HOME PHYSIOTHERAPY / FISIOTERAPI DI RUMAH

October 14, 2020




Korang mesti pernah buat fisioterapi kan...tak pernah? Tapi mesti pernah nampak mana-mana pusat rehabilitasi atau fisioterapi. 

FISIOTERAPI (Terapi fizikal) adalah  merupakan satu rawatan menyeluruh bagi penjagaan kesihatan untuk membantu mengembalikan fungsi fizikal pesakit.

Rawatan fisioterapi berfungsi untuk mencegah, mengenalpasti, membetulkan dan melegakan masalah pergerakan akut atau berpanjangan.

Aku ni memang ada masalah sekarang dengan jari aku. Tak pasti lah apa...aku teka Trigger finger sebab jari aku ni bila bengkok dia tersekat untuk lurus.Bila diluruskan dan ditarilk akan berbunyi "pop".  Beralih jadi pada lain-lain jari. Cuma sejak sebulan lebih ni  pangkal jari hantu ku yang kiri dah tak boleh nak bengkok dan bengkak. Lengan aku rasa lenguh serta jari dan tapak tangan aku sakit.



 


Aku memang sangat perlukan fisioterapi. 


Di saat kes Covid 19 makin meningkat ni...aku lebih selesa untuk tidak kerap keluar rumah. Jadi aku cari physiotherapist yang boleh datang kerumah. Jadi tak perlu aku pergi ke pusat fisioterapi .

Aku dapat tahu Puan Atikah dari  The Rehab & Physio Specialist boleh membuat rawatan fisioterapi di rumah. Beliau sudah  10 tahun dalam bidang fisio ni.

So  3 Okt 2020 aku membuat temujanji kali pertama. Beliau tiba dirumah dengan membawa peralatan dan  foldable massage bed .

Rawatan pemulihan akan dijalankan selama 1 jam.



Sebelum nemulakan rawatan,beliau rekod dulu sejarah sakit kita. Apa sakit yang kita sedang alami  termasuk penyakit -penyakit lain seperti darah tinggi, jantung, diabetes, asthma atau lain-lain penyakit kronik . 

Pn Atikah melihat pada jariku yang bengkak dan dia kata mungkin 

Rheumatoid arthritis. Dia tak dapat nak diagnos penyakit aku tu dan dia cadangkan agar aku buat ujian di hospital..Apbila dah pasti apa penyakit lagi senang untuk buat pemulihan.

Pn Atikah memulakan terapi dengan memeriksa otot bahu. Memang  muscle aku sangat ketat pada bahu kiri.  Jadi tekanan lebih pada pelipat lengan hingga jari. Tu sakit..lenguh .bengkak. 

Ini adalah rawatan fisioterapi yang dilakukan pada aku .

**********

✓Manual therapy dekat elbow and left finger ,

✓Sports massage dekat left elbow .

✓Manual therapy - neck 

✓Ice massage - left elbow 

✓Thoracic mobilization techniques

✓Nerve mobilization . 

✓Posture pump 

✓Electromodalities 









Buat fisio ni bukan 1 kali terus masalah selesai 100%. Kena beberapa kali. Ini pengalaman ke 3 aku melakukan fisio di pelbagai tempat untuk sakit yang berbeza.   Dan ini adalah yang TERBAIK. Ini jujur ye😁😁


Aku pernah sakit saraf siatika..yang ini pernah aku kongsikan dalam blog dulu. Doktor syorkan aku buat fisio di pusat fisioterapi swasta . 10 kali kut aku datang. Tapi hanya letak hot pad, karankan point-point yang aku rasa sakit,...buat senaman, takdelah nak terangkan apa-apa. asyik tingalkan aku buat sendiri. kali kedua aku sakit belakang dan ini aku pergi fisio di hosptal kerajaan. Sama gak lah letak hot pad.,, ajar beberapa step senaman dan suruh kita buat sendiri dan ditinggalkan. sejam itu jelah. Bagi print out senaman kat kita. 


✅✅Selepas fisio dengan pn Atikah.. . Muscle aku mula longgar sikit. Jari aku boleh bengkok dengan lebih mudah  dan sakit berkurang banyak . Hujung bulan ni aku dah booked untuk repeat treatment.


Kalau korang nak info lanjut, boleh lawat link di bawah :


https://www.facebook.com/The-rehab-physio-specialist-101016708436600/

https://www.facebook.com/atikah.mokhtar.3939

https://www.instagram.com/therehab_physio/

Boleh hubungi : Puan Atikah (http://www.wasap.my/601155532903/therehabphysio


You Might Also Like

1 comments

  1. Memang suami saya perlu buat rawatan physio.. kalau boleh buat kat rumah lebih bagus..tulang belakangnya selalu sakit akibat memandu lori kargo untuk beberapa jam sehari

    ReplyDelete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook