Ramadhan 2019

May 10, 2019

Ramadhan muncul kembali...
Bulan Mei ni cukup  setahun aku ditimpa sakit tahun lepas.  bulan puasa  tahun lepas  aku sambut di hospital. Sian asben masa tu sebab kena ulang alik . Jam 3.30 pagi  bangun uruskan aku dulu then ke kedai  beli makanan sahur bawa balik makan dengan anak-anak..hantar ke sekolah kemudian ke hospital semula  teman aku. Tengahari keluar semula ambik bebudak balik sekolah . Datang hospital semula  dan jam 4.30 balik beli makanan berbuka dan jam 11 mlm sampai semula ke hospital temankan aku .  


Begitulah rutin dia hingga aku keluar 19 Mei tapi 21 Mei aku warded semula sampailah 
 jumaat tu aku discaj.  Sepanjang puasa memang makan lauk kedai jer.  
Semoga tahun ni aku sihat dan dapat masak untuk sahur dan berbuka . Dari dulu  dapur aku memang berasap hari-hari masa bulan puasa jer sebab hari biasa makan kat kedai 

Ahad lepas untuk malam terawih pertama aku masak lauk ketam.
 Lama tak masak . Nak rasmikan periuk Noxxa arwah mak punya 3 tahun tak pernah pakai
Beli ketam 5


ekor kat pasar malam . Kejap dah masak sedap plak tu.
Berebut rebut makan
.










You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook