpusing jalan ikut arah ..







tanya orang...hmmm rupanya jauh giler...menyeberang jalan.




 Kami teruskan jugak... rupanya seberang jalan tu baru Hyde Park. Barulah jumpaThe Serpentine.  Balik ke Malaysia naca berita 2 hr lepas dinumpai bom zaman perang dunia kedua dalam tasik tu..mujur tak meletup.



Laaaa itu memorial fountain nya..



The Queen has described Princess Diana as a "remarkable human being" as she unveiled a fountain commemorating her daughter-in-law at a London ceremony








Isis 
Goddess of Motherhood


The Serpentine is a 40-acre recreational lake in Hyde Park, London, England, created in 1730 at the behest of Queen Caroline. Although it is common to refer to the entire body of water as the Serpentine, strictly the name refers only to the eastern half of the lake. Wikipedia

Inilah The Serpentine lake kat Hyde Park.








Kemudian kami ke tandas yang ada disebelah cafe. Sambil rehat kejap duduk kerusi luar cafe tu.


Berjalan lagi sambil berhenti snap gambar.





jugak kalau jumpa kerusi. Penat. Sambil tu makan roti jagung .




 Kami teruskan sehingga sampai ke underground Hyde Park Corner. Balik naik tube sahaja. 

Giler tinggi escalatornya. Kat sini kalau naik escalator kena diri belah kanan ye. Ni masa belum tahu hehehe.


Kami naik Piccadilly line (Uxbridge) stop  dekat Gloucester Road dan ambik Circle Line (High St. Kensington) dan turun di Bayswater.



 Kami sampai bayswater dan pergi beli groceries dulu...tak jadi kat Tesco Express...tak banyak barang barang. Kami pergi Sainsbury's Local sebelah Underground Bayswater je.

Kemudian kami pergi ambik kunci dan heret beg ke apartment no 77. Itu pon seksa menolak beg..jalan tak rata...tergolek2 air mineral yang baru beli hehehe. Fuh naik tangga sempit. Mujur tingkat 1 je.




Studio apartment utk 3 orang.  Ada katil queen satu dan sofa bed. Lengkap meja makan utk 4 org. Meja solek dan cermin. Almari bercermin ..dapur eletrik..microwave...toaster..cerek..pinggan mangkuk..periuk..pisau..sudu..cawan. Sabun cuci pinggan je ada tapi span takda. Bilik air ada sabun mandi je.




Kami berehat dulu. Makan apa yang patut. Kemudian dalam jam 5 ptg baru keluar. Call dulu org di Malaysia. Sepatutnya dalam jadual nak pergi Oxford street tapi Ahad kedai tutup awal jam 6 ptg. Buat penat je. Luar dah gelap macam jam 9 mlm huhuhu...kami pergi semula kedai nak beli sum card..dah tutup jadi pergi cuci mata jelah kat kedai-kedai souvenir yang banyak disitu.












Tu bukan bakul soping aku.

Aku beli beg bawah ni je dulu.



Dah penat kami balik. 

Lenguh banyak berjalan tadi. Sapu multupurpose cream Shaklee kat kaki  terus tidur.

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook