Rentas Negeri
August 18, 2020
Masa permulaan PKP nak merentas daerah pon tak boleh memang ada sekatan polis di sempadan daerah dan negeri. Masa tu WFH jadi okaylah...Semasa bulan April memang hanya ketua keluarga je boleh keluar. Kadang-kadang ada barang yang aku selesa nak beli sendiri...aku plak dah dekat setahun tak drive. jadi sorok-sorok keluar gak le duduk seat belakang.😄😄
Hujung April masa puasa ikut asben pergi beli lauk berbuka kat Sg Merab. Masa nak balik sebab nak pergi De Centrum lalu lah ikut Kg Abdullah Baginda...Sekali ada sekatan polis depan Balai Polis kat situ...😬😬 mujur sempat asben turunkan kat tepi jalan hahahhaha...so aku lintas jalan dan tunggu dia lepas sekatan tu dan u turn.. fuhhh debor.
Esok nya 1 Mei dah announce boleh keluar berdua plak ...hahhah
Selepas announce yang pelajar IPT belajar online sehingga Disember...hujung Mei tu nak pergilah ambik barang-barang Ayie dari rumah sewa dia di Kuantan. Eloklah keluar sebelum Jun. So kami pergilah ke balai Polis di Bandar Baru Bangi...masa tu ada lah 4 orang beratur. Rupanya ikut alamat plak..aku Seksyen 8 diarah ke IPD Kajang. Masa tu dah petang sangat pon. Sampai IPD Kajang katanya untuk hari ni dah tutup...datang pagi esok dalam 7.30 pagi.
Aku pon pergilah esoknya dengan asben sampai dalam 7,30 dah berlingkar ..ingat jam 8 kaunter byka...jam 9 baru buka,,,ada 4 kaunter...kaunter yang aku dapat tu dah ler polis tu cakap kuat..garang je dengar. Dia kata mana ada kami dapat arahan untuk bagi rentas untuk ambik barang anak. Aku plak kata boss saya last week dapat pergi kuantan..anak dia belajar UIA .Call boss rupanya Gombak hahahha...
Tapi dia bagi lah..kami dah bawak salinan ic 5 beranak...tapi 3 orang je lepas...sebab lagi dua tu besar dah katanya buleh tinggal.
Pastu dia kata saya bagi je tapi kalau encik kene tahan kat sekatan..kene denda saya tatau lah. Kalau dah ada surat takkan le kene kan. Dia kata bila nak balik walau balik hari kene pi balai polis kat kuantan plak mohon untuk perjalanan balik.
Esoknya pagi-pagi dah siap masak untuk bebudak yang tinggal. Jalan memang lengang. Tiada sekatan sehingga sampai di Tol Bentong. Kami tanya polis tu kalau balik hari kene mohon lagi ke rentas negeri..dia kata tak perlu. Apalah kan tak selaras. Sampai Kuantan terus pergi rumah sewa..
kemas-kemas dan bersiap balik sebelum tu singgah ECM makan dulu. Masa nak balik ada sekatan kat Tol Gambang ke Kuantan lupa dah...sampai Bentong saja lah singgah nak cari durian...takde gerai yang bukak.
Last sekatan di Gombak. So merasa le kami merentas negeri semasa time PKP hehehhe kenangan nih
1 comments
salam covid 2021.. huhuhu
ReplyDelete