Trip ke London 2018- Day 3 (Marble Arch, Primark, Buckingham Palace, Westminter Abbey, Eye of London, Big Ben, Tower Bridge)

November 23, 2018



5 November 2018


Pagi ni mata celik 4 pagi...biasalah tu susah nak tune masa.Bangun je lapar...masak nasi terus makan dengan sambal tumis ikan bilis , sambal tempoyak dan telur rebus. Macam bersahur plak.




Siap2 mandi..makan..pilih baju...jaket..hahaha bawak jaket 4 helai. Over kan. Hari2 tukar.


Tu tangga menuju bilik kami di tingkat 1...sini takde lift yer..dah le sempit tangga tu




Ini meja santai luar rumah


Marble Arch, Oxford Street

Lepas sarapan kami bersiap awal kul 7 dah kuar rumah. Jadual hari ni padat. Tapi nak jugak pi Primark yang bukak jam 8 pg nak cuci2 mata tengok long coat. Kami pergi naik tube di Queensway Underground ..naik central line dan stop di Marble Arch.

Belum kul 8 so bergambar dulu latarbelakang Marble Arch..sejuk. Marble Arch ni adalah monumen yang terletak di  Oxford Street, Edgware Road dan  Park Lane junction, di Westminster, London, England. Diperbuat daripada  Carrara marble. Sebelum ini Marble Arch terletak di depan  Buckingham Palace, tetapi dipindahkan pada tahun 1851






Aku rasa kurang selesa plak tetiba...maybe penat berjalan semlm ..rasa macam nak muntah..pening.
Maybe sebab jeans yang aku pakai ketat..huhuhu. Sebelum fly suar tu aku tak test...dia stretchable tapi pasal aku dah naik berat badan so susah nak butang. Lepas basuh kan memang ketat mulanya. Dengan jaket aku tebal dan berat. So dah nekad nak beli jeans baru kat Primark.

Tak bukak lagi kedai jadi bergambar dulu lah.





Primark , Oxford Street



Bukak je kami terus serbu  berebut coat merah. 



Test2 je.







 Aku pi beli jeans tapi tatau nak tukar kat mana. Lepas selesai kami ke stesen Marble Arch dan patah balik ke Queensway sebab aku tatau mana line nak ambik ke Buckingham Palace. Jadi kami ke Bayswater dan naik dari situ.

Kami naik Marble Arch station pilih central line(White City) dan turun 2 stop di Queensway. Staion Queensway ni sederet je dengan Bayswater. Jalan kaki je.

Dah sampai Bayswater Station kami naik Circle Line (Victoria) dan stop di St James Park Station.14 minit dan stop ke 7. jauh jugak kene berjalan kata 9 minit berjalan tapi macam lama je. ...

jumpa.bangunan cantik2 stop bergambar...











penat jugak berjalan oiii...mujur setitik peluh pon tak keluar.


Buckingham Palace



Orang dah ramai jugak tunggu jam 11 pg utk pertukaran guard. Bukan setiap hari ada ceremony ini. Kena cek tarikh yang ada. Untuk 5 Nov

Queen's Guard


  • Nijmegen Company
  • Grenader Guards

Musical Support

Band of the Welsh
Guards (Full Mount)
Band of the Royal Canadian
Artillery (Full Dismount)

 Bergambar dulu kat depan pagar.








 Datuk kami Leftenan Hassan pernah ye dipilih untuk mengiringi Queen Elizabeth II pd tahun 1953 semasa pertabalan beliau  sambil menunggang kuda.Itu sebab mak nak sangat sampai sini tapi tak kesampaian.






Kami tatau nak duduk belah mana. Ada yang dah standby kat pagar...kat bulatan. Dari jauh dah dengar bunyi pancaragam. Jadi kami duduk kat bulatan tunggu pancaragam.









Dah selesai perarakan masuk kedalam mmg xnampak.apalah kami yg pendek ni..untung yg tinggi macam galah.









 Lama.selepas tu datang lagi pancaragam..


dorang main macam2 lagu termaauk lagu hits terkini. Malas dah nak tunggu lama banyak lagi nak cover.






 Kami berjalan kaki menuju Westmister Abbey menyusuri Birdcage walk.





Jalan2 sambil posing. Sambil makan epal.


Sejuk sangat rasanya hari ni.



Menahan kesejukan.






 Jauh jugak tu sampai le nampak Big Ben yang tengah reno tu huhuhu... kami stop dulu posing dengan telephone booth.




Tukar plak phone booth lain hahahha.. Berebut-rebut dgn minah negro 3 orang sibuk jugak nak bergambar situ.








Semuanya berdekatan..Wesminter Abbey ..House of parliament..Big Ben..


Kami bergambar sekitar Parliamet Square. 


Ada banyak statue rupanya kat situ. Dua ni je perasan hehhe...sebelah depan tu ada lagi termasuk Mahatma Gandhi


George Canning



                                            Abraham Lincoln



Ini Supreme Court



Ini St. Margaret Church






Kami melintas jalan menuju ke Big Ben.


Tapi nak bergambar pon tak cantik sebab tengah renovation.


Dari kejauhan nampak Eyes of London.









Kami gerak ke depan dan nampak station underground Westminster. Sejuk sangat.. Kami nak naik tube di situ ..sangat besar ...dan sangat dalam kebawah...byk kali turun pakai escalator yg panjang . 


Kami naik menuju station London Bridge. Station ni pon besar dan ada kedai2 menarik sepeti Cath Kidston.. kalau station besar barulah ada toilet. Kalau station kecik takde. Boleh tumpang dalam Mc D..Starbucks ..Burger King..Pizza Hut. Free je kalau kat Amsterdam kene bayar.


Naik Jubilee Line (Stratford) 4 minit jer 3 stop dan turun di london Bridge. Kat sini selalu sangat pekerja strike..ada je line tutup.





Sebenarnya nak pergi Borough Market tapi tah mana-mana tersalah jalan keluar. Perut dah lapar. jadi stop makan kebab dulu.




Sejuk sangat hari ni..maan tepi kedai dalam kesejukan.

Kami tak jadi ke Borough Market terus je cari jalan ke Tower Bridge.

Nak terjun ke tuh??

Dah nampak dari kejauhan


Cantiknya ..



Bangunan pencakar langit kat London. Itu City of London. Tu Sungai Thames

Tak snap plak dari kejauhan London Bridge. nampak le ramai dok lalu. Dekat situ ada bangunan City Hall yang cantik...







Berenti beli kacang kejap hehehe





Kami seberang jambatan ni utk bergambar kat sebelah sana plak.






Matahari tengah elok petang tu....jadi sebelum gelap dalam pukul 4 petang nanti kami pulun le bergambar puas-puas.

 Sebelah Tower Bridge ini adalah Tower Of London. Istana lama.

Bila dah nak gelap kami pon gerak...memang kawasan tu nak ditutup pon sebab ada event malam agaknya sebab ramai guard kawal tak kasi masuk dah.

Kami berjalan menuju ke underground boleh tahan jauh jugak



Dari sini ambik Circle line (High St. Kensington) dlm 29 min dan 15 stop sampai Bayswater.

Balik rumah rehat kejap sebelum jam 6 petang kami keluar ke Oxford Street.


Ehhh ada rupanya bergambar dgn coat bulu2 gorilla nih ingatkan takde. Ini salah satu coat bawak dari Malaysia.



Woiii cantiknya ankle boots nih semua






Long coat yang berkenan pagi tadi buleh plak takde dah...semua beralih tempat puas cari..tinggal sehelai saiz besar. So esok kalau ada masa cari kat Primark Colchester pulak.

Selesai soping kami balik .

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook