Trip sehari di Kota Singa

July 03, 2019

22 Jun 2019


Ingatkan tahun ni aku tak cop passport untuk ke luar Malaysia hihihi.Satu hari pon okaylah ,  Disebabkan pergi sehari dan masa tak banyak jadi kali ni pakai tour...itu pon ada yang gelak ...ehhh pi Europe...London...NZ..Aus....segala tak pakai tour...sendiri uruskan segala  ni pi seberang tambak pon pakai tour....ada plak akak jaga rekod kat opis tu tengok aku hantar permohonan ke luar negara gi Singapore dia kata ehhh apa kelas Puan D pi Singapore je kali ni? Amboiiiiiiiii...hahhahah

Aku dah beberapa kali pi Singapore masa kecik memang ada sedara disana  famili nenek tiri.  Dulu kalau kesana mesti bawak balik laici tin ...coklat dalam tin hahahha tu tahun 80 an yer. Time tu plak duit tak jauh beza..sama je.  Memang seronok soping sana. 

Last aku pergi 2011 raya ke3 dengan famili Angah juga mak dan abah. Kami ke USS . Tidur di JB dan masuk Singapore bawa kereta sendiri. Memang tak kemana hanya seharian di USS.  Susah bawak kereta sebab susah nak cari parking . Pasal tu kali ni kami naik bas.

Kami pergi 10  orang ...aku cuma bertiga. Asben tak ikut dia kata tak heran le setakat Singapore dah biasa sangat dulu...kalau Hatyai dia nak ikut .   Jadi aku bawa Hafiy dan Hisham.  Bakyah berempat dan Along bertiga.

Kami pergi dengan Tour Agency Ayden Averrose . Rm 135 sahaja  dan sediakan 15 sgd  jugak . Trip ni tiap=tiap minggu ada tau. Boleh le check kalau nak pergi...ini kira trip perkenalan Kota Singa. 

Kami berkumpul di KL Sentral jam 9.30 malam .Kalau nak parking tinggalkan kereta  seeloknya di NU Sentral hanya kena rm 10 untuk 2 hari...ada yang park kat KL Sentral kena Rm 120 huhuhu. Berkumpul untuk pendaftaran dan bayar 15sgd kat Tour Leader . Ada kira-kira lenbih 30 ahli rombongan .  Ada beberapa awek Medan yang datang cuti ke Malaysia dan ambik trip ni . 



Bas bergerak jam 10 lebih .






.Naik bas malam sejuk jangan lupa bawak sweater .Bas stop di tol Ayer Keroh ambik couple nih. Mereka tak join trip jalan-jalan...mereka  pi USS. Bas gerak menuju RNR Gelang Patah. Kami sampai jam 3.30 pagi.  Berhenti untuk sesapa nak mandi,,,tukar baju,  Sementara tunggu Subuh. Ramai betul kat bilik air...bukan rombongan kami sahaja...banyak rombongan lain sama.  Kakak2 aku tu turun bas laju menonong je dalam gelap...tinggalkan kami berlapan terpisat-pisat nih.  Kami duduk sekumpul  dan bergilir le sapa nak mandi.,  Jam 5 pagi sarapan diedarkan. Nasi lemak dengan teh o panas.  Sambil tu isi white card untuk masuk Singapore.





Jam 6.30 pagi bas bergerak ke Imigresen Malaysia..masa ni hanya turun bawa passport sahaja tak perlu IC dan lain-lain beg. White card pon tak perlu lagi masa ni.  Cepat naik bas setelah selesai jangan nak pi toilet plak.  Nak kejar imigresen Singapore pulak takmo ramai orang nanti .  Kami meneyeberang tambak dan sampai ke Singapore turun kali ni dengan segala beg jangan tinggal apa-apa dalam bas.  anjang dah barisan. Memula scan beg dan badan. Kemudian urusan cop passport. keratan white card jangan hilangkan . Simpan elok dalam passport.
 Selesai  ini bolehlah nak ke toilet jap.
Awal pagi kami sampai  le Kota Singa. Dibawah ni adalah Itinerari Trip Singapore 

🏙 LAWATAN KE
✅ Merlion Park
✅ Victoria Theatre
✅ Esplanade
✅ Mustafa Center
✅ Bugis Street
✅ Malay Heritage Center
✅ Arab Street – Masjid Sultan
✅ Sentosa Island-Palawan Beach
✅ Sentosa Merlion (Biggest Merlion!)
✅ Globe USS (TAK MASUK USS)
✅ Garden By The Bay
✅ Merlion Bay Sand – Light & Water Show

Okay ini itinerari asal jika tiada perubahan.
. Sampai kami di Victoria Theatre kelihatan ramai askar rupanya ada raptai National Day ...huhuhu 

jadual terpaksa ditukar....
Kami tak dapat ke Victoria Theatre dan Esplanade. Jadi plan bertukar ke Sentosa Island dahulu .  Jadi pagi-pagi dah tercongok depan USS globe..belum ada ramai manusia lagi ...jadi bergambar le puas-puas. 











