Trip ke London 2018 -Day 1(KLIA, Muscat)

November 18, 2018

0

Dah lama hajat nak pergi menjejak kan kaki ke London. Semasa arwah mak ada lagi..memang kami berempat merancang nak bawa mak ke London bercuti samada 2017 atau 2018.

Awal tahun aritu tetiba plan nak kesana. Nak pergi kejap je...nak rasa menjejakkan kaki disana. Asyik tengok angah je ulang alik kesana.

So awal Januari kami beli tiket. Taknak pergi masa winter sebab sejuk sangat. Nak pergi awal lagi anak2 aku ada exam besar upsr dan Pt3. So awal november lah sesuai. Sebab masa ni autumn memang cantik pokok2 kekuningan.

Aku ditugaskan buat itinerari...baru cari2 info tetiba aku sakit bulan Mei dan hampir sembuh pada Sept . Alhamdilillah aku dapat berjalan turun naik tangga tube di London. Yelah akukan operate kat tapak kaki. 4 bulan kaki berbalut. Sepanjang holiday kaki okay sangat.

Idea nak menyelit sehari ke Paris tu memang tiada dalam plan asal. Aku pon memang x teragak nak pergi Paris tanpa dengan asben. Sebab ke Paris adalah impian aku pergi berdua.



Sabtu 3 Nov 2018



Hari ditunggu telah tiba. Sebulan dah kemas2 beg sikit sikit.

Kami plan perlu ada di Klia sebelum 5 petang. Flight kami jam 9.05mlm. Pagi tu sambung kemas lagi..tengahari keluar ke opis jap nak web check in..tapi aku punya dan along boarding pass dia kuarkan sampai Miscat je. Terus cepat-cepat kuar dari opis menuju Klia. Sebab takut jem...memang jem pon sebelum Kota Warisan. Sampai bulatan dekat Mitsui rupanya kereta Bakyah kat belakang.


Sampai Klia terus tuju kat area tempat check in..tutup lagi.








 6 lebih kaunter bukak. Baik gak staff kat situ tukarkan seat berdekatan. Walaupon xbeli tiket bersama. Bakyah sorang checkin kaunter lain dia pi tukar plak seat dah elok dah sama sebelum tu. Cuba minta tolobg staff tadi tukarkan tapi terlambat dah ada orang menyelit seat tengah tu.

Dah selesai..masing-masing lapar termasuk yang menghantar. Jadi kami lepak kat Kopi Time. Mee dan meehoon situ sedap.




Dekat 7 lebih kami menuju ke Balai Berlepas. Bergambar dulu dengan keluarga masing-masing sebelum mak-mak holiday.



Kami turun menuju pemeriksaan imigresen. Masa pemeriksaan keselamatan biasalah kalau pakai boot kene bukak. Jaket tu memang pasti. Kami menaiki tren untuk ke gate. 

masa nak naik tren tu ada plak yg tanya treh ini ke Lion Air huhuhu . Seram dengar.
Gate kami C3. Tapi bertukar gate C4 sebab kapalterbang salah parking






 Jadi delay le 9.50 lebih baru gerak. Perjalanan makan masa 7 jam untuk sampai ke Muscat, Oman. Sejuk giler..mata plak susah nak lelap..tgk movie le.




Kami sampai Muscat jam 12 30 mlm. 






Tapi flight delay ke pukul 2..kami transit sejam je situ. Sempat le beli souvenir utk kenangan .


Ada lagi pemeriksaan keselamatan...kene bukak kasut lagi ..ingat senang ke nak pakai semula kasut bila kaki ngembang.











Dari Muscat ke London makan masa lagi 6 jam...huhuhu.2.10 pagi kami gerak Elok plak kosong satu seat tu jadi bolehlah Bakyah duduk sama.
 Sambung tengok movie...then tidur. Tak larat dah lama2 kaki tak selesa.

okay nanti sambung setibanya di London


You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook