Sinopsis Penuh Drama Peindung Seorang Puteri

August 28, 2020



Pelindung Seorang Puteri

Aku memang peminat drama...Lepas habis drama & Hari Mencintaiku 2 kisah mertua jahat...yang ni pun sama kisah mertua jahat dan suami yang psiko atau lebih tepat sakit mental.

Kisah berkisar tentang Rose (Lisa Surihani) yang meninggalkan kampung halamannya di Kuala Lumpur dan menetap  di Johor selama 3 tahun setelah difitnah Mak Andak Liza (Haleeda) kononnya Rose membuat onar dengan lelaki sekampung.

Drama | Pelindung Seorang Puteri (2020)

Di Johor, Rose bekerja di hotel dan mempunyai teman lelaki Fido  (Zain Ruffedge).  Fido melamar Rose dan sewaktu pulang dari makan malam bersama kereta mereka diekori. Rose ingatkan pengutip hutang kerana Fido pernah mengalami masaalah kewangan sebelum itu. Fido ni sebenarnya telah berkahwin dengan Nurul tanpa Rose tahu. Fido ada menghadiahkan Rose rumah dan kereta.  Satu hari Nurul dapat tahu hubungan itu dan datang berjumpa dengan Rose di tempat kerja. Kejadian itu deperhatikan oleh seorang lelaki misteri. Rose terkejut dan berjanji akan berpisah dengan Fido dan memulangkan semua pemberian Fido Fido telah dibelasah oleh lelaki misteri  . Fido dan Nurul juga merancang untuk bercerai. 


Di kampung  pula Mak Andak Liza tak henti-henti menanya Hayati samaada telah bagitahu Rose tentang hasrat anak dia Epul yang hendak meminang Rose. Dia inginkan jawapan kerana Epul akan balik ke kampung.
Rose meletakkan jawatan dan pulang ke kampung dan didalam bas dia berjumpa dengan lelaki misteri yang juga pulang ke destinasi sama.

Hayati terkejut dengan kepulangan Rose . Rose memberitahu yang dia ingin memulakan hidup di KL dan mencari kerja baru dan abangnya Alif berjanji akan membantu.  ibu Rose memberitahu hasrat Mak Andak Liza  dan mereka ingat Rose dan Epul memang berhubungan selama ini.  Rose kata yang dia tidak kenal dengan wajah Epul lagi sebab dah lama tak berjumpa sejak Epul masuk MRSM.  Epul sekrang telah menjadi Chef dan mempunyai cafe . Rose terkejut apabila berjumpa dengan lelaki misteri yang sama-sama manaiki bas . 
Alif telah meminta bantuan rakan lamanya Hazril yang merupakan CEO syarikat dan Hazril meminta Rose menghantar resume. Hazril sebenarnya meminati Rose sejak dulu lagi dan gembira bila dapat tahu Rose memerlukan kerja.  Hazril merupakan duda kematian isteri dan mempunyai hubungan secara terbuka dengan teman wanitanya iaitu Laila. Hazril ada mengajak Laila kahwin tetapi Laila belum bersedia dan mereka bebas untuk keluar dengan mana-mana lelaki atau wanita lain sepanjang hubungan tersebut. Hazril telah menyediakan jawatan kosong buat Rose di bahagian HR.


Drama Pelindung Seorang Puteri | MyInfotaip
Epul mengajak Rose untuk berjumpa dan mengimbau kenangan semasa kecik di pondok dimana terdapat satu pokok dan disitu Epul menulis kenangan bersama iaitu Epul love Rose. Epul mengingatkan Rose bahawa mereka pernah berjanji untuk berkahwin bila dewasa nanti, Rose rasa Epul sangat pelik dan annoying sangat.  Epul sangat mencintai Rose sampai sanggup mencari Rose di Johor dan tinggal disana selama setahun ,Semasa hendak pulang Rose telah jatuh dari motor dan terseliuh kaki. Jadi dia terpaksa menangguh untuk melaporkan diri bekerja di company Hazril.


Suatu hari Rose telah terjumpa kotak berisi surat-surat lama yang dikirim Epul padanya sejak dari sekolah. Rupanya surat-surat itu disimpan oleh mak Rose dan sebahagiannya diambil dari peti surat oleh mak Andak Liza . Benci betul Mak Epul pada Rose dan sangat menghalang hubungan anaknnya itu.  Rose terkejut dengan kegilaan epul pada dirinya dan dia ingat kata-kata ayahnya berkahwinlah dengan lelaki yang betul-betul menciintainya dan bukan yang dia cintai Disebabkan pengalaman cintanya dengan Fico sebelum ni membuatkan Rose terkesan dengan usaha Epul yang sangat setia mencintainya sejak kecil. lalu Rose pergi berjumpa Epul dan memulangkan bekas cincin kosong yang mana cincin itu telah disarungkan pada jarinya.


Drama | Pelindung Seorang Puteri (2020)
Epul sangat gembira tapi tidak ibunya.  Epul memberitahu maknya yang dia akan memberikan wang hantaran 50k dan mas kahwin 25k selain rumah dan kereta kepada Rose.  Mak Andak Liza terpaksa menerimanya dengan hati yang geram.

Rose membuat persiapan kahwin  dan mereka  yang dirancang berlangsung sebulan lebih lagi.  Semasa sibuk memasang khemah Rose terkejut kerana sahabat lamanya  yang memasang khemah itu. Kawan sekelasnya dulu  Halim dan yang telah difitnah  bersama Rose dulu.    
Halim cuba untuk memberitahu sesuatu pada Rose tentang Epul tetapi tidak sempat kerana Epul muncul.


Pelakon Pelindung Seorang Puteri
Pelindung Seorang Puteri



Selesai majlis dirumah Rose, malamnya Mak Andak Liza sengaja memanggil Epul balik kerana ular besar masuk ke rumah dan memaksa Epul membantu ayahnya memasang lampu dan lain-lain persiapan untuk kenduri esok.

Drama Pelindung Seorang Puteri Episod 4 - Hiburan
Semasa najlis hampir selesai kelihatan Nurul tiba dengan membawa hadiah.  Rose masuk kebilik untuk tukar pakaian dan terdengar mertuanya sedang membawang tentang dirinya. Mak Andak Liza membuat cerita yang Epul pulang kerumahnya pada malam pertama berkahwin sebab dah tau yang Rose tu pernah terlanjur dengan Halim. Tetapi kawannya tidak percaya kerana rose baik budaknya menurutnya.  Mak Andak keluar rumah dan bertemu Nurul yang rupanya sepupu dia.   Nurul menceritakan perihal dirinya yang dalam proses bercerai kerana rumahtangganya  diganggu oleh wanita perampas dan pengikis. Mak Andak mengajak Nurul berjumpa menantunya tetapi Nurul menolak kerana rasa trauma katanya sebab wajah menantu mak Andak seperti wajah wanita yang merampas suaminya. Dia terkejut bila memang sah itu Rose.  Mak Andak mengajak Nurul menceritakan kisah tersebut. Nurul mengatakan suaminya kerap tidak pulang dan mungkin telah bersama dengan Rose.
Mak Andak Liza terus memanggil Epul dan menceriktakan segala apa yang Nurul bagitahu tadi tapi Epul kata dia tahu sejarah lama Rose dan dia  tidak kisah Rose suci atau tidak asalkan dia dapat memperisterikan Rose            dia dah cukup bahagia.  :agilah sakit hati mak Epul. 
Mak Andak Liza tak abis-abis mencari jalan untuk pisahkan Rose dan Epul. Sampai Rose pengsan kerana demam panas. Ketika itu pon dia buruk sangka dan tuduh Rose mengandung sebab itu tiba-tia setuju untuk berkahwin . Keluar dari hospital Epul terus bawa Rose pergi honeymoon itu [un mak Epul sibuk nak tahu kemana mereka pergi dan hendak turut serta. 
Rose dan Epul telah berpindah ke rumah sendiri dan Epul ada bilik rahsia yang kononnya tempat simpan resepi cafenya.  Rose dilarang untuk behubungan dengan kawan-kawan lama .    Selepas berkahwin juga Epul telah meminta Alif untuk memberitahu company tempat Rose akan bekerja yang Rose tidak jadi kerja. Hazril kecewa juga bila Rose tidak jadi bekerja dan dia tidak tahu Rose telah berkahwi
Keluarga Epul seperti ada menyorokkan sesuatu dan selalu bertanya pada Epul samaada sudah makan ubat.  Adik Epul yang bernama Bainun memang berpihak dengan maknya dan sama-sama membenci Rose. Bainun menyimpan rahsia dia mengandung luar nikah. 
Rose memujuk Epul agar membenarkan dia bekerja  kerana dia tidak mahu mak Epul menyalahkannya hanya duduk mengikis harta epul. Akhirnya Epul terpaksa bersetuju dan Rose dapat bekerja semula  di company Hazril . 
Hazril pula sedang kecewq kerana  Laila telah bertemu dengan lelaki pilihannya . Rose sejak pulang dari honeymoon telah mula menyayangi Epul walaupun ada masanya Epul seperti mengongkong Rose .
Rose mula bekerja dan terserempak dengan Halim yang datang untuk ambik payment di company tersebut.  Epul datang  untuk spot check dan ternampak Halim  dan dia memandu kereta dan melanggar kereta halim dan memberi amaran agar Halim tidak kacau Rose.  Rakan sekerja Rose  Muna mengajak Rose lunch  dan ketika itu Hazril  tiba di cafe dan muna ajak makan bersama, Ketika Muna memesan makanan Epul datang untuk spot check. Sebelum tu Rose ada menelefon dan memberitahu keluar lunch dengan kawan perempuan    . itu membuat  Epul sakit hati.
Drama Pelindung Seorang Puteri | MyInfotaip

muna ni watak dia kelakar ler. kelakar selamba hahahha.


Ketika Rose tertidur Epul telah memecahkan skrin hp dan Rose ingatkan pecah kerana terjatuh. Rose  diarahkan mengikut Hazril ke Seremban untuk sesi temuduga pekerja baru. Rose kata dia perlu tanya suami dahulu barulah hazril terkejut sebab di resume dulu status bujang. rose menelefon dan epul naj bercakap dengan Hazril. Epul memberi amaran untuk jangan sentuh Rose. Hazril terkejut dan merasa kan sesuatu. Tetapi tidak menceritakan pada Rose..  Epul meminta no hp Hazril untuk dihubungi. Semasa temuduga hp Rose tertutup kerana rosaK dan Epul tidak dapat menghubungi Rose kerana hpnya tertutup sendiri kerana rosak.  Semasa memandu pulang Epul call Hazril dan ketika itu Rose tertidur.  epul memberi ancaman dan bertikan mulut dengan Hazril.  Hazril terus tidak sedap hati dan bercadang hantar Rose balik terus kerumah.  Selepas menghantar Rose , hazril meminta Muna untuk call Rose kerana risau akan Rose. Rose tidak dapat dihubungi ini membuatkan Hazril lagi risau. Rose sedang solat dan Epul datang dan merentap tangan Rose dan melempang Rose. rose terkejut dan Epul pula telah sedar akan kesilapan dia telah mencederakan tangannya sendiri dan memberitahu Rose yang dia kesal. Hazril telah meminta Alif untuk call Rose dan Epul memberitahu yang Rose sedan tidur. Alif memberitahu yang esok dia akan singgah kerumah.  Epul telah menggangkat Rose dan membawanya ke hotel. Seminggu Rose tidak datang ke pejabat.
Hazril risau dan bertanya jika Rose ada masalah dengan suami tetapi Rose nafikan.  Bainun telah ditangkap khalwat dan rahsianya mengandung terbongkar  tetapi Mak Andak Liza tetap memarahi Rose dan mengatakan Rose mesti suka apa yang terjadi pada keluarganya .Bainun telah dinikahkan dan majlis dibuat dikampung Halim menelefon Rose untuk berjumpa dan Epul telah terdengar. Epul telah pergi kerumah Halim di waktu malam dan ketika Halim sedang berjalan Epul telah melanggar nya sehingga mati, kematian Halim diklasifikasikan sebagai langgar lari.

Selepas Bainun selamat melahirkan , Mak Andak Liza mula mengata-ngata Rose mandul.    Rose merasakan yang mereka perlu berjumpa pakar untuk melihat tahap kesuburan. Rose risau kerana mak Andak Liza telah memberi amaran jika Rose mandul dia akan suruh epul kawin lain.  rose  telah disahkan sihat tetapi epul  yang tidak subur. Mertua Rose sibuk betul datang kerumah untuk tahu result.  Epul rasa tertekan .  Rosetealh terjumpa ubat epul dan setelah digoogle ubat tersbut adalah untuk pesakit mental. Dia telah berjumpa dengan adik Epul Fizan dan Fizan menceritakan bahawa Epul memang ada sakit sejak sekolah lagi tapi stabil bila makan ubat,. Dan Epul sangat berlainan tidak lagi kemurungan dan ceria apabila berkahwin dengan Rose.
Rose dan Epul pergi berjumpa pakar-pakar lain  tapi epul menyarankan Rose untuk tidur dengan mana-mana lelaki sehingga mengandung. rose rasa terkejut dan bila balik kerumah puas dia cuba mencari jalan untuk masuk ke bilik rahsia Epul. Rose berjaya meneka dan dia terkejut melihat gambar-gambarnya di dalam bilik itu lasntas dia teringat album gambar yang dia lihat semasa ke Cafe milik Epul. Semua gambar-gambar Rose yang dirakam secara curi.                                                                                                                                              
Rose memadam semua gambar-gambarnya didalam laptop Epul dan apabila Epul tahu dia telah memukul rose. Rose pulang kerumah ibubapanya  dan Epul datang bersama ibubapanya. Epul melahirkan keksalannya kerana memukul Rose dan dia menceritakan tentang dirinya yang tidak subur dan ingin Rose bahagia  dan dia telah menceraikan Rose. Tak lama selepas itu Epul menghantar sms yang mereka akan hidup bersama kembali selepas Rose mempunyai anak dengan perkahwinan baru dan bercerai .