Disini disediakan Tour guide dari Singapore. Kami dapat Ibu Sapiah.



 Hah teka umur dia...sangat sihat...energetic ...mana sangka umurnya dah 73 tahun,

Wow,..4Dia bekerja di Tourism Singapore 40 tahun  baru sahaja pencen masa umur 70. Memang berpengalaman luas sebab dia hidup zaman belum merdeka.,  Dulu kerjanya bawa reporter dari Malaysia apabila ada event disini . Dia kata tak betah duduk kat umah nanti dia lkemah...sakit...dan mungkin jadi nyanyuk. So selagi sihat dia akan bekerja kerana suka bertemu orang . Baguskan... Ibu dia jawa Singapore dan ayah dia asal Selangor . 

Selepas bergambar di USS Globe kami  naik mrt dan turun stesen depan je  

bergambar dengan Sentosa Merlion. 











Cuaca mendung....kami naik train semula dan stop stesen last  untuk ke Beach.


Ini pantai buatan dulu memang batu-batu sahaja dalam air.....ramai gak datang berkelah dan  mandi manda...









ada jambatan gantung ..aku tak pergi tak larat jalan ,,langit dah gelap  yang kesana pon patah balik sebab hujan lebat. 
Kami berteduh depan 7E ...beli Slurpee.  Bila dah reda hujan kami naik bas semula dan pergi ke Garden by the bay.






Ambik gambar kat luar je..ramai cina prc..bising..kecoh...


Ini Zack ..tour leader kami...okay dia ni...pandai ambik gambar ...










Kami ke Merlion Park plak  untuk bergambar. ramai sini ...masa ni dah lapar. 












Naik bas semula gerak ke Arab Street untuk makan time.....yeayyyyyy






Kami dibawa ke Restoran Victory..katanya lebih sedap dari Zam zam kar sebelah tu. 
Aku order 1 nasi briyani ayam goreng dan large murtabak ayam. Ini untuk makan 3 beranak.  Portion besar...kenyang puas hati.


selesa sikit ke tandas ada hose pipe.
Selesai makan solat di masjid Sultan ...




dan kami lalu di depan Malay Heritage Centre.

Dah kenyang kami dibawa soping di Bugis Street.  

Sini tempat soping souvenirs. .. Masa ni hujan turun lebat giler..dah gelap je...lama tersadai kat sini tunggu hujan stop.  Kedau sini  terina duit Rm...

Kemudian kami gerak ke Mustafa Center. 
Sambil lalu di sekitar bandar Ibu Sapiah cerita ler macam-macam berkaitan building disitu. 


Disebabkan cuaca hujan jadual pon dah lari masa...
Soping di Mustafa dipendekkan ,,huhuhu. Dah le besarkan...jadi kami tuju terus bahagian perfumes dah le paling hujung dari pintu kami masuk.

Aku capai 5 botol perfumes hahahha....untuk aku 3..untuk ana2 juga.  Okay harga kat sini murah sama harga dengan aku beli di Chemist Warehouse kat Perth...tapi Perth murah lagi sikit je..tapi rate duit Aus kan turun..lagilah murah huwaaaaa..





Hafiy plak sibuk nak headphone.. belikan hadiah birthday dia esoknya....
sejam je masa soping  tu terlajak 20 minit...sekali tambah 1/2 jam rupanya ..takpelah..cuaca sejuk hujan....mujur lah itinerari bertukar jadi petang-petang dah tiada sesi bergambar...
hujan mana lah cantik kan.


Rupanya ada 2 orang akak ni tersesat di Mustafa..aku tatau..aku tidur dalam bas....dia salah keluar pintu  dah tak jumpa bas....pastu tah camana dia pi tanya polis ke apa ..polis suruh pi bus stop..mereka ni jalan kaki sampai Bugis street nampak bas warna sama tapi dari Melaka...minta tolong call kan tour guide. So kami pi jemput mereka....sebelum tu sebab hujan kami dah kensel ke Marina Bay Sand untuk light  and water show. Tukar ke rhapsody je kat Garden of the bay . Pasal hal sesat tu..dan tetiba  Light and water show dilambatkan jan 8.30 mlm plak.  So kami ke Marina Bay Sand. Sampai awal jadi lama  tunggu...kul 8 kuarlah bunga api..












.macam nak hujan ada le rintik2.  Lebih jam 8.30 bqru mula. Best sangat. 15min jer. Habis je kami pon gerak balik.  Singgah Rnr Machap untuk dinner. Kami sampai KLsentral jam 3.30 pg.








You Might Also Like

3 comments

  1. one day trip pun dah best kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppsss...terpublish draf hahaha..gambar pon xde..dah edit.. mmg seronok walau sehari

      Delete
  2. Salam Admin :) jika berminat bole dapatkan "SG City Tour 1-Day Package" trip from JB serendah RM109 dengan sis / beli any Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-GardensByTheBay-RiverCruise-dll) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB Love Travel *Contact: +6012-7760219, let's visit SG soon :) #LoveTravel lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...

Like us on Facebook