Rose sangat trauma dan keluarganya bercadang menyorokkan Rose dan ia dibantu oleh hazril.  Rose tinggal bersama dengan Muna. Rose masih lagi dalam tempoh edah  dan dia tidak turut menghadiri majlis makan malam bersama Hazril dan Muna. Rose juga sejak kebelakangan ini sering loya dengan bau-bau masakan. epul telah dapat mengekori Muna dan Hazril dan dia berjaya tahu dimana Rose tinggal dan bekerja. Epul datang mengacau di pejabat dan ini menyebabkan Rose tekad untuk berhenti kerja. Dia juga memaklumkan pada Hazril yang dia sedang hamil. Keluarga Rose juga telah tekad untuk berpindah dan menjual rumah mnereka.Ayah Epul ada memberitahu ayah Rose yang Epul memang dikesan ada sakit mental sejak kecil dan ini adalah penyakit keturunan dari belah Mak Andak liza. Apabila hubungan Epul dan Rose dihalang menyebabkan sakit Epul makin teruk dan terpaksa memakan ubat. 
Rose telah disembunyikan oleh Hazril untuk bekerja di company lain dan keluarga Rose juga telah berpindah kerumah baru. Keadaan Epul sangat teruk  dan selalu mencari Rose dan mengabaikan cafenya. Tak lama kemudian Epul mula bersemangat semula dan meneruskan hidup seperti biasa.
Suatu hari selepas beberapa bulan  Rose telah teserempak dengan Epul di pasaraya. Rose berpura=pura memanggil Haril dengan panggilan sayang dan menunjukkan kemesraaan mereka didepan Epul. Epul bertanya bila Rose berkahwin dan mengandung . Rose terpaksa menipu seolah-olah telah berkawin sebaik edah tamat  dan terus hamil .  Epul meminta izin Hazril untuk dapat berhubung dengan Rose lagi sebab dia pon telah move on dan akan melangsungkan perkahwinan  tidak lama lagi dan ingin menjemput Rose. 
Rose bercadang untuk berkahwin dengan Hazril  apabila  tempoh edahnya ta,at pabila selesai melahirkan anak. Keluarga Hazril juga sangat gembira untuk menerima Rose dan anak yang bakal lahir.  Rose telah selamat melahirkan anak dan mula membuat persiapan perkahwinan. Kad jemputan perkahwinan Rose dan Hazril telah sampai ketangan Mak Anadak Liza. Masih tetap dengan busuk hatinya Mak Andak Liza pergi kerumah bakal mertua Rose untuk mengkhabarkan tentang keburukan diri rose  dan Rose yang mandul , Mak Hazril terkejut dan menyatakan bahawa Rose tidak mandul dan Rose telah melahirkan anak hasil perkahwinan terdahulu.  Mak Andak Liza masih tidalk berpuas hati dan membawa kad jemputan itu kepada Epul  dan Epul terkejut macamana Rose bernikah lahi sedangkan telah bernikah sebelum ni dengan Hazril. Dan lagi sekali terkejut apabila mendapat tahu Rose telah melahirkan anak hasil perkahwinan  dengan nya. 
epul datang mengamuk dirumah keluarga Rose sebaik selesai majlis nikah. Dia meray Rose untuk kembali bersamanya. Rose menjalani lkehidupan rumahtangga bersama Hazril. Suatu hari Rose mendapat call dari Epul. Sebelum tu Rose menerima bunga dan lasagna. rose bertanya Epul bagaimana dia dapat nombor Rose adakah dia pecah masuk rumah. Epul kata dia dapat dari Hazril. Kemudian epul telah pergi berjumpa Hazril dan mengatakan yang dia ingin berjumpa dengan anaknya dan dia pun telah move on dan akan berkahwin 2 bulan lagi.
Hazril telah berbincang dengan Rose untuk mereka membawa Afgan berjumpa Epul dan mereka fikir Epul telah sihat. Ketika sampai kerumah epul Hazril perasan cincin kahwin dijari rose tiada dan Rose bagitahu dia tidak dapat mencarinya. epul menyambut kedatangan rose dan Hazril. Rose bertanya kenapa Epul tidak pulang kekampung keranan keluarganya mencarinya. Epul kata dia sedang menenangkan diri dan adakah Rose ingin pulang bersamanya. Hazril bertanya bila Epul nak kawin dan mana kad jemputan. epul menjawab kenapa perlu dia kahwin lagipun Rose masih melayan dirinya seperti suami. Rose merasa pelik dengan sikap Epul . Epul menunjukkan cincin rose yang ada pada dia membuat kan Hazril terkejut. Epul menceritakan lagi yang dia sering kerumah  dan mereka telah beberapa kali terlanjur semasa ketiadaan hazril. Hazril meningatkan kembali yang dia pernah terjumpa t shirt bukan kepunyaannya semasa hendak memasukkan baju kotor kedalam mesin basuh. Dia juga menjumpai seluar dalam lelaki dibawah sofa ketika mengemas mainan Afgan yang bersepah.  Hazril terus merasa marah dan menuduh Roser menipunya. Dia meninggalakkan Rose dan Afgan . Rose berlari mengejar dengan berkaki ayam sambil menangis dan menahan teksi. hazril tersangat marah dan dia telah meminta pekerjanya memeriksa cctv rumahnya. Pekerjanya memberitahu bahawa memang ada lelaki masuk kerumah beberapa kali tetapi semasa ketiadaan rose dan hazil.  hazril rasaa bersalah dan lantas pergi semula kerumah Epul.  Dia nampak kasut Rose masih ada. Dia masuk dan memanggil Rose. Epul muncul  dan mereka bergelut. Epul menikam belakang Hazril. 
Epul telah berjaya ditangkap dan Hazril selamat . Akhir cerita Rose dan hazril datang melawat Epul di hospital gila dan berjumpa dengan Mak Andak Liza yang telah insaf dan memohon maaf pada Rose. Dia meminta Rose pergi jauh dari situ. Rose memang telah merancang dengan Hazril untuk berpindah keluar negara.


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

You Might Also Like

0 comments

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